///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ahmad Farid News   Page 1    





Dua kanak-kanak lemas dipercayai jatuh parit di Shah Alam Dua kanak-kanak .. - Mgazette - 19/07 8:30 am

# Dua kanak-kanak lemas dipercayai jatuh parit di Shah Alam SHAH ALAM - Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini petang tadi





CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran .. - Mgazette - 19/07 8:30 am

# CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran lebih RM5 juta KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP) Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang





Lantikan hakim: Desakan tubuh RCI, himpunan aman tak lagi perlu - Mgazette - 19/07 8:30 am

KANUN mengucapkan jutaan tahniah kepada hakim-hakim yang dilantik itu dan berharap mereka dapat terus memastikan prinsip-prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan terus dijunjung supaya keadilan dapat tertegak, katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu





Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman - Mgazette - 19/07 8:30 am

# Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia menyifatkan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman untuk menegakkan kedaulatan undang-undang





Choice of CJ draws positive reactions - SUN - 19/07 8:00 am

PETALING JAYA : The appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as Malaysias new chief justice has drawn positive reactions from members of the legal community, that expressed hope his leadership would reinforce judicial independence, uphold constitutional values and enhance public confidence in the justice system





Unique, interactive prayer mats for children launched - SUN - 19/07 7:00 am

SLIM RIVER : In a bid to make early spiritual education more engaging for children, Malaysian lifestyle brand The Bayan Collection has launched what it describes as the worlds first Colour Your Own Sejadah an interactive prayer mat that children can colour while learning about sacred Islamic landmarks





CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran lebih RM5 juta - Sinarharian - 18/07 11:57 pm

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP), Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.Mohamed Zainurin diarah bercuti berkuatkuasa dari tarikh surat tunjuk sebab sehingga tempoh selanjutnya yang dimaklumkan kemudian, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.Marliyana, bagaimanapun telah menyerahkan surat peletakan jawatan yang berkuatkuasa serta-merta, katanya."Syarikat akan meneruskan perniagaan seperti biasa





Bersih tuntut segera laksana reformasi lantikan kehakiman - Sinarharian - 18/07 11:04 pm

SHAH ALAM - Pelantikan tiga hakim utama negara tidak bermakna proses reformasi pelantikan kehakiman bagi membebaskan institusi itu daripada campur tangan cabang eksekutif perlu terhenti.Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ia merujuk khusus kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang pernah terlibat dalam politik UMNO, namun pada 2022 beliau mengambil keputusan menarik diri dari mendengar kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penegasan mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman."Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam menghormati badan kehakiman sebagai badan yang mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang."Bersih menegaskan prinsip tersebut harus terus didukung oleh beliau terutama ketika menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara."Kami mengalu-alukan lantikan tiga hakim utama negara iaitu Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Wan Ahmad Farid yang juga Hakim Mahkamah Rayuan diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah kenyataan itu, Bersih juga menuntut untuk kerajaan segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman terutamanya dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam lantikan hakim-hakim."Ini termasuklah dengan mengiktiraf Suruhanjaya Lantikan Kehakiman (JAC) sebagai badan yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan."Komposisi dalam JAC juga perlu dirombak semula untuk mengurangkan kuota lantikan Perdana Menteri dalam keanggotaan JAC dengan memasukkan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, wakil Sabah Law Society dan Advocate Associates of Sarawak serta wakil daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil yang berkelayakan."Selain itu, dari sudut pelantikan, Perdana Menteri perlu diwajibkan untuk memberikan alasan yang berasas kepada awam jika terdapat penolakan calon Hakim yang dicadangkan oleh JAC dan beliau hanya boleh menolaknya sebanyak sekali sahaja," katanya.Sementara itu, Bersih turut menegaskan kerajaan harus laksanakan janji dan komitmen untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambahbaik sistem sedia ada."Krisis kehakiman terburuk yang berlaku pada tahun 1988 harus dijadikan sempadan oleh semua pihak khususnya kerajaan yang memperlihat rakyat sudah tidak lagi menghormati badan kehakiman," katanya.





Dua kanak-kanak lemas jatuh parit di Shah Alam - SUN - 18/07 10:25 pm

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini petang tadi





Dua kanak-kanak lemas jatuh dalam parit - Sinarharian - 18/07 9:24 pm

SHAH ALAM - Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit berhampiran Jalan Cili Merah 24/26, Seksyen 24 di sini pada Jumaat.Mangsa dikenali sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto, 9, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 7.19 malam."Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian."Sebaik tiba di lokasi, komander operasi memaklumkan terdapat dua mangsa kanak-kanak lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam parit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, kedua-dua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri."Petugas perubatan KKM kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis tindakan lanjut," katanya.





Reaktor hidrogen pepejal pertama HyPEReactor dilancar di Pos Tibang - SUN - 18/07 9:07 pm

TANJONG MALIM: Reaktor hidrogen pepejal pertama di Malaysia, HyPEReactor, telah dilancarkan di Perkampungan Orang Asli (POS) Tibang hari ini





TH Plantations CEO put on garden leave, CFO resigns over RM5 million payouts - Sinardaily - 18/07 8:59 pm

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd (THP) chief executive officer (CEO) Mohamed Zainurin Mohamed Zain and chief financial officer (CFO) Marliyana Omar have been served with show cause letters, relating to alleged unauthorised payments of RM5.1 million made to plantation workers.The CEO has also been placed on garden leave commencing from the date of issuance of the show cause letter until further notice, the group said in a filing with Bursa Malaysia today.Marliyana, however, has chosen to tender her resignation with immediate effect, it added."The company shall continue its business as usual





MTD tamatkan kemarau tiga dekad, juara MSSD Zon Bangsar 2025 - Sinarharian - 18/07 8:31 pm

PENANTIAN hampir tiga dekad akhirnya terlerai apabila pasukan bola sepak Bawah 18 tahun Maktab Tentera Diraja (MTD) menamatkan kemarau kejuaraan dengan menjulang trofi Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Zon Bangsar 2025.Kejayaan bersejarah itu diraih selepas menewaskan pencabar tradisi, Victoria Institution (VI), 1-0 dalam aksi final sengit dan penuh dramatik di Padang Kompleks Sukan Bangsar.Gol tunggal perlawanan hadir lima minit sebelum tamat permainan menerusi jaringan penyerang gantian, Muhammad Syabil Badrulhisam yang tenang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti selepas berlaku kelam-kabut di hadapan gawang lawan.Kemenangan tersebut disambut penuh emosi oleh seluruh pasukan dan penyokong MTD yang hadir memberi sokongan padu, sekali gus menandakan kebangkitan semula gergasi bola sepak peringkat sekolah yang pernah digeruni suatu ketika dahulu.Ketua pasukan, Mohd Fakhrul, memimpin benteng pertahanan dengan penuh disiplin dan ketegasan, mengekang setiap gerakan serangan VI yang terkenal dengan corak permainan pantas dan berbahaya.Sementara itu, penjaga gol MTD, Haziq Mazlan muncul wira apabila menampilkan prestasi cemerlang sepanjang perlawanan dengan beberapa aksi menyelamat yang memukau, sekali gus melayakkan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.Kejayaan ini menjadi cerminan kepada falsafah pendidikan holistik MTD yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik dan ketenteraan, tetapi turut memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah melalui penglibatan aktif dalam sukan.Jurulatih pasukan, bekas Putera MTD, Aznor Dzulkarnain turut diberi penghargaan atas kejayaan membentuk pasukan mantap dari segi teknikal dan taktikal.Beliau dibantu oleh guru sukan, Zulkhairiey Ahmad serta guru pengiring, Ashraf M Ridzuan yang memainkan peranan penting dalam membina kekuatan mental dan disiplin pemain.Dengan kejayaan ini, MTD bukan sahaja menamatkan penantian panjang untuk kembali bergelar juara, tetapi turut menghantar isyarat jelas bahawa mereka kini kembali sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak sekolah menengah peringkat daerah.





Pengurus kontrak antara empat ditahan siasatan rasuah projek pusat data - SUN - 18/07 7:44 pm

PUTRAJAYA: Pengurus kontrak sebuah syarikat pembinaan terkemuka antara empat individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta





Rasuah projek pusat data: SPRM jumpa wang tunai RM7.5 juta dalam kotak, almari - Sinarharian - 18/07 7:42 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah RM7.5 juta yang ditemui di sebuah rumah dalam serbuan sekitar Lembah Klang pada Khamis.Menurut sumber, wang tunai berkenaan yang kebanyakannya dalam not RM50 disimpan dalam beberapa kotak dan almari di rumah terbabit.Katanya, serbuan tersebut dibuat susulan siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan projek pembinaan pusat data bernilai kira-kira RM160 juta di Johor."Wang itu dipercayai bayaran rasuah yang diberikan kepada suspek sebagai balasan mendapatkan enam tender perolehan projek berkenaan."Siasatan awal mendapati suspek menetapkan kadar bayaran rasuah sebanyak 2.5 peratus bagi setiap tender yang diperoleh dua syarikat terlibat," katanya pada Jumaat.Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan serbuan dan penemuan wang tunai tersebut.Beliau berkata, wang berkenaan telah disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan liabiliti korporat."Beberapa individu turut ditahan reman bagi membantu siasatan, SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.Terdahulu, seorang pengurus kontrak, isterinya serta dua pengarah syarikat, masing-masing berusia lingkungan 40 hingga 60-an ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang dalam operasi khas yang dijalankan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa pengurus kontrak berkenaan direman selama tujuh hari, isterinya direman tiga hari, manakala dua lagi suspek lelaki yang merupakan pengarah syarikat direman lima hari untuk siasatan lanjut.





Bersih supports Malaysias new top judges appointment - SUN - 18/07 7:27 pm

KUALA LUMPUR : The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has expressed support for the appointment of Malaysias three top judges, including Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh





Latar belakang politik tidak wajar jadi halangan pelantikan Ketua Hakim Negara Pembela - Sinarharian - 18/07 7:25 pm

SHAH ALAM Latar belakang politik seseorang sebelum menyertai badan kehakiman tidak seharusnya menjadi penghalang untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan, individu yang pernah aktif dalam politik tetapi telah menjalankan tugas sebagai hakim secara adil dan profesional wajar dinilai berdasarkan prestasi mereka di atas bangku kehakiman, bukan latar belakang lampau."Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memang pernah bertanding dalam pilihan raya atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menjawat jawatan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik, tetapi itu berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman."Setelah menyertai badan kehakiman, beliau tidak lagi aktif sebagai ahli politik dan telah menjalankan tugas kehakiman dengan baik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Zainul Rijal, terdapat juga contoh bekas calon parti pembangkang seperti Pas yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum bersara."Ini bukan perkara asing dalam sejarah kehakiman





AMK sambut baik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 6:33 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pelantikan tiga tokoh kehakiman tertinggi negara yang disifatkan sebagai langkah memperkukuh institusi keadilan.Ketua Biro Guaman & Aduan Awam AMK, Khairul Naim Rafidi berkata, pelantikan tersebut seperti diumumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan merupakan amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti.Mereka yang dilantik ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak."Pelantikan ini berlaku dalam saat penting negara memperkukuh keyakinan terhadap institusi keadilan





Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti tiada campur tangan politik - Sinarharian - 18/07 6:22 pm

KOTA BHARU - Pelantikan Ketua Hakim Negara, terbukti memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan Artikel 122B tanpa sebarang campur tangan politik.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkenaan dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja."Syabas dan tahniah kerana pelantikan itu sudah direstui oleh Majlis Raja-Raja dan dilakukan dengan tertib dan mengikut Perlembagaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kesihatan danxAlam Sekitar, Hilmi Abdullah.Kor Meng turut berharap institusi kehakiman negara akan terus menyakinkan rakyat melalui keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang.Media sebelum ini melaporkan pelantikan Wan Ahmad Farid yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di Facebook Badan Kehakiman Malaysia, pada tengah malam 17 Julai.Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-PertuanAgong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara.





Pelantikan Ketua Hakim Negara: Majlis Peguam ucap tahniah, tekankan kepentingan integriti kehakiman - Astroawani - 18/07 6:15 pm

Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.





Lantikan tiga hakim baharu diharap tamatkan usaha pihak mahu tubuh RCI - Sinarharian - 18/07 5:42 pm

SHAH ALAM - Pengumuman pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan beserta Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada Khamis diharap dapat menamatkan usaha sesetengah pihak yang ingin Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.Ketua Kluster Komunikasi Kanun (Biro Undang-Undang) Parti Amanah Negara (Amanah), Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja yang bertindak di bawah Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenan pelantikan ketiga-tiga individu bagi jawatan tersebut.Peguam terbabit berpendapat, pelantikan dibuat penuh tertib, malah isu kontroversi yang cuba dipolitikkan segelintir pihak itu akhirnya berjaya diselesaikan."Kanun mengucapkan jutaan tahniah kepada para hakim yang dilantik ini dan berharap mereka terus memastikan prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung agar keadilan dapat ditegakkan."Kami gembira kerana pelantikan tersebut dibuat dengan penuh tertib dan adab yang sepatutnya."Dengan pelantikan ini, maka tidak timbul lagi usaha sesetengah pihak untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara terbabit atau mengadakan apa-apa perhimpunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan baharu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Mengulas lanjut, Noorazmir turut berharap bahawa pelantikan ketiga-tiga hakim berkenaan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan kehakiman yang berbangkit."Pelantikan ini diharap dapat menyelesaikan isu kehakiman yang berbangkit seperti kekurangan hakim."Selain itu, isu untuk mendapat tarikh bicara yang kini pihak litigan terpaksa menunggu lama," ujarnya.





Desakan terbuka ketua UMNO bahagian tindakan biadab terhadap PMX - Sinarharian - 18/07 5:25 pm

IPOH Desakan terbuka segelintir Ketua Bahagian UMNO yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melaksanakan Titah Adendum berhubung isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai tindakan tidak beradab dan biadab terhadap ketua kerajaan.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gerik, Dr Ahmad Safwan Mohamad berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja memberi tekanan tidak wajar kepada Perdana Menteri malah berisiko mengelirukan rakyat serta mencemar prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.Menurutnya, desakan itu seolah-olah memperlekeh peranan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang sentiasa menjunjung tinggi institusi Raja-Raja Melayu serta proses perundangan negara."Perlu difahami bahawa isu ini kini berada dalam bidang kuasa Mahkamah Persekutuan setelah melalui pelbagai peringkat kehakiman."Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanakannya kerana keputusan akhir adalah tertakluk kepada proses mahkamah dan Lembaga Pengampunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Safwan berkata, pada 1 dan 2 Julai lalu Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujahan berhubung permohonan semakan kehakiman membabitkan surat daripada Istana Pahang yang sebelum ini dibenarkan Mahkamah Rayuan namun dicabar oleh pihak Peguam Negara.Katanya, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan oleh mahkamah dan adalah tidak bertanggungjawab untuk memaksa Perdana Menteri membuat tindakan sementara prosiding masih berjalan."Perdana Menteri hanyalah pemudah cara kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."Tambahan pula, isu titah adendum ini dikatakan berlaku dalam tempoh peralihan kuasa antara Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan ke-17 yang menimbulkan persoalan dari sudut undang-undang dan kini diperhalusi oleh mahkamah," katanya.Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa perkara itu boleh dibawa semula dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang dan Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk mempersembahkannya secara berperlembagaan apabila tiba masanya.Ahmad Safwan turut menyeru agar semua Ketua Bahagian UMNO memahami konteks sebenar isu berkenaan dan membantu memberi penjelasan kepada akar umbi, bukan menambahkan kekeliruan demi kepentingan politik tertentu."Kestabilan negara tidak boleh digadaikan untuk memenuhi tuntutan kelompok sempit."Kita semua bertanggungjawab memelihara maruah institusi kehakiman, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan menghormati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu," katanya.Pada Khamis, seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan Titah Adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.Mereka menegaskan, ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.Media pada 19 Julai lalu melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta





From Teoh Beng Hock to the Bar???s march: A week where apologies fell flat .. - Sinchew - 18/07 4:46 pm

They formed a pattern: a chorus of remembrance, resistance, and reckoning in a society weary of institutional fatigue and democratic erosion. Now, with the appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as the new Chief Justice, concerns over the politicization of the judiciary have taken on renewed urgency





Marine safety is just as important as safety on our roads - Sinchew - 18/07 4:46 pm

Marine safety is just as important as safety on our roads The sandy beaches and coral reefs of both east and west Malaysia attract both local and international tourists





Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan - Mgazette - 18/07 4:46 pm

# Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan KUALA LUMPUR - Sekumpulan Ahli Parlimen Keadilan menggesa agar proses mengukuhkan kebebasan badan kehakiman diteruskan secara lebih menyeluruh dan konsisten susulan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu lewat malam tadi





Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM - Mgazette - 18/07 4:46 pm

# Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM PUTRAJAYA Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu dan beberapa hakim lain membuktikan tohmahan sesetengah pihak kononnya badan kehakiman negara tidak bebas sebenarnya tidak berasas





Lori bawa bahan kimia terbalik di Lebuhraya Kesas - SUN - 18/07 4:14 pm

SHAH ALAM: Sebuah lori kontena yang membawa pelbagai jenis bahan kimia terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, pagi tadi





Suami isteri, dua pengarah direman kes rasuah projek pusat data RM180 juta - Sinarharian - 18/07 4:06 pm

PUTRAJAYA - Seorang pengurus kontrak sebuah syarikat pembinaan terkemuka, isterinya serta dua pengarah syarikat direman untuk siasatan berkaitan kes rasuah projek pembinaan pusat data bernilai kira-kira RM180 juta di Johor.Perintah reman terhadap keempat-empat suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat selepas permohonan dibuat SPRM.Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengurus kontrak lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 24 Julai, manakala isterinya direman tiga hari hingga 21 Julai.Dua lagi suspek lelaki yang merupakan pengarah syarikat pula direman selama lima hari sehingga 22 Julai.Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan dalam satu operasi khas dinamakan Op Ways yang dijalankan Bahagian Siasatan SPRM di sekitar Lembah Klang pada Khamis.Dalam operasi itu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang ditemui di rumah milik pengurus kontrak berkenaan.Sumber berkata, wang tunai tersebut dipercayai bayaran rasuah yang diterima suspek sebagai balasan bagi mendapatkan enam tender projek pembinaan pusat data tersebut."Siasatan awal mendapati suspek telah menetapkan bayaran rasuah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai setiap tender perolehan projek yang diberikan kepada dua syarikat berkenaan," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.





Malaysian Bar congratulates Wan Ahmad Farid on CJ appointment, cites judicial integrity - SUN - 18/07 4:04 pm

KUALA LUMPUR : The Malaysian Bar has congratulated Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh on his appointment as the new Chief Justice of Malaysia, expressing confidence in his leadership to uphold judicial independence and integrity





Wan Ahmad Farid perlu tegas bersihkan institusi kehakiman - Zaid - Sinarharian - 18/07 4:01 pm

SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diharap bersikap tegas dalam mencorakkan masa depan dan membersihkan institusi kehakiman daripada unsur rasuah.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, pada usia 62 tahun, Wan Ahmad Farid masih mempunyai empat tahun lagi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada institusi kehakiman yang kini berada dalam keadaan rapuh.Menurutnya, harapan rakyat adalah agar beliau bukan sahaja menegakkan undang-undang, tetapi juga mengembalikan keyakinan umum terhadap kewibawaan badan kehakiman."Saya hanya mempunyai satu harapan utama terhadap kepimpinan baharu ini





Prime Minister outlines judiciary appointment process, denies interference - SUN - 18/07 3:58 pm

This demonstrates that the process was properly followed and that we are abiding by Article 122B of the Federal Constitution, he said. Datuk Wan Ahmad Farid has been appointed as Malaysias new Chief Justice and is scheduled to be sworn in before the Yang di-Pertuan Agong on July 28





BIMP-EAGA Contemporary Art Exhibition at National Art Gallery - SUN - 18/07 3:54 pm

KUALA LUMPUR : The National Art Gallery is hosting the Isle To Isle: A Reflection of BIMP-EAGA Through Contemporary Art exhibition, featuring works from Brunei, Indonesia, Malaysia, and the Philippines





Badan Peguam imbau ketegasan Wan Farid pertahan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes Najib - Sinarharian - 18/07 3:45 pm

SHAH ALAM Badan Peguam Malaysia menyatakan kelegaan susulan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.Pada masa sama, badan bukan kerajaan itu (NGO) itu turut mengimbau ketegasan Wan Ahmad Farid dalam mempertahankan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pelantikan itu diyakini bakal menyuntik semula keyakinan awam terhadap institusi kehakiman negara, lebih-lebih lagi dengan rekod integriti dan prinsip yang pernah ditunjukkan Wan Ahmad Farid sebelum ini."Beliau pernah menarik diri daripada mendengar kes melibatkan permohonan peguam Queens Counsel, Jonathan Laidlaw dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan menegaskan bahawa persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dipertikaikan."Ketika itu beliau turut menyatakan bahawa kehakiman yang bebas adalah anugerah berharga bagi mana-mana masyarakat





Pelantikan Ketua Hakim Negara: PM tegas prosedur sah, minta tamat fitnah - Astroawani - 18/07 3:39 pm

Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid dilakukan mengikut prosedur sah dan tiada campur tangan luar.





Titah Adendum: PM sedia bincang - Sinarharian - 18/07 3:22 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi membincangkan atau sebarang tindakan yang perlu berhubung Titah Adendum.Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak boleh mendahului mahkamah dalam hal tersebut."Semalam dalam pertemuan Ketua UMNO Bahagian menggesa supaya ada pelaksanaan (Titah Adendum)."Saya hendak tekankan, perkara ini telah dirujuk kepada mahkamah dan saya tidak boleh mendahului."Keduanya, saya telah beritahu kepada Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin UMNO bahawa saya sedia mengadakan perbincangan, memberi penjelasan sekiranya perlu," katanya.Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14, di sini pada Jumaat.Dalam pertemuan di sebuah hotel di Ibu Negara, seramai 160 ketua UMNO bahagian sebulat suara mendesak pelaksanaan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikeluarkan 4 Januari lalu.Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah.Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah yang mewakili kumpulan itu turut mendesak agar Peguam Negara menarik balik permohonan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025.Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan skandal 1MDB iaitu penyelewengan dana SRC International.Beliau yang beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 telah mendapat perkenan Lembaga Pengampunan Diraja pada 2 Februari tahun lalu menjadikan hukuman penjara dikurangkan kepada enam tahun serta denda RM50 juta.





Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti proses ikut Perlembagaan - Anwar - Sinarharian - 18/07 3:20 pm

PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan yang lain membuktikan proses tersebut dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Menurut beliau, pelantikan itu juga menolak segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan serta dirinya sebelum ini."Jadi saya harap dengan penjelasan ini serta keputusan Majlis Raja-Raja yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka terpadamlah fitnah serta keluh kesah yang berlaku sebelum ini."Berminggu-minggu dihujahkan, dikecam dan difitnah, tetapi kini terbukti kenyataan itu meleset," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14 di sini pada Jumaat.Anwar turut menafikan dakwaan bahawa nama bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pernah diusulkan sebagai calon Ketua Hakim Negara."Beliau banyak menjalankan tugas dengan cemerlang dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan."Tetapi kerana beliau masih mempunyai banyak tahun (untuk berkhidmat), nama Ahmad Terrirudin tidak pernah pun diusulkan."Tuanku Sultan Selangor, selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja bertanya mengenainya dan saya maklumkan bahawa nama itu tidak dibawa oleh saya, tidak dibincang dan tidak dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi dari mana datangnya spekulasi ini? Ia hanya disebarkan oleh kalangan tokoh-tokoh peguam yang berpolitik," katanya.Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya budaya menyebar fitnah dan mencerca tanpa merujuk fakta yang sahih dihentikan."Keputusan ini mengambil kira bahawa institusi kehakiman merupakan salah satu tonggak negara yang berdaulat dan merdeka serta teras kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan," katanya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, selain Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.Istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Dalam pada itu, Anwar menjawab kritikan berhubung dakwaan kelewatan pelantikan hakim lain dan memaklumkan bahawa proses pelantikan telah pun berjalan."Pelantikan telah dibuat dengan lapan hakim Mahkamah Rayuan kini berada dalam senarai."Sebanyak 14 hakim Mahkamah Rayuan diangkat daripada Mahkamah Tinggi dan 14 hakim Mahkamah Tinggi telah pun diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong."Kalau ada sedikit kesabaran dan kebijaksanaan serta tidak terlalu bermusuhan secara politik, jika ditanya saya sudah jawab sejak dua hari lalu," katanya.





'Beban jubah itu lebih berat daripada emas' - Abang titip pesanan buat Wan Ahmad Farid - Sinarharian - 18/07 3:17 pm

KUALA TERENGGANU - Abang kepada Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, menzahirkan pesanan penuh makna kepada adiknya, Datuk Wan Ahmad Farid susulan pelantikan beliau menerajui institusi kehakiman tertinggi negara.Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Wan Hisham mengingatkan bahawa tugas sebagai Ketua Hakim Negara bukan sekadar kenaikan pangkat, sebaliknya satu amanah berat yang menuntut integriti, keberanian dan kebijaksanaan luar biasa.Menurutnya, jubah kehakiman yang dipakai bukan hanya lambang jawatan, tetapi membawa makna tanggungjawab besar terhadap undang-undang, maruah badan kehakiman serta harapan seluruh rakyat Malaysia."Jubah itu bukan sekadar kain; ia ditenun dengan abad keadilan, harapan jutaan rakyat, dan asas negara kita."Setiap kali memakainya, ingat, kau bukan lagi dirimu semata





Lori kontena muatan kimia terbabas, terbalik di lebuh raya - Sinarharian - 18/07 3:15 pm

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori kontena cedera selepas kenderaan yang membawa muatan bahan kimia itu terbabas dan terbalik di kilometer 29.6 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Klang di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.25 pagi."Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Andalas bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian mendapati lori berkenaan membawa muatan bahan kimia jenis sulfur, kalsium karbonat dan titanium oksida berbentuk cecair di dalam 10 unit tangki berkapasiti 1,000 liter setiap satu unit."Bahan kimia tersebut telah tumpah di dalam kontena dan mengalir ke permukaan jalan utama Lebuhraya Kesas," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, pemandu lori berkenaan telah berjaya di selamatkan oleh orang awam dan hanya mengalami cedera ringan."Tindakan anggota bomba di lokasi sedang menunggu pihak kontraktor untuk mengalihkan kontena ke tepi lebuh raya bagi melakukan kerja-kerja pembersihan bahan kimia tersebut," ujarnya.





Quick-thinking teacher saves pupil's life during asthma attack in class - Sinardaily - 18/07 2:57 pm

SHAH ALAM When a Year One pupil sat silently and started sweating during class, teacher Muhammad Farid Ammar Suhaimi quickly realised something was wrong.His quick response may have saved the boys life.The 29-year-old Moral Education teacher, who teaches at a school in Kapit, Sarawak, recalled the incident which happened on Monday morning during a regular class session.I saw the pupil sitting silently and sweating, whereas he is usually very cheerful and talkative





Lorry overturns on Kesas Highway, causing chemical spill - Sinardaily - 18/07 2:28 pm

SHAH ALAM -A container lorry skidded and overturned on the Kesas Highway herethis morning, causing the chemicals it was carrying to spill onto the road.Selangor Fire and Rescue Departmentassistant director of operations Ahmad Mukhlis Mokhtar said the driver of theShah Alam-bound lorry sustained minor injuries.He said the department was alerted to the incident at about 10.25am and arrived at the scene 15 minutes later."Upon arrival, it was found that the container lorry was carrying chemical substances including Sulphur, Calcium Carbonateand Titanium Oxide in liquid form, stored in 10 ABC Tanks with a capacity of 1,000 litres each."One victim, the lorry driver, was rescued by members of the public and sustained only minor injuries, he said in a statement.Ahmad Mukhlis said firefighters at the scene were waiting for a contractor to upright and move the container lorry to the roadside to allow chemical cleanup operations to begin.He said the operation involved 14 officers and personnel from the Shah Alam and Andalas Fire and Rescue Stations, with the Hazmat team also present at the location





'Saya takkan maafkan' Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli - Sinarharian - 18/07 2:27 pm

KOTA KINABALU [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Papar meluahkan kekecewaannya terhadap individu yang didakwa membuli anaknya menerusi satu hantaran di media sosial semalam.Hantaran dimuat naik melalui akaun TikTok itu dipercayai ditulis sendiri oleh ibu mangsa yang turut disertakan dengan gambar keadaan anaknya sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis."Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini."Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu





Mohamed Usuf Jan Mohamad memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur - SUN - 18/07 2:15 pm

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad telah dilantik memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini





Mohamed Usuf is acting KL Police Chief - Sinardaily - 18/07 1:19 pm

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur deputy police chief Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad has been appointed acting Kuala Lumpur police chief, effective today.He replaces Datuk Rusdi Mohd Isa, who was appointed director of the Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department (CCID) on June 25





Dont be arrogant: Zahid hits back at critics of his NZ working visit, says .. - Malaymail - 18/07 12:51 am

WELLINGTON, July 18 Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi expressed regret over the actions of...





Use MyJalan to channel road damage complaints, Ahmad Maslan tells Sabahans - BorneoPost - 18/07 12:34 am

TAWAU (July 18): The use of MYJalan, an application for road users to file complaints regarding road damage, is still low in Sabah, said Deputy Minister of Works Datuk Seri Ahmad Maslan



Malaysian Bar hails Wan Ahmad Farids appointment as Chief Justice, cites understanding of judicial independence in Laidlaw recusal - Malaymail - 18/07 12:33 am

KUALA LUMPUR, July 18 The Malaysian Bar has today lauded the appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as...





Malaysia untuk Sabah lebih menyeluruh, jadi slogan kempen PRN - Ahmad Maslan - Sinarharian - 18/07 12:32 am

PONTIAN UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggariskan pendekatan inklusif menerusi konsep Malaysia untuk Sabah sebagai tawaran utama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, konsep itu dilihat lebih luas dan menyeluruh berbanding slogan 'Sabah for Sabahan'."Rakyat Sabah turut menyumbang kepada pembangunan negara serta berjaya membina kehidupan di negeri-negeri lain dalam Malaysia."Ramai antara mereka bekerja di Semenanjung dan memegang pelbagai jawatan penting





9 MP PKR garis lima tuntutan untuk Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 11:35 am

SHAH ALAM Sembilan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh segera mengambil langkah memperkukuh kebebasan badan kehakiman.Gesaan mereka itu termasuk meminta pucuk kepimpinan tertinggi badan kehakiman yang baharu dilantik menyelesaikan lima isu penting yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan komuniti perundangan.Dalam satu kenyataan bersama ditandatangani sembilan ahli Parlimen PKR pada Jumaat, mereka menyifatkan pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara sedikit sebanyak meredakan keresahan orang ramai, terutamanya apabila perkara itu disusuli pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.Bagaimanapun, kumpulan ahli Parlimen PKR diketuai bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli itu mengakui pelantikan Wan Ahmad Farid turut mengundang reaksi bercampur baur daripada masyarakat.Hal ini memandangkan latar belakangnya sebagai bekas pemimpin UMNO dan kedudukan beliau yang dilihat lebih junior berbanding beberapa hakim kanan lain sedikit sebanyak mengundang perdebatan banyak pihak.Justeru, mereka berharap Ketua Hakim Negara yang baharu itu dapat menerima pandangan ini secara terbuka dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk memimpin institusi kehakiman dengan lebih berwibawa."Oleh itu, sebagai ahli-ahli parlimen, kami berharap kepimpinan badan kehakiman di bawah Datuk Wan Ahmad Farid akan meneruskan usaha mengukuhkan kebebasan badan kehakiman dengan menyelesaikan isu-isu berikut yang telah timbul."Pertama, pucuk kepimpinan badan kehakiman sedia ada perlu memuktamadkan lantikan hakim-hakim untuk mengisi 31 kekosongan secepat mungkin untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan pentadbiran kehakiman."Kedua, mereka harus memastikan lantikan hakim-hakim adalah benar-benar berasaskan merit dan senarai kekananan agar ia berlaku adil kepada hakim-hakim yang telah lama berkhidmat dan bertanggungjawab menjaga mutu dan nama baik badan kehakiman," kata sembilan ahli Parlimen PKR berkenaan dalam satu kenyataan.Selain Rafizi





Bantuan SARA ringankan beban hidup golongan memerlukan di Pendang - SUN - 18/07 10:11 am

PENDANG: Dulu tak reti, sekarang dah pandai



Sabah roads giving you a rocky ride? Ahmad Maslan says theres an app for that - Malaymail - 18/07 9:59 am

TAWAU, July 18 The use of MYJalan, an application for road users to file complaints regarding road damage, is st...





Ahmad Zahid kesal tindakan remeh lawatan kerja ke New Zealand - Astroawani - 18/07 9:40 am

Pandangan sedemikian tidak wajar dan hanya meremehkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang baharu bagi Malaysia.





New Zealand berhasrat sertai Majlis Halal ASEAN sebagai ahli bersekutu - Ahmad Zahid - Astroawani - 18/07 9:30 am

New Zealand berhasrat untuk menyertai Majlis Halal ASEAN sebagai ahli bersekutu.





Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti semak imbang masih ada - Sinarharian - 18/07 9:30 am

SHAH ALAM Pelantikan terkini Ketua Hakim Negara menunjukkan bahawa institusi di negara ini masih berfungsi dan memainkan peranan penting selain menjadi lambang kepada pelaksanaan prinsip semak dan imbang.Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, ia turut membuktikan bahawa suara rakyat melalui saluran seperti Majlis Peguam dan badan sivil memberi kesan yang signifikan.Menurutnya, perkara paling penting yang dapat diperhatikan ialah kerajaan tetap dapat dibentuk dan berfungsi walaupun berdepan kritikan serta teguran rakyat."Buat pertama kali dalam sejarah pelantikan Ketua Hakim Negara, seluruh prosesnya dilihat dan disemak secara terbuka."Daripada saringan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), pengesyoran Perdana Menteri, perbincangan dalam Majlis Raja-Raja, sehinggalah perkenan Yang di-Pertuan Agong, semuanya berlangsung dalam radar rakyat."Lebih penting, pengumuman dibuat secara rasmi oleh Istana dan Majlis Raja-Raja. Bukan bocor, bukan bisik-bisik, tetapi diumumkan dengan penuh tertib," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Jumaat.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu, menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas menerima nasihat Perdana Menteri dan hasil rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan yang sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara, di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah Liyana, keadaan ini jauh berbeza berbanding sebelum ini."Dulu, kita pernah dengar bagaimana pelantikan kehakiman dilakukan secara senyap



Court of Appeal judge Wan Ahmad Farid named Malaysia's 17th Chief Justice, swearing in set for July 28 - Malaymail - 18/07 8:44 am

KUALA LUMPUR, July 18On July 28, Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh will be sworn...





Nanas Malaysia dapat permintaan tinggi di New Zealand - Ahmad Zahid - Astroawani - 18/07 8:30 am

Nanas Malaysia begitu istimewa dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar, berpotensi besar untuk dieksport secara lebih meluas.





Tiga kru helikopter terhempas keluar HSA - Mgazette - 18/07 8:13 am

ISKANDAR PUTERI - Tiga daripada lima kru helikopter AS355N yang cedera selepas terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, minggu lalu, sudah pun dibenarkan keluar Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru





Profil Ketua Hakim Negara yang baharu - Mgazette - 18/07 8:13 am

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai ini, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas





Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara yang baharu Wan Ahmad Farid Ketua Hakim .. - Mgazette - 18/07 8:13 am

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib, awal bulan ini




Reformasi     >>



Rafizi issues Anwar '98 exit from Umno' warning for .. - Mkini
Ex-deputy president says unhappiness in party stemmed from recent election.
Kroni     >>



Siti Kasim awarded RM160k in damages over arrest - Star
KUALA LUMPUR: The High Court has awarded lawyer and activist Siti Kasim RM160,000 in damages after allowing her civil suit against the Federal Territories Islamic Religious Department (Jawi), 15 of its officers and seven others over her unlawful arrest and detention during a private fundraising event ..
Tabloid     >>



Jalan sesak, mental sesak - Hmetro
Kuala Lumpur: Sudah menjadi rutin penulis setiap hari untuk menempuh kesesakan lalu lintas sebelum sampai ke pejabat. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



The Pixel Watch 4 is almost here: All the rumored new .. - Mashable
Heres everything we know so far (based on rumors, speculation, and alleged leaks) about the Pixel Watch 4.
World     >>



FBI agents were told to 'flag' any Epstein records .. - Cnbc
President Donald Trump, bowing to days of pressure, asked Attorney General Pam Bondi to get grand jury testimony about Jeffrey Epstein unsealed.
Motor Trend     >>



Zeekr Sunway rasmi buka pusat pameran, servis di .. - Careta
Zeekr Space Sunway City dibina di lokasi ikonikbekas helipad Sunway dan merangkumi ruang seluas 11,100 kaki persegi. Ia menempatkan enam ruang pameran model seperti Zeekr X dan Zeekr 009, dua ruang penyerahan eksklusif, lounge pelanggan premium, stesen perbincangan, serta empat pengecas AC