| /// |
|
| Search : Yayasan News | Page 1 |
|
PM label pemimpin ‘budak’ bukan satu isu- Mohd Muzhaffar - Mygazette - 24/05 6:04 pm Walaupun ada yang menganggap beliau 'budak muda', saya percaya kepimpinan generasi muda amat diperlukan," katanya. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri itu berkata demikian kepada pemberita selepas Program khatan Perdana Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Zon Tanjung Kupang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Kupang di sini hari ini |
|
PROWIRA-RTW Graduan sasar tiga kumpulan anak Warga Kerja Pertahanan - Sinarharian - 23/05 1:01 pm SHAH ALAM - Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyasarkan kadar penempatan kerja peserta program PROWIRA Ready-to-Work (RTW) Graduan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat program.Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata, sasaran itu selaras dengan mandat yang diberikan Kementerian Pertahanan dalam memastikan peserta memperoleh pekerjaan berkualiti setara dengan kelayakan mereka.Menurut beliau, inisiatif strategik itu sesuai dengan matlamat program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam kalangan anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan."Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, program ini tepat pada masanya dalam menangani isu pengangguran dan pekerjaan yang tidak sepadan dengan kerjaya yang diceburi."Malah, program ini juga mewujudkan situasi menang-menang apabila secara tidak langsung membantu syarikat-syarikat mendapatkan tenaga kerja eksekutif dengan kos yang ditanggung kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau ditemui selepas mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub dan pengurusan Sinar Harian di Karangkraf pada Khamis.Tambah beliau lagi, dalam memastikan kesejahteraan warga pertahanan terus diperkasa secara holistik, perhatian bukan sahaja perlu diberikan kepada anggota yang sedang berkhidmat, tetapi juga kepada masa depan keluarga mereka terutama anak-anak yang bakal meneruskan kehidupan selepas alam pengajian."Kesejahteraan warga ATM bukan hanya ketika mereka berkhidmat, tetapi turut merangkumi masa depan anak-anak mereka |
|
Yayasan MBI Perkenal Modul Didik Kasih, Cegah Kanak-Kanak Selangor .. - Mygazette - 23/05 7:53 am # Yayasan MBI Perkenal Modul Didik Kasih, Cegah Kanak-Kanak Selangor Keciciran 3M Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pihaknya sudah bersedia dengan acuan tersendiri bagi memastikan fasa transisi pendidikan awal kanak-kanak ini berjalan lancar. |
|
YKM salur bantuan khas Kaamatan dan Gawai - Sinarharian - 22/05 5:22 pm KUALA LUMPUR Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut bermula 30 Mei hingga 2 Jun ini, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan menyalurkan bantuan khas perayaan kepada penerima bantuan YKM yang menyambutnya.Bantuan khas sebanyak RM300 itu disalurkan kepada 19 anak YKM yang terdiri daripada masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus di Sabah serta Dayak di Sarawak.Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing bermula Jumaat."YKM kekal komited memberi bantuan kepada seluruh penerima bantuan yang akan menyambut perayaan terbesar atau terpenting di negara ini, termasuk sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, mencerminkan semangat Keluarga Malaysia."Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban setiap keluarga kerana kita mahu setiap penerima YKM dapat menyambutnya dengan kegembiraan bersama seluruh ahli keluarga," katanya.Bekas Perdana Menteri kesembilan itu turut menyeru semua pihak termasuk komuniti setempat terutama di kawasan pedalaman supaya membantu menyampaikan maklumat mengenai bantuan tersebut kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19 dengan menghubungi YKM di talian 03-22027493. |
|
Lelaki kurung, cedera remaja 14 tahun dipenjara 15 bulan - Sinarharian - 22/05 4:26 pm SHAH ALAM Seorang lelaki yang tular kerana mengurung dan mencederakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini minggu lalu, dihukum penjara selama 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.Mohamad Fadwan Abd Muaain, 42, yang bekerja sebagai pemungut hutang dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wan Noora Nisa Ngadirin.Bagi kesalahan mengurung mangsa, duda yang mempunyai seorang anak itu dihukum penjara sembilan bulan bermula Jumaat sementara kes mencederakan remaja sama, dia dihukum penjara enam bulan selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan mengurung tersebut.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki yang memakai baju-T berwarna merah berbelang hitam tersebut, didakwa mengurung mangsa ketika kejadian berusia 14 tahun satu bulan.Dia dituduh mengikat tangan dan kaki mangsa di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 di sini, antara jam 8.05 sehingga 11.50 pagi pada 11 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, pada waktu, tarikh dan lokasi sama, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dengan peruntukan hukuman serupa.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amirah Zahari sementara tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Adli Hakim Azami.Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama di lokasi, masa dan tarikh serupa.Susulan itu, dia dihukum di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, KS Rinisha Priyya,sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Bagaimanapun, Hakim, Rasyihah Ghazali menetapkan 8 Jun depan untuk fakta kes dan jatuh hukum.ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru lelaki disyaki kurung, liwat remajaPenjenayah seksual kurung, liwat remaja 14 tahun diberkasKurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hariKurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual akan dituduh dalam masa terdekat |
|
Steven Sim dimasyhur Canselor UKKM - Mygazette - 22/05 3:39 pm Tambahnya, sehingga Disember tahun lalu, gerakan koperasi di Malaysia telah mencatatkan perolehan hampir RM82 bilion, sekali gus membuktikan sektor koperasi dan keusahawanan mempunyai potensi besar untuk pembangunan kerjaya dan ekonomi negara. Dalam majlis sama, Steven Sim turut memaklumkan bahawa Yayasan Bank Rakyat telah menyediakan biasiswa bernilai lebih RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk pelajar UKKM |
|
Yayasan Madani terima 200 permohonan Madani Mart - Sinarharian - 22/05 12:58 am KUANTAN - Yayasan Madani menerima lebih 200 permohonan untuk membuka cawangan Madani Mart di seluruh negara setakat ini.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, lebih 20 pengusaha telah melepasi peringkat saringan awal dan sedang melalui proses pembangunan secara berperingkat.Menurutnya, ia juga tertakluk kepada kesesuaian lokas, kesiapsiagaan operasi dan pematuhan kepada standard Madani Mart."Sambutan terhadap inisiatif ini amat memberangsangkan apabila kita telah menerima lebih 200 permohonan daripada pelbagai pihak di seluruh negara melalui platform dalam talian dan secara fizikal."Sebagai sebahagian pelan pengembangan, dua lagi outlet Madani Mart dijangka dibuka Jun ini di kawasan Inderapura di sini dan Kuala Lumpur, sekaligus menandakan permulaan peluasan jaringan Madani Mart ke kawasan Lembah Klang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran rasmi Madani Mart Cawangan Jalan Dato Wong Ah Jang di sini pada Jumaat.Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.Madani Mart bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum itu adalah yang kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Indera Mahkota yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.Fuziah yang juga Pengerusi Yayasan Madani berkata, pembukaan outlet kedua itu mencerminkan perkembangan positif inisiatif Madani Mart yang dibangunkan melalui model kerjasama strategik melibatkan kerajaan, sektor swasta dan elemen sosial melalui Yayasan Madani.Katanya, Madani Mart sebagai pelengkap yang selari dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang kompetitif"Inisiatif ini turut melengkapi pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) KPDN yang terbukti membantu rakyat mendapatkan akses kepada barangan asas pada harga lebih rendah," ujarnya.Jelas beliau, Yayasan Madani kekal komited untuk memperluaskan capaian manfaat Madani Mart secara strategik dan mampan, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati akses kepada barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Sementara itu katanya, selaras dengan maklum balas pasaran dan minat tinggi daripada pengusaha kedai runcit sedia ada, Yayasan Madani kini sedang memperincikan satu model baharu yang lebih fleksibel, Madani Mart Express."Model ini bertujuan membuka ruang kepada lebih ramai pengusaha kecil tempatan serta kedai runcit komuniti untuk menyertai ekosistem Madani Mart."Melalui pendekatan yang lebih praktikal dan inklusif ini, Madani Mart Express turut mengutamakan aspek standardisasi, pematuhan operasi serta penawaran harga rahmah kepada rakyat," katanya.Jelas beliau, pihaknya telah berunding dengan beberapa institusi kewangan mengenai peluang pembiayaan kepada usahawan untuk pembukaan oulet tersebut."Ada bank menyatakan kesediaan mereka dengan mengemukakan cadangan kertas kerja untuk dipertimbangkan," ujarnya. |
|
Steven Sim mahu UKKM jadi AI-Driven Business School terbaik negara - Sinarharian - 22/05 9:45 am Kita ditubuhkan dalam era revolusi AI. Justeru kita ada peluang untuk membina sebuah universiti yang benar-benar relevan dengan dunia baharu," katanya.Beliau berkata demikian ketika dimasyhurkan sebagai Canselor UKKM pada Majlis Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Kali Ke-2 universiti itu di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Khamis.Hadir sama, Pro-Canselor UKKM, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pro-Canselor UKKM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Azlinda Azman.Pada majlis sama, Steven Sim turut menyampaikan sijil kepada 26 graduan yang menerima diploma dan ijazah membabitkan lima program akademik iaitu Diploma Pengurusan Koperasi, Diploma Keusahawanan Koperasi, Master in Business Administration (Cooperative Management), Master in Business Administration (Corporate Leadership) dan Master in Business Administration.Dalam ucapannya, beliau turut menggariskan pendekatan ABCD sebagai pedoman utama pembangunan UKKM.Jelasnya, A merujuk kepada penglibatan Adjunct Professor daripada kalangan pemain industri, tokoh koperasi, usahawan, pelabur dan pembuat dasar supaya mahasiswa dapat belajar terus daripada dunia sebenar.B pula ialah pembinaan kampus bijak (smart campus) yang memberi penekanan kepada pelaburan teknologi khususnya AI dan digitalisasi agar UKKM menjadi kampus yang bijak dan berdaya saing.Menurut beliau, C membawa maksud cepat termasuk keperluan menilai semula tempoh pengajian supaya lebih anjal dan relevan dengan perubahan pesat dunia pekerjaan serta teknologi."D pula ialah dunia sebenar, di mana budaya pembelajaran UKKM perlu berasaskan pengalaman industri dan realiti pasaran semasa," katanya.Steven Sim berkata, UKKM juga perlu berpaksikan semangat gerakan koperasi yang diperjuangkan Tokoh Koperasi Negara, Allahyarham Ungku Aziz iaitu memajukan ekonomi rakyat, menjaga kebajikan rakyat serta membina perpaduan rakyat.Menurut beliau, sehingga Disember 2025, gerakan koperasi di Malaysia mencatatkan perolehan hampir RM82 bilion, sekali gus membuktikan sektor koperasi dan keusahawanan mempunyai potensi besar untuk pembangunan kerjaya dan ekonomi negara.Dalam majlis sama, beliau turut memaklumkan, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi menaja lebih RM516,000, manakala Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah (JPANS) menyumbang RM158,000.Secara keseluruhan, jumlah biasiswa diterima daripada Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Angkasa dan Yayasan Negeri Sabah dengan kira-kira 50 pelajar sedang menikmati manfaat bantuan berkenaan.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan pihak yang membantu pembangunan UKKM termasuk institusi kewangan, agensi kerajaan serta rakan industri.Pada masa sama, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada graduan, pensyarah, fakulti serta ahli keluarga yang hadir meraikan kejayaan konvokesyen berkenaan. |
|
AGC bantah permohonan semakan kehakiman badan peguam berhubung keputusan .. - Mygazette - 22/05 7:52 am # AGC bantah permohonan semakan kehakiman badan peguam berhubung keputusan NFA kes Zahid KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantahpermohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) |
|
AGC bantah permohonan semakan kehakiman Badan Peguam berhubung keputusan kes NFA Ahmad Zahid - Sinarharian - 21/05 5:20 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan, yang mewakili AGC, memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching.Badan Peguam, yang memfailkan permohonan itu dengan menamakan Peguam Negara serta Ahmad Zahid selaku responden, antara lain memohon agar keputusan NFA pada 8 Januari lepas diisytiharkan sebagai tidak sah, terbatal dan Peguam Negara telah melangkaui bidang kuasanya apabila mengambil tindakan tersebut.Sebelum ini, AGC memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid selepas meneliti keseluruhan bahan serta keterangan baharu.AGC dalam kenyataan memaklumkan siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk aspek sumber dana, kaedah perolehan dan penggunaan dana berkenaan.Sementara itu, Nurhafizza memaklumkan, AGC akan memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mei lepas yang membenarkan rayuan Badan Peguam berhubung tindakan pendakwaan menghentikan prosiding selanjutnya terhadap Ahmad Zahid..Mahkamah Rayuan telah mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran substantif semakan kehakiman.Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid pula berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan sama di Mahkamah Persekutuan."Oleh itu, pihak kami memohon supaya prosiding semakan ini (berhubung NFA) digantung sehingga pihak-pihak kembali ke mahkamah untuk mengemas kini status di Mahkamah Persekutuan," katanya.Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk memutuskan sama ada permohonan kebenaran Badan Peguam itu perlu didengar atau digantung sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan |
|
AGC objects to M'sian Bar's bid for leave to challenge Zahid's NFA - Mkini - 21/05 4:42 pm This is concerning DPM's 47 charges linked to Yayasan Akalbudi. |
|
Penat Sanusi Md Nor nak jawab bab PELABUR PUSAT DATA CABUT LARI dari Kedah. - Wrlr - 21/05 4:41 pm Penat Sanusi Md Nor nak jawab bab PELABUR PUSAT DATA CABUT LARI dari Kedah. Sanusi kini difensif Kedah Online CABARAN PEMBANGUNAN PUSAT DATA DI MALAYSIA Oleh: Hafiz Mansor, Ketua Penyelidik Yayasan Kedah Sejahtera Akhbar The Edge melaporkan sebuah syarikat pembangunan pusat data, Maxland Bhd telah membatalkan dua cadangan pajakan tanah bagi pusat data (data centre) dan sistem perkhidmatan penyejukan daerah (district cooling system) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah |
|
AGC opposes Malaysian Bars bid to challenge NFA ruling in Zahids Yayasan Akalbudi graft case - Malaymail - 21/05 4:37 pm KUALA LUMPUR, May 21 The Attorney Generals Chambers (AGC) has filed an objection to the Malaysian Bar&rsq... |
|
AGC objects to lawyer's bid for judicial review over Zahid's NFA decision - Sinardaily - 21/05 4:31 pm KUALA LUMPUR - The Attorney Generals Chambers (AGC) has filed an objection to the Malaysian Bars application seeking leave to initiate a judicial review over the decision to classify a graft case involving Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi and the Yayasan Akalbudi funds as No Further Action (NFA).The matter was raised by federal counsel Nurhafizza Azizan, representing the AGC, during case management before High Court Judge Alice Loke Yee Ching.On April 7, the Malaysian Bar filed the application naming the Attorney General (AG) and Zahid as first and second respondents, seeking to declare the NFA decision made on Jan 8, 2026, as invalid, arguing it was made beyond the AGs authority.On Jan 8, the AGC announced that no further action would be taken on 47 charges involving criminal breach of trust, corruption and money laundering linked to the Yayasan Akalbudi funds after reviewing all new evidence.In a statement, the AGC said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had conducted further detailed investigations into the source, procurement and utilisation of the funds.In a separate related case, Nurhafizza said the AGC would also file for leave to appeal at the Federal Court against a Court of Appeal decision on May 7 allowing the Malaysian Bars appeal.The Bar had previously appealed against a High Court decision dated June 27, 2024, which had dismissed its application for leave to challenge the prosecutions decision to discontinue proceedings against Zahid.The Court of Appeal later ordered the matter to be remitted to the High Court for a substantive hearing of the judicial review.Lawyer Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, representing Zahid, said they would also file a similar application at the Federal Court."We therefore request that the judicial review proceedings be stayed until the parties return to court to update the status at the Federal Court, he said.The High Court has fixed June 30 to decide whether the Malaysian Bars application for leave should proceed or be stayed pending the outcome of the Federal Court appeal |
|
AG fail bantahan semakan kehakiman keputusan NFA babitkan Ahmad Zahid - Utusan - 21/05 3:53 pm Ia terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkait penyelewengan dana Yayasan Akalbudi |
|
Lelaki didakwa 13 pertuduhan guna MyKad individu lain beli petrol subsidi - Sinarharian - 20/05 4:22 pm BALING - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas 13 pertuduhan menggunakan nombor kad pengenalan orang lain untuk membeli petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) di daerah ini.Azman Aziz, 53, didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli kuota petrol dengan harga subsidi di bawah skim Budi Madani berjumlah 594.459 liter, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian kuota subsidi bulanan mereka.Lelaki berasal dari Perak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di stesen minyak BH Petrol Padang Lengkuas di dalam daerah Baling antara 18 Mac hingga 23 April lepas.Bagi semua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala Azman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Masniah Dolah.Hakim Mahkamah Sesyen Rohaida Ishak yang bertindak sebagai Majistret, membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 8 Julai ini sebutan semula kes.Sebelum ini, polis menahan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi BUDI95 yang disyaki digunakan pihak lain di Kupang, Baling.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, penahanan itu, susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor, yang mendakwa kuota subsidi BUDI95 miliknya telah hilang |
|
Terengganu Sedia Pinjaman Motosikal RM5,000 Tanpa Faedah Untuk Golongan B40 - Careta - 20/05 4:03 pm Skim tersebut dilaksanakan menerusi Skim Pinjaman Pembelian Motosikal di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), dengan fokus membantu rakyat terutama anak muda yang memerlukan kenderaan untuk menjana pendapatan |
|
Bapa nafi tampar, gigit bayi kerana tidur terganggu - Mygazette - 20/05 3:59 pm Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab |
|
Bapa didakwa tampar, gigit bayi 10 bulan - Sinarharian - 20/05 3:56 pm MELAKA - Seorang peniaga burger tidak mengaku di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu atas pertuduhan mencederakan anaknya berusia 10 bulan dengan cara memukul dan menggigit bayi lelaki itu dalam kejadian awal bulan lalu.Tertuduh, Wan Faddli Abd. Saad, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera kepada anaknya idengan melakukan perbuatan itu sekitar jam 4 pagi, 6 Mei lalu.Perbuatan itu dilakukan semasa berada di sebuah rumah beralamat di Lorong Abdullah Jalan AMJ, Semabok dalam daerah Melaka Tengah.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Kejadian itu dilaporkan isteri tertuduh.Difahamkan kejadian berlaku selepas kaki bayinya itu terkena pada lelaki tersebut ketika mereka sedang tidur.Isterinya cuba menenangkan keadaan itu tetapi diugut suspek akan mencederakannya jika masuk campur.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa.Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga burger dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.Mahkamah membenarkan ikat RM3,000 beserta syarat tambahan, sebutan semula ditetapkan 23 Jun depan. |
|
YAMCS meterai MoU pendidikan bersama PASTI, Istiqomah - Harakahdaily - 20/05 1:23 pm SHAH ALAM: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor memperkukuh peranannya dalam bidang kebajikan, pendidikan dan pembangunan ummah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PASTI Negeri Selangor dan Istiqomah Travel & Tour Sdn Bhd |
|
Billie Jean King akhirnya bergelar graduan selepas 61 tahun - Sinarharian - 19/05 11:14 pm IKON tenis, Billie Jean King menamatkan pengajian di kolej pada usia 82 tahun, lebih enam dekad selepas menangguhkan pengajiannya untuk memberi tumpuan sepenuh masa kepada tenis profesional.Tahun lalu, King menyambung semula pengajiannya untuk menamatkan ijazah dalam bidang sejarah dan pada Isnin, beliau menamatkan pengajian di California State University di Los Angeles."Adalah satu penghormatan untuk saya berada di sini sebagai anggota kelas graduan anda."Ya, akhirnya berjaya selepas 61 tahun!""Seperti ramai rakan graduan saya, saya ialah anggota pertama dalam keluarga terdekat yang berjaya menamatkan pengajian di kolej, sama seperti kebanyakan anda," kata King pada majlis konvokesyennya..Sepanjang kerjaya aktifnya, King memenangi 39 gelaran Grand Slam iaitu 12 dalam perseorangan, 16 dalam beregu wanita dan 11 dalam beregu campuran.Beliau merupakan pengasas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan Yayasan Sukan Wanita (WSF) |
|
Ibu tunggal mengaku tawar pakej seks RM400 didenda RM2,000 - Mygazette - 19/05 3:32 pm Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh atas perbuatannya itu. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek, yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu supaya dikenakan denda yang ringan kerana tertuduh merupakan ibu tunggal yang perlu menyara anak |
|
Ibu tunggal tawar khidmat seks didenda RM2,000 - Sinarharian - 19/05 12:09 am MELAKA - Seorang ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan menawarkan pakej perkhidmatan seks dengan bayaran RM400 di sebuah hotel, minggu lalu.Tertuduh, Nasharimah Nanyan, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud pensundalan di sebuah bilik hotel di Kota Syahbandar, Klebang dalam daerah Melaka Tengah.Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 8.15 malam pada 14 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan hasil risikan dalam Ops Noda oleh sepasukan polis yang menjalankan risikan berhubung penawaran akitiviti pensundalan menerusi aplikasi WeChat.Serbuan di dalam bilik mendapati terdapat kewujudan aktiviti seks bersama seorang lelaki dan menemui beberapa barangan berkaitan seks antaranya kondom, pengikat kaki dan tangan, cemeti serta alat bantuan seks.Didapati tertuduh mengaku bekerja sebagai pelacur dan menawarkan pakej dengan bayaran RM400 untuk satu sesi selama satu jam.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon dikenakan denda ringan kerana tertuduh merupakan ibu tunggal yang perlu menyara anak.Tertuduh bekerja sebaga pekerja hotel dengan pendapatan kurang RM1,700 sebulan, sudah menyesali perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau satu bulan penjara jika gagal membayar denda itu. |
|
Cikgu Pa terus tabur bakti selepas bersara - Utusan - 18/05 8:00 am KANGAR: Walaupun sudah lama bersara sebagai pendidik, seorang bekas guru tetap aktif mencurahkan ilmu dan semangat kepada pelajar menerusi ceramah motivasi di sekolah seluruh negeri ini. Mustaffa Ibrahim, 74, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa, terbabit dalam program Titian Kasih anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) sejak lebih sedekad lalu |
|
Bimbang dana asing biayai parti Rafizi, tiga NGO lapor polis - Sinarharian - 17/05 5:10 pm KUALA LUMPUR Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pembela Tanah Air (PETA), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan aliran dana asing yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.Pengerusi Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS), Daing Mohamad Daing Makati yang bertindak sebagai jurucakap kepada ketiga-tiga NGO berkenaan berkata, laporan itu dibuat susulan pengumuman Rafizi mengambil alih sebuah parti politik.Beliau berkata, pihaknya bimbang sekiranya parti yang diterajui Rafizi menerima pembiayaan dana asing sehingga berpotensi mempengaruhi sistem politik negara pada masa depan."Kita bimbang jika parti pimpinan Rafizi ini ditubuhkan dengan pembiayaan dana asing kerana ia boleh memberi ancaman yang tidak terduga terhadap sistem politik negara."Jika ada calon parti Rafizi memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dikhuatiri mereka akan terpengaruh dengan pihak pemberi dana asing," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada Ahad.Turut serta ialah wakil PETA, Redzwan Abu Samah dan wakil Pekemas, Sharizan Ramli.Pada Jumaat lalu, Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) turut membuat laporan polis berhubung video tular yang mengaitkan Rafizi dengan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.Menurut SekPur, nama Rafizi didakwa dikaitkan sebagai individu yang menggunakan dana berkenaan.Terdahulu, Rafizi bersama bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP).Simbolik penyerahan parti itu kepada Rafizi dan Nik Nazmi dilakukan pada majlis pengumuman hala tuju politik kedua-dua pemimpin berkenaan di ibu negara pada Ahad. |
|
Rupanya ini peranan Anwar dalam penubuhan Yayasan Anda, PMX sempat jadi guru! - Mydateline - 16/05 4:00 pm Tahukah anda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah bergelar guru dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yayasan .. |
|
KPM umum 12 inisiatif utama sempena Hari Guru - Sinarharian - 16/05 11:51 am IPOH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif utama sempena Hari Guru yang memberi tumpuan kepada kebajikan serta pembangunan profesional warga pendidik, termasuk pemansuhan sistem perekodan kokurikulum secara manual bagi mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah memansuhkan perekodan manual itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM memperkasa profesion keguruan dan meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurut beliau, sekolah juga diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, antara inisiatif diumumkan ialah pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Menurutnya, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google dengan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," katanya.Beliau turut memaklumkan KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawah Program Khas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung dan sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 serta P3.Selain itu, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana.Bagi memperkasa pembelajaran digital, KPM memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) yang membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman.Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek berkenaan.Pada masa sama, kerajaan turut memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu pada 2027.Dari sudut kebajikan guru, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta termasuk penyediaan kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan kuarters guru bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak, KPM turut melaksanakan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi memupuk budaya membaca melalui kerjasama antara guru dan ibu bapa.Sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan RM122.4 juta turut disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan aktiviti secara praktikal di sekolah.Sebagai penghargaan kepada warga pendidik, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Dalam menghadapi cabaran kos sara hidup pula, KPM mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama untuk membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti.Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Bitara Nadi Negara yang menekankan peranan guru sebagai tonggak utama dalam melahirkan modal insan berkualiti demi kestabilan sosial dan pembangunan ekonomi negara. |
|
Peranan guru semakin genting bentuk generasi berakhlak, berjiwa besar - PM - Sinarharian - 16/05 11:46 am KUALA LUMPUR - Peranan guru kini semakin genting dalam mendepani dunia yang kian kompleks, khususnya bagi membentuk generasi berakhlak, berjiwa besar dan berteraskan nilai kemanusiaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, tugas guru tidak lagi sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan serta cita-cita dalam kehidupan."Hari ini kita mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang menjadi tunjang pembinaan anak bangsa serta mencorakkan akhlak, nilai dan ketamadunan negara kita."Tatkala cabaran dunia menjadi semakin kompleks, peranan guru semakin genting dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa untuk mewarnai ilmu dengan nilai kemanusiaan serta kebijaksanaan, selaras dengan citra MADANI," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan sambutan Hari Guru pada Sabtu.Anwar berkata, tanpa nilai dan adab, pembangunan hanya akan melahirkan kemajuan yang kehilangan arah.Perdana Menteri turut mengimbau pengalamannya sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an, yang menurut beliau membuka mata terhadap realiti kehidupan anak muda daripada keluarga susah dan tercicir pendidikan yang datang dengan kegelisahan tentang masa depan mereka."Pengalaman itu mengajar saya bahawa tugas seorang guru jauh lebih besar daripada sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan diri, mengangkat maruah insan serta menanam harapan dan cita-cita dalam kehidupan pelajar," kata beliau.Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan dedikasi mereka sebagai tunjang pembinaan anak bangsa dan negara."Moga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam dalam mendidik anak bangsa demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan," kata beliau.Sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan Guru Bitara, Nadi Negara diadakan di Ipoh, Perak dan dirasmikan oleh Anwar |
|
Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan - Fadhlina - Sinarharian - 16/05 11:32 am IPOH - Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan sebagai langkah mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemansuhan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa profesion keguruan serta meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurutnya, pihak sekolah turut diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam pada itu, Fadhlina turut mengumumkan 11 lagi inisiatif utama sebagai Ikhtiar Hari Guru yang memberi fokus kepada kebajikan dan pembangunan profesional warga pendidik.Semua inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dengan sokongan menyeluruh kepada guru sebagai tunjang utama negara.Antaranya, pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 akan diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Fadhlina berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google, melibatkan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," jelasnya.Beliau turut memaklumkan, KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawwh ProKhas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung serta sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 dan P3.Selain itu katanya, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana."Dalam usaha memperkasa pembelajaran digital, KPM turut memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman."Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek ini," katanya.Pada masa sama Fadhlina berkata, kerajaan memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu 2027.Dari aspek kebajikan pula, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru, menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta, termasuk kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan kuarters guru untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam memperkasa pendidikan awal, KPM turut memperkenalkan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi menyemarakkan budaya membaca melibatkan kerjasama guru dan ibu bapa.Fadhlina berkata, sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM122.4 juta disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET, sekali gus memberi ruang kepada guru melaksanakan program secara hands-on di peringkat sekolah."Sebagai tanda penghargaan, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025," kataya.Sementara itu, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, KPM turut mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama.Fadhlina berkata, langkah itu diharap dapat membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti untuk warga sekolah.Sambutan tahun ini bertemakan 'Guru Bitara Nadi Negara' menekankan peranan guru sebagai model atau 'bitara' utama dalam membentuk modal insan bermutu yang bakal menjadi tulang belakang ekonomi serta kestabilan sosial negara. |
|
Sempena hari guru : Anwar imbau ajar pelajar tercicir pada 1970-an - Harapandaily - 16/05 10:52 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar pada awal 1970-an ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik, sambil menegaskan tugas seorang guru jauh lebih besar daripada sekadar mengajar di bilik darjah |
|
KL jadi tuan rumah Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2026 Okt ini - Mygazette - 15/05 3:06 pm # KL jadi tuan rumah Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2026 Okt ini KUALA LUMPUR Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan pemimpin wanita, usahawan dan pembuat dasar antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah Forum Tahunan Ekonomi (WEF) ASEAN 2026 yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober tahun ini.. Penganjuran forum berprestij itu dibawa oleh Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCARE) susulan kejayaan pelaksanaan WEF ASEAN 2025 yang menjadi platform penting memperkukuh jaringan kepimpinan dan ekonomi wanita di rantau ini |
|
NGO lapor polis dakwaan video khianat, aliran dana asing dikait dengan Rafizi - Sinarharian - 15/05 11:06 am KUALA LUMPUR Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.Pengerusi Biro Politik SekPur, Shahbudin Embun berkata, pihaknya mendakwa terdapat pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.Menurutnya, nama Rafizi didakwa sebagai individu yang didakwa menggunakan dana berkenaan."Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Shahbudin turut mendakwa dana perjuangan terbabit disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.Sehubungan itu Shahbudin berkata, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kesahihan dokumen berkaitan yayasan pendanaan asing tersebut.Katanya, pihak berkuasa juga diminta menyiasat sama ada terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). |
|
Penilik nasib didakwa sebabkan kematian warga emas - Sinarharian - 14/05 4:16 pm SELAYANG - Seorang penilik nasib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas di sebuah restoran makanan segera, minggu lalu.Toh Kai Lun, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nor Azlin Othman.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Lim Kim Thong, 76, di premis berkenaan di Jalan 54, Desa Jaya Kepong, Gombak antara jam 5.20 hingga 5.40 petang, 5 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian mencadangkan tertuduh diberi ikat jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad yang mewakili Kai Lun merayu anak guamnya memberikan ikat jamin pada kadar minimum."Kakaknya hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM5,000," katanya.Selepas mendengar permohonan semua pihak, Nor Azlin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin termasuk syarat tambahan, melaporkan diri sekali setiap bulan, di balai polis berhampiran.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Julai depan. |
|
MINDEF teliti sistem SSM untuk keupayaan peluru berpandu tentera laut?? .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm Ia bukan seperti membeli kereta yang sudah tersedia. Sistem ini perlu ditempah mengikut spesifikasi tertentu dan mesti boleh berhubung serta berintegrasi dengan sistem lain di dalam kapal, katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program ProWira Ready To Work Graduate dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026, hari ini |
|
Court defers ruling on Zahids acquittal bid in Yayasan Akalbudi case - FMT - 14/05 3:28 pm The High Court will decide on Ahmad Zahid Hamidis application for full acquittal from all charges in the case on June 8. |
|
RM7.2 juta bantu graduan anak tentera jalani latihan pekerjaan - Kosmo - 14/05 2:53 pm KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta bagi melaksanakan Program ProWira Ready To Work Graduate yang memberi peluang 300 graduan dalam kalangan anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalani latihan pekerjaan bersama syarikat terpilih. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut dilaksanakan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai .. |
|
Pembatalan NSM: Mindef tubuh jawatankuasa khas nilai tindakan undang-undang, ganti rugi - Sinarharian - 14/05 1:25 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai tindakan undang-undang serta jumlah ganti rugi yang akan dituntut daripada syarikat pembekal susulan pembatalan kontrak pembelian sistem peluru berpanduantikapal (NSM).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu dibuat memandangkan kerajaan telah menjelaskan hampir 95 peratus daripada nilai keseluruhan kontrak yang mencecah lebih RM500 juta."Jawatankuasa khas peringkat kementerian telah ditubuhkan untuk memperincikan tuntutan yang bukan sekadar melibatkan pemulangan bayaran asal, tetapi juga ganti rugi akibat pelanggaran kontrak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program PROWIRA Ready-to-Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan YayasanLembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) 2026di sini pada Khamis.Beliau berkata, kementerian sedang membuat perkiraan bagi menuntut semula bayaran yang telah dibuat selain kerugian lain yang timbul akibat pembatalan kontrak berkenaan.Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kementerian turut menilai beberapa alternatif bagi menggantikan sistem NSM berkenaan.Satu jawatankuasa lain turut ditubuhkan bagi meneliti pilihan sistem yang sesuai serta boleh dibekalkan dalam tempoh segera.Bagaimanapun, beliau berkata, proses itu bukan mudah kerana sistem peluru berpandu perlu serasi dengan sistem komunikasi, elektrik dan operasi sedia ada pada kapal.Mohamed Khaled berkata, proses integrasi sistem baharu itu dijangka mengambil masa beberapa bulan.Bagaimanapun, pembatalan pembekalan NSM itu tidak menjejaskan jadual penyerahan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama, KD Maharajalela, kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada Disember ini."Program LCS tetap diteruskan, cuma kapal itu tidak akan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan pada peringkat awal," katanya.Menurut laman web Kongsberg Defence & Aerospace, kontrak perolehan NSM dimeterai antara TLDM dan syarikat itu pada April 2018 dengan nilai 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu |
|
Tukang cuci didakwa bunuh warga emas ketika samun - Sinarharian - 14/05 11:34 am MANJUNG - Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamisatas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas ketika menyamun rumah mangsa minggu lepas.M Manimaran, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma' Nahdiyya Che Ab Rahim.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuhdi bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Tang Kai Kong,85, di Jalan Melayu, Ayer Tawar dalam daerah Manjung antara 3 hingga 4 pagi 7 Mei.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun danjika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan kimia.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala Manimarantidak diwakili peguam.Pada prosiding sama, Manimaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada 12.30 tengahmalam 8 Mei.Lelaki itu didakwa mengikutSeksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.Bagi kes itu, dia diwakilipeguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Aini Osman |
|
Penganggur didenda RM5,000 muat naik hantaran hina Islam - Sinarharian - 14/05 11:26 am KULIM - Seorang penganggur didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu hantaran di media sosial, Januari lalu.Tertuduh, Tsen Vui Kiong, 51, dari Sandakan, Sabah membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Khamis.Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Jimmy Tsen' telah memuat naik satu hantaran yang telah dibaca oleh Khairull Fadzillah Bakar, 45, di Taman Selasih di sini, 6 Februari lalu.Hantaran tersebut, yang mengandungi perkataan dan gambar kartun, didakwa dilakukan dengan niat untuk melukakan perasaan penganut agama Islam.Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hairul Alif Hairul Azam.Hairul Alif dalam rayuan memohonhukuman denda paling ringan memandangkan tertuduh tidak bekerja dan masih mempunyai kedua ibu bapa yang sudah tua.Sementara itu, Jayasri memohon agar mahkamah memberikan hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam terutama dalam penggunaan media sosial.Katanya, hukuman tersebut akan menjadi mesej kepada masyarakat supaya tiada sesiapa yang boleh meghina agama lain dan hukuman setimpal diperlukan agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan. |
|
YAR sumbang kerusi roda, peralatan hospital - Utusan - 13/05 8:34 pm PETALING JAYA: Sebanyak 30 kerusi roda disumbangkan Yayasan Ar-Riduwan untuk kegunaan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di Kulai, Johor bagi memenuhi keperluan pesakit di sana |
|
Pembantu kedai didenda RM3,800 miliki senapang angin tanpa lesen - Sinarharian - 13/05 7:24 pm TUMPAT - Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki senapang angin tanpa lesen, minggu lepas.Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahmi Mat Ghoni, 24, dan memerintahkan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.Lelaki itu didakwa memiliki senapang angin tanpa sebarang permit atau lesen yang sah semasa pemeriksaan dijalankan polis di Kampung Nechang di sini pada jam 4.30 pagi 6 Mei.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff memohon hukuman setimpal manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran merayu dikenakan denda minimum kerana anak guamnya menggunakan senapang angin untuk menembak binatang liar dan burung.Muhammad Syahmi membayar denda itu |
|
Mekanik mengaku tidak bersalah miliki senjata api, peluru dan senjata tiruan - Sinarharian - 13/05 3:09 pm BALING - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki senjata api, peluru dan senjata tiruan awal bulan ini.Mohd Shahifuldin Mohd Shahiran, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak yang juga bertindak sebagai Majistret.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki sepucuk pistol model Colt UTC/TIC kaliber.45 serta satu kelopak, selain sepucuk pistol model Forjas Taurus S.A PT 24/7 kaliber 9 milimeter buatan Brazil dan kelopak tanpa lesen atau permit sah.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Siput, Siong di sini pada jam 12.30 tengah malam, 1 Mei.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.Mohd Shahifuldin juga dituduh memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam buatan Taiwan tanpa sebab yang sah pada tarikh, masa dan tempat sama.Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, di Mahkamah Majistret, dia berhadapan dua pertuduhan iaitu memiliki dua laras senapang angin serta memiliki 19 butir peluru berwarna emas dan perak tanpa lesen atau permit sah di lokasi, masa dan tarikh sama.Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes |
|
Penarik kereta dipenjara 7 bulan simbah cat di 2 rumah di Johor - Sinarharian - 13/05 1:10 pm JOHOR BAHRU - Seorang penarik kereta dipenjara tujuh bulan oleh dua Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan menyimbah cat pada dua buah rumah pada Disember tahun lalu dan April lepas.Hakim Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh sabitan (hari ini) manakala Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan (16 April) terhadap Muhamad Yaccob Ibrahim, 28.Di hadapan Azureen Sahira, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan niat menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lelaki berusia 52 tahun dengan menyimbah cat merah pada kediaman berkenaan.Perbuatan tersebut dilakukan kira-kira jam 4.10 petang, 7 April lepas di Jalan Mutiara Emas 9/20 Taman Mount Austin.Di hadapan Nabilah pula, Muhamad Yaccob didakwa dengan niat melakukan khianat dengan menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lagi lelaki berusia 37, juga dengan menyimbah cat merah.Perbuatan itu dilakukan di Twin Danga Residensi, Jalan Tengah, Kampung Sungai Danga di sini pada 24 Disember, 2025, kira-kira 7 pagi.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Shariffuddin dan Nor Deana Aqilah Aliman, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K |
|
MP Pasir Puteh digesa taubat, mohon maaf secara rasmi Pengarah YADIM Terengganu - Mypress - 12/05 6:50 pm KUALA TERENGGANU Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Kamal Nazmi Kamarudin menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan ucapan kontroversi yang disifatkan menggores… |
|
DNA khianat bukan dalam Pas tapi pada UMNO – Hadi - Mygazette - 11/05 4:24 pm Inilah masalah yang diketahui umum ada pada pemimpin UMNO, katanya. Untuk rekod, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini bagi memutuskan permohonan Ahmad Zahid untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi |
|
Pemandu lori didakwa pandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian bayi - Sinarharian - 11/05 1:42 pm SIK - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki, minggu lepas.Mohamad Amiruddin Mohamed Radzi, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu sebuah lori di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang merupakan penumpang sebuah kereta.Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran simpang Kampung Sadek, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di Baling pada 10.30 malam, 7 Mei lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara minimum 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Jamal manakala Mohamad Amiruddin diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Intan Nursyafina Baharudin.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan seorang daripada penjamin mestilah bukan ahli keluarganya dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.- Bernama |
|
Ramai Tak Tahu! Anak Pahang Layak Mohon Bantuan Masuk IPT Hingga RM1,200, Ini Cara Mohon - Murai - 11/05 11:00 am Berita baik buat anak-anak Pahang yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Yayasan Pahang kini membuka permohonan Geran Bantuan Ke IPT khas untuk pelajar anak negeri itu yang bakal menyambung pengajian buat kali pertama ke peringkat tertiari |
|
COMMENTARY: Sarawak free higher education: Responses, shifts, sustainability - BorneoPost - 11/05 7:02 am THE introduction of Sarawak’s free higher education initiative marks a major shift in the state’s education landscape. Managed through Yayasan Sarawak, the scheme provides tuition support for eligible Sarawakian students, or students with at least one Sarawakian parent, who study in selected state-linked institutions such as Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University Malaysia, [...] The post COMMENTARY: Sarawak free higher education: Responses, shifts, sustainability appeared first on Borneo Post Online . |
|
Keputusan pembebasan penuh Ahmad Zahid Khamis ini Keputusan pembebasan .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm # Keputusan pembebasan penuh Ahmad Zahid Khamis ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkkan Khamis ini bagi memutuskan permohonan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi |
|
Chasing football dreams from Chow Kit to Mexico - FMT - 10/05 8:00 am Youths from Yayasan Chow Kit make history as Malaysias first team at the Street Child World Cup. |
|
Solat subuh macam Jumaat di Genting Highlands - Kosmo - 9/05 3:26 pm PETALING JAYA Program #GengSubuhMacamJumaat terus mendapat sambutan apabila ratusan jemaah hadir memeriahkan solat Subuh berjemaah di Yayasan Noah, Genting Highlands pagi tadi |
|
Penduduk Gelugor bantah projek 61 tingkat di Lot 642 - Mygazette - 9/05 7:31 am Mereka mendakwa projek itu berpotensi menyebabkan kehilangan kawasan hijau, meningkatkan risiko banjir kilat selain menambah kesesakan trafik di kawasan sedia padat. - MalaysiaGazette Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara (AG) memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dana Yayasan Akalbudi. |
|
Fourth branch of government needed to protect enforcement agencies, says lawyer - Sinardaily - 8/05 10:14 pm SHAH ALAM Malaysias current separation of powers framework is no longer sufficient to shield law enforcement agencies from political influence, lawyer Khoo Kay Ping said, proposing the establishment of a fourth branch of government known as the Legal Council.The Demi Rakyat writer said the proposed body would operate independently from the Executive, Legislature and Judiciary to safeguard key legal institutions from political interference.Khoo said separating the roles of Attorney General and Public Prosecutor alone would not fully resolve the issue if appointments continued to remain under the Prime Ministers authority.Even after the separation, the Public Prosecutor would still be appointed by the Prime Minister.So despite being different offices, both remain exposed to political pressure, he told Sinar Harian when met at Kompleks Karangkraf on Friday.Also present were Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters) chief executive officer Nurhayati Nordin and #RasuahBusters strategic relations manager Wan Normi Hasan.Khoo proposed that the Legal Council be established as a constitutional fourth branch of government specifically tasked with overseeing appointments involving legal enforcement institutions.He said the council should comprise nine members, with the majority made up of legal experts.The proposed members would include representatives from the Malaysian Bar, Advocates Association of Sarawak, Sabah Law Society, as well as public and private university law faculties.The remaining members, he said, would consist of representatives from the ruling coalition, opposition bloc and Judiciary, while the ninth seat would be held by a representative from the Human Rights Commission of Malaysia.Khoo said the councils responsibilities should also extend to appointments involving enforcement agencies, judges and the Election Commission to ensure institutional independence and fair democratic processes.The purpose is to save enforcement agencies from political pressure.If they want to prosecute someone, there should be no political interference |
|
Tebang untuk curi pokok gaharu, lelaki Kemboja didenda RM3,500 - Mygazette - 8/05 2:48 pm Perbuatan tertuduh yang bermotif keuntungan tidak sah juga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri serta menjejaskan tarikan awam di Taman Botani. Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Amritpal Singh dalam rayuannya memohon hukuman denda rendah dikenakan memandangkan tertuduh hanya bekerja sebagai nelayan dan menanggung dua anak |
|
Warga emas tak mengaku sebabkan kematian murid darjah dua?? - Mygazette - 8/05 2:48 pm Pertuduhan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan kemudiannya memohon tawaran wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan beberapa syarat tambahan. Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan dalam pada itu merayu wang jaminan dikurang berikutan gaji OKT hanya RM1,800 sebulan |
|
Keputusan DNAA Zahid selari Perlembagaan, tak perlu lagi semakan kehakiman .. - Mygazette - 8/05 2:48 pm # Keputusan DNAA Zahid selari Perlembagaan, tak perlu lagi semakan kehakiman Peguam KUALA LUMPUR - Keputusan Peguam Negara melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebelum ini adalah selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, sekali gus tidak memerlukan semakan kehakiman |
|
Pelayan bar tak mengaku mabuk rempuh mati ibu muda Pelayan bar tak mengaku .. - Mygazette - 8/05 2:48 pm Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 selain syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh. Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bergaji bulanan RM2,200 dan menanggung bapanya berusia 58 tahun yang mempunyai masalah kesihatan |
|
Isu babi: Ada pihak masih gagal faham bahasa hormat kepada institusi... - Mygazette - 8/05 2:48 pm Ketegasan tersebut selaras dengan kenyataan rasmi yang pernah dizahirkan baginda sebelum ini berhubung larangan terhadap industri penternakan berkenaan di Selangor. - MalaysiaGazette Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara (AG) memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dana Yayasan Akalbudi. |
|
Kepala murid 11 tahun retak terjatuh ketika latihan lompat tinggi - Mygazette - 8/05 2:48 pm "Cuma saya mohon, mereka bantu mendoakan kesembuhan Iman," katanya. - MalaysiaGazette Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara (AG) memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dana Yayasan Akalbudi. |
|
DNAA Zahid: Keputusan Mahkamah Rayuan pulih harapan rakyat terhadap sistem .. - Mygazette - 8/05 2:48 pm # DNAA Zahid: Keputusan Mahkamah Rayuan pulih harapan rakyat terhadap sistem keadilan - Armada KUALA LUMPUR Armada Bersatu Malaysia menyambut baik keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi |
|
Lelaki Kemboja tebang, curi pokok gaharu di Taman Botanikal didenda RM3,500 - Sinarharian - 8/05 2:43 pm MELAKA - Seorang lelaki warga Kemboja yang sebelum ini ditahan selepas disyaki menebang pokok gaharu di Taman Botanikal Ayer Keroh didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Jumaat.Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd Ali Sulaiman, 40, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kepingan gaharu dalam kawasan hutan simpan itu.Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas didapati mencuri kepingan isi pokok gaharu milik Hang Tuah Jaya sekitar jam 1 pagi Isnin lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Amritpal Singh yang dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh yang bekerja sebagai nelayan dna meyara dua anak itu telah menjimatkan kos dan masa mahkamah.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius kerana melibatkan pencerobohan harta awam dan hak milik pihak lain.Menurutnya, barang yang dicuri ialah kepingan isi pokok gaharu yang mempunyai nilai komersial tinggi dan sukar diperoleh."Tindakan tertuduh adalah bagi mendapatkan keuntungan secara tidak sah sedangkan pokok itu ditanam bagi tujuan landskap dan tarikan pelancong."Perbuatan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri serta pengunjung yang datang ke taman berkenaan," katanya.Beliau berkata, hukuman berat perlu dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan mencuri harta awam serta merosakkan sumber alam.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar denda itu.Mahkamah turut memerintahkan barang kes diserahkan semula kepada pihak pendakwaan.Sinar Harian pada Khamis melaporkan pegawai hutan yang ketika melakukan rondaan menemukan sebatang pokok karas atau gaharu dipercayai ditebang secara tidak sah.Lelaki berstatus penduduk tetap (PR) berusia 40 tahun itu berjaya ditahan di kawasan parkir berhampiran lokasi kejadian pada hari sama.Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan sebuah kereta Proton Preve berwarna kelabu, sebilah parang bersarung biru, satu karung guni dan lima keping kayu dipercayai daripada pokok yang ditebang. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |