| /// |
|
| Search : Sentul News | Page 1 |
|
PRU16: PKR Maran sasar rampas kerusi DUN Luit, Kuala Sentul - Sinarharian - 24/05 3:40 pm MARAN- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran sasar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul serta mempertahankan sokongan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ketua Cabang PKR Maran, Michael Sia berkata, kedua-dua kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 lalu itu penting kerana ia bukan sekadar soal politik atau pilihan raya tetapi melibatkan masa depan rakyat, pembangunan kawasan serta hala tuju generasi akan datang di Maran.Menurutnya, selama ini pimpinan dan anggota PKR Maran turun padang secara konsisten mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang politik."Kami turun ke kampung, taman perumahan, kampung baharu, kawasan Felda dan penempatan masyarakat untuk mendengar suara rakyat dan melihat sendiri masalah dihadapi masyarakat setempat."Semua isu ini telah kami lihat, dengar dan teliti sendiri melalui suara serta aduan rakyat di peringkat akar umbi bagaimanapun banyak yang masih gagal diselesaikan dengan baik," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Penubuhan Jentera Pilihan Raya Cabang (JPRC) PRU16 di Pejabat PKR Maran di sini pada Ahad.Michael berkata, rakyat tidak mahu mendengar slogan politik semata-mata sebaliknya mahukan wakil rakyat yang benar-benar bekerja, memahami denyut nadi masyarakat dan mampu membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.Atas sebab itu katanya, PKR Maran percaya sudah tiba masanya untuk parti itu khususnya Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu pendekatan politik yang lebih matang, stabil, inklusif dan berpaksikan rakyat."Di Maran ini, masyarakat terdiri kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain hidup bersama dalam suasana harmoni justeru semangat saling menghormati dan bekerjasama ini perlu terus dipertahankan," katanya.Sementara itu, beliau turut berkata, landskap politik akan datang semakin mencabar dan sebarang perpecahan dalaman hanya akan melemahkan kekuatan parti serta memberi kelebihan kepada lawan politik.Namun katanya, jangan sesekali memandang rendah kesungguhan, semangat dan kebangkitan gerak kerja PKR di Maran kerana PRU16 bakal menjadi medan penting untuk rakyat menentukan masa depan mereka."PKR Maran memberikan mesej jelas kepada mana-mana parti politik yang berhasrat menawarkan diri kepada rakyat pada PRU16 bahawa kami tidak gentar berdepan cabaran pada pilihan raya umum nanti," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Michael meluahkan rasa kekecewaan apabila ada pimpinan cabang itu hadir ke program Parti Bersama Malaysia (PBM) di Petaling Jaya pada hari yang sama berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan, baru-baru ini.Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan anggota akar umbi, malah telah mencalar keyakinan anggota terhadap disiplin serta kesetiaan pimpinan parti."Cabang PKR Maran tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pimpinan yang gagal menunjukkan kesetiaan, disiplin dan komitmen yang jelas kepada perjuangan parti."Sehubungan itu, kami dengan tegas mendesak mana-mana pimpinan yang tidak lagi bersama perjuangan dan hala tuju parti supaya melepaskan jawatan mereka secara terhormat," katanya. |
|
PKR Maran lancar jentera, sedia letak calon di Luit, Kuala Sentul - Mkini - 24/05 2:35 pm Langkah itu diambil ekoran perkembangan hubungan PH dan BN di Negeri Sembilan serta Johor |
|
Geng Hadi tumpas, polis selesaikan lapan kes curi motosikal di Sentul - Mygazette - 22/05 3:39 pm # Geng Hadi tumpas, polis selesaikan lapan kes curi motosikal di Sentul KUALA LUMPUR Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Hadi susulan penahanan enam lelaki tempatan berusia antara 15 hingga 33 tahun dalam beberapa serbuan sekitar ibu negara |
|
Tersebar Video Bergaduh Atas Jalan Raya, Rupanya Sebab Cinta - Ohmedia - 22/05 3:21 pm Pergaduhan tular di Sentul Raya dipercayai berpunca daripada hutang RM20,000 dan konflik cinta |
|
Eighteen-year-old alleged gang leader among six arrested in Sentul motorcycle theft crackdown - Malaymail - 22/05 3:14 pm KUALA LUMPUR, May 22 Police have crippled a motorcycle theft syndicate known as Geng Hadi followin... |
|
Geng Hadi' motorcycle thieves busted, teen leader held - Sinardaily - 22/05 3:04 pm KUALA LUMPUR - Police have crippled a motorcycle theft syndicate known as Geng Hadi following the arrest of six local men, including its 18-year-old leader, in a series of raids in Kepong last Saturday, leading to the resolution of eight theft cases in Sentul involving estimated losses of RM20,000.Sentul deputy police chief Supt Jasni Zolpa said the suspects, aged between 15 and 33, were detained during an operation conducted by the D4 Branch of the Criminal Investigation Division at the Sentul district police headquarters (IPD)."The group leader is known as Hadi, while the underage suspect was found to have dropped out of school |
|
Alleged RM20,000 debt, love feud behind viral Sentul street brawl, say cops - Malaymail - 22/05 1:08 pm KUALA LUMPUR, May 22 A dispute over a RM20,000 debt and a relationship conflict are believed to have sparked a v... |
|
Hutang RM20,000, masalah peribadi punca pergaduhan - Sinarharian - 22/05 1:06 pm KUALA LUMPUR - Masalah peribadi dan hutang RM20,000 dipercayai punca pergaduhan sekumpulan individu di sekitar Sentul Raya, pada Rabu.Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari."Empat suspek termasuk tiga wanita telah ditahan bagi membantu siasatan."Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah hubungan peribadi selain isu hutang berjumlah RM20,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Jumaat.Jasni berkata, kesemua suspek telah direman selama dua hari."Siasatan juga mendapati kesemua suspek saling mengenali dan mempunyai hubungan peribadi sebelum ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata," katanya.Tambah beliau, polis turut mengenal pasti tiga lagi suspek yang masih bebas dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang giat dijalankan."Kesemua tangkapan dilakukan di kawasan Sentul dan polis akan mengambil tindakan lanjut terhadap individu yang terlibat," jelasnya. |
|
Geng Hadi lerai motosikal curi, buang rangka dalam sungai - Sinarharian - 22/05 12:31 am KUALA LUMPUR - Taktik sekumpulan pencuri motosikal dikenali sebagai Geng Hadi meleraikan motosikal curi sebelum komponennya dijual dan rangka dibuang ke dalam sungai di sekitar Kepong terbongkar selepas enam suspek diberkas polis, Sabtu lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, kumpulan itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi motosikal sejak Februari lalu dengan menyasarkan kawasan perumahan."Kita menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat berhubung kehilangan motosikal jenis Honda EX5 di tempat letak motosikal Blok A Flat Taman Mutiara Fadason pada 13 Mei lalu."Bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul berjaya menahan enam lelaki tempatan berusia antara 15 hingga 33 tahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Jumaat.Jasni berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan itu diketuai seorang suspek dikenali sebagai Hadi.Menurutnya, motosikal yang dicuri akan dibawa ke sebuah stor di Kepong sebelum dileraikan bagi mendapatkan komponen tertentu untuk dijual serta kegunaan sendiri."Rangka motosikal yang sudah dileraikan pula akan dibuang ke dalam sungai sekitar Kepong bagi menghapuskan bukti," ujarnya.Beliau berkata, polis turut merampas dua motosikal, lima rangka motosikal dalam keadaan tidak sempurna, satu set penutup motosikal dan dua telefon bimbit."Kita berjaya menyelesaikan lapan kes curi motosikal di sekitar Sentul dengan jumlah kerugian dianggarkan RM20,000."Kesemua suspek direman selama enam hari bermula 17 Mei lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.Tambah Jasni, siasatan juga mendapati suspek bawah umur tidak bersekolah manakala suspek dewasa pula merupakan penganggur. |
|
Bergaduh ketika mabuk, lelaki maut bawah jambatan MRT - Sinarharian - 22/05 12:13 am KUALA LUMPUR - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca kes pembunuhan seorang lelaki warga Myanmar di bawah jambatan transit aliran massa (MRT) Metro Prima di Kepong di sini pada Ahad.Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.40 tengah hari yang melaporkan seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian."Susulan laporan berkenaan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menjalankan operasi di sekitar kawasan Kepong kira-kira jam 12.30 tengah hari, Isnin."Hasil operasi itu, kita berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 30 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam sidang mediadi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Jumaat.Jasni berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dan kesemua suspek ketika berada dalam keadaan mabuk sehingga mencetuskan pergaduhan."Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. |
|
Bekas pelajar politeknik bebas tuduhan edar 3.4kg ganja - Mygazette - 15/05 3:06 pm Sehubungan itu, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh lalu memerintahkan Harith dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Mengikut pertuduhan, Harith Izzuddin didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 3.4 kilogram di lobi sebuah hotel di Jalan Kuching, Sentul pada 26 Februari 2024 |
|
Bekas pelajar politeknik bebas tuduhan edar 3.4kg ganja - Sinarharian - 15/05 1:32 pm KUALA LUMPUR Seorang bekas pelajar politeknik menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja seberat 3.4 kilogram, dua tahun lalu.Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Harith Izzuddin Mohd Hanizam, 23, di akhir kes pendakwaan.Semasa membaca keputusan, Azhar berkata, mahkamah mendapati terdapat kebergantungan pihak pendakwaan dalam keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4) iaitu pengadu yang juga anggota polis untuk membuktikan elemen pemilikan.Beliau berkata, keterangan saksi itu penuh syak wasangka kerana tidak bercakap benar mengenai perkara yang berlaku selepas tertuduh dan barang-barang kes dadah dibawa ke balai polis.Menurut hakim, pengadu mendakwa dia sentiasa berada di balai polis melakukan soal siasat terhadap tertuduh namun keterangan pegawai penyiasat dalam laporan polis yang dikemukakan pembelaan membuktikan sebaliknya."Saya memutuskan saksi pendakwaan keempat bukan seorang saksi yang boleh dipercayai, oleh itu pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan."Tanpa pembuktian elemen ini, andaian pengedaran kanabis tidak terpakai dan dalam kes ini tidak terdapat keterangan langsung yang dikemukakan untuk menimbulkan elemen pengedaran telah berlaku," katanya.Justeru, beliau berkata, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.Mengikut pertuduhan, Harith Izzuddin didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 3.4 kilogram di kawasan sebuah lobi hotel di Jalan Kuching, Sentul di sini pada 26 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39(b)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(b)(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. |
|
UPS room at Sasana Kijang catches fire - Sinardaily - 15/05 10:55 am KUALA LUMPUR An uninterruptible power supply (UPS) room at Sasana Kijang, Bank Negara, caught fire on Friday.The incident occurred at 7.32am, with the Kuala Lumpur Operations Movement Centre receiving an emergency call via the NG999 line.The Kuala Lumpur branch of the Fire and Rescue Department (JBPM) said in a statement that a team of 17 personnel and officers with three engines from Sentul Fire and Rescue Station, assisted by Titiwangsa Fire and Rescue Station, were deployed to the scene.The team was led by operations commander S |
|
Bilik UPS Sasana Kijang terbakar - Sinarharian - 15/05 10:39 am KUALA LUMPUR - Bilik sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) di Sasana Kijang, Bank Negara, di sini terbakar pada Jumaat.Dalam kejadian pada jam 7.32 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, susulan itu sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi.Katanya, pasukan bomba diketuai komander operasi, S Thirugaiyah yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik UPS 'Backup Battery' di tingkat tiga bangunan itu."Tindakan pantas anggota berjaya memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 7.46 pagi |
|
Tak puas hati dijeling, 3 lelaki belasah pelanggan berdepan hukuman 20... .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm Menurutnya, ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai tukang kayu, juruelektrik dan pekerja rumah pengurusan jenazah itu juga memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan. Mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas video kejadian tular dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis, katanya |
|
Seorang maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai - Sinarharian - 12/05 9:19 am KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga asing ditemukan maut manakala 11 lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun H S Lee, di sini pada Selasa.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.13 pagi.Seramai 45 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Titiwangsa, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Azrul Khairi Abu Bakar berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 2.25 pagi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan rumah kedai tiga tingkat."Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 12 mangsa warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita."Bagaimanapun, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, empat lelaki dewasa berjaya diselamatkan di tingkat dua manakala dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bahagian bumbung bangunan dibawa turun menggunakan tangga bomba."Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan yang terbakar kira-kira 50 peratus," katanya.Menurutnya, kesemua mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
|
Terlalu FOMO makanan manis, kurang zat hingga lupa bersenam - Sinarharian - 12/05 8:40 am Pelajar mudah terdedah dengan pelbagai makanan tak sihat hanya melalui media sosial."Saya rasa sebagai masyarakat, kita semua perlu bijak membuat keputusan tentang makanan macam mana yang baik untuk kesihatan diri. Kalau dah makan banyak, mesti bersenam selepas itu supaya tidak obesiti dan tidak berisiko meninggal dunia pada usia muda," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Sementara itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul, P Renukha Devi, 26, mengakui, pada zaman dahulu obesiti hanya berlaku terhadap warga emas tetapi kenyataan itu tidak relevan untuk generasi sekarang apabila golongan muda juga tidak terkecuali berdepan isu tersebut.Tambahnya, makanan segera semakin mendapat permintaan jika dibandingkan dengan makanan bernutrien tinggi.Justeru, Renukha menyarankan supaya sistem piramid makanan yang selama ini menjadi rujukan kesihatan ditumpukan kepada melebihkan protein berbanding karbohidrat, khususnya buat remaja dan kanak- kanak."Protein sangat penting dan karbohidrat pula kalau makan banyak tapi tak bersenam akan bertukar kepada lemak hinggalah kita jadi obesiti."Ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan membimbing anak-anak muda, ajar bersenam dan didik cara pemakanan seimbang," jelasnya.Juruvideo, Muhammad Aiman Irfan Zaidi, 24, tidak menafikan, punca utama masalah berat badan berlebihan antaranya kurang bersenam dan gaya hidup yang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa menjalani aktiviti riadah, ditambah pula pemakanan harian tidak seimbang.Baginya, ia menimbulkan kebimbangan serius dalam jangka panjang memandangkan penyakit seperti diabetes, darah tinggi bahkan serangan jantung lazimnya terjadi tanpa disedari."Saya rasa kesedaran mengenai gaya hidup sihat perlu diperkasa sejak muda lagi."Antaranya menjadikan satu peringatan bahawa penyakit boleh datang tanpa disedari pun," katanya.Ujarnya, mulakan senaman dengan langkah kecil sudah memadai selain kurangkan manis, makan sederhana dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari."Masyarakat termasuk saya perlu ada kesedaran jaga kesihatan diri daripada awal," jelasnya. |
|
'Jelingan' punca lelaki dibelasah di restoran - Sinarharian - 11/05 11:00 pm KUALA LUMPUR Tindakan seorang lelaki yang didakwa menjeling sekumpulan individu ketika makan di sebuah restoran di Kepong di sini, dipercayai menjadi punca dia dibelasah pada Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan pihak polis sedang menjalankan tindakan lanjut."Pergaduhan berpunca akibat mangsa yang sedang makan di restoran berkenaan jeling (memandang) ke arah suspek."Suspek yang sedang mabuk tidak berpuas hati kerana dijeling sebelum terus menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Basri berkata, suspek telah ditahan dan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.Terdahulu, tular di media sosial satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga individu menyerang seorang lelaki sehingga cedera di restoran terbabit. |
|
KEMASKINI: Tokoh kewangan Islam, pengarah syarikat didakwa pecah amanah .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm Wang tersebut milik bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (RM2 juta), Moideen Kunjayu (RM600,000), Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (RM1.95 juta) dan Myad Kapital Sdn |
|
Islamic finance figure Daud Bakar, business partner charged with criminal breach of trust involving RM10.55mil - Sinardaily - 11/05 11:06 am KUALA LUMPUR - Two company directors, including a prominent Islamic finance figure, were charged in the Sessions Court here today on seven charges of criminal breach of trust (CBT) involving RM10.55 million.Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, 62, who is also the former Chairman of the Shariah Advisory Council (SAC) of Bank Negara Malaysia (BNM) and Datuk Norliza Tajudin, 54, pleaded not guilty after the charges were read out before Judge Suzana Hussin.For the first to the seventh charges, they were jointly charged as directors and shareholders of Energy Eco Sdn Bhd with committing CBT involving money amounting to RM400,000, RM500,000, RM900,000, RM2 million, RM550,000, RM6 million and RM200,000 belonging to Moideen Kunjayu, Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad, Datuk Dr Mashitah Ibrahim and Myad Kapital Sdn Bhd.They are charged with dishonestly using the money by breaching the express contract, namely the Shareholder's Advance Agreement dated June 22, 2021, Jan 19, 2022, April 1, 2022, April 27, 2022, Dec 6, 2022, April 5, 2023 and May 12, 2024, involving a sharia-compliant glove manufacturing business.The offence was allegedly committed at two banks in Taman Setiawangsa and Bangsar here between June 22, 2021 and May 15, 2024.The charge, brought under Section 409 of the Penal Code and read together with Section 34 of the same law, provides a prison sentence of not less than two years and a maximum of 20 years with whipping and may be fined, if convicted.Deputy Public Prosecutor Mahadi Abdul Jumaat informed the court that the prosecution and defence agreed to a bail of RM100,000 for each accused with one surety."For Norliza, the prosecution requested additional conditions, namely that her passport be surrendered to the court, not make any communication regarding this case with prosecution witnesses and report herself on the first week of every month at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office in Putrajaya pending disposal of the case," he said.As for Daud, Mahadi said the accused had previously been charged at the Kuala Lumpur Sessions Court 10 on Feb 23 and was granted bail of RM50,000, with additional conditions requiring the surrender of his passport and monthly reporting to the Securities Commission Malaysia (SC)."For this case, the agreed bail amount is RM100,000 |
|
Suami isteri curi arak dan susu tepung dijel tujuh hari, denda RM300 - Sinarharian - 8/05 5:29 pm KUALA LUMPUR Tindakan sepasang suami isteri mencuri arak dan susu tepung bernilai RM252.30 sebelum menjualnya kepada bekas suami wanita itu sebanyak RM65 mengundang padah, apabila mereka dihukum penjara tujuh hari serta didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.T Sugumaran, 38, yang bekerja sebagai mandur dan isterinya, M Vaneesri, 43, suri rumah dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhamad Dan.Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap dan tambahan penjara lima hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri satu karton tin arak dan satu tin susu tepung itu, di sebuah kedai serbaneka, di Jalan Benteng Utara Jinjang, Sentul di sini, jam 8.22 malam pada 26 April.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda bagi kesalahan kali yang kedua atau seterusnya.Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian, pengurus kedai berkenaan membuat pemeriksaan barang dan menyedari beberapa stok telah berkurangan.Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua tertuduh mengambil barang berkenaan dan keluar daripada kedai tanpa membuat bayaran.Berdasarkan rakaman percakapan, Vaneesri mengaku mencuri bersama Sugumaran dan wanita berkenaan menjual barang berkenaan kepada bekas suaminya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur mencadangkan pasangan itu dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Bagaimanapun, Sugumaran merayu dikenakan denda yang ringan kerana insaf sementara Vaneesri memberitahu tidak bekerja dan perlu menjaga cucu berusia tiga serta dua tahun. |
|
Once abandoned, hero cats make good with their blood - Sinardaily - 3/05 12:00 am He needed emergency surgery."It was a horrible night it was just the two of us (the vet technician and me). We carried out the blood transfusion, and there was blood everywhere at the time," she tells Bernama in the waiting room of the iVet Petcare Clinic at Sentul Point.Luckily, Fluffy, the clinics five-year-old resident cat, was on hand to donate his blood |
|
Wanita campak bayi baru lahir dari tingkat 38 menangis dijel dua tahun - Sinarharian - 29/04 6:13 pm KUALA LUMPUR Seorang wanita yang mencampakkan bayi perempuannya yang baru lahir dari tingkat 38 sebuah kondominium, dihukum penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.Lua Mei Zhu, 24, yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin."Kamu dipenjara selama dua tahun bermula tarikh tangkap 27 Februari 2025," kata Hakim.Mei Zhu yang memakai baju-T hitam pada mulanya menundukkan kepala sepanjang prosiding, sebelum menutup muka dan menangis sejurus keputusan dibuat.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan, yang mana fikiran tertuduh berada dalam keadaan terganggu akibat melahirkan bayi tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tingkat sembilan sebuah kondominium di Sentul Timur, pada jam 1.30 tengah hari hingga 9 malam 26 Februari 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 309B akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, pihak polis menerima maklumat daripada seorang lelaki yang menjumpai seorang bayi dengan kepalanya pecah di beranda luar rumah, tingkat sembilan kondominium tersebut, jam 10.21 malam pada 26 Februari 2025.Pihak polis kemudian menuju ke tingkat 38 kondominium tersebut dan mendapati tertuduh berada di dalam bilik.Tertuduh didapati mencampakkan bayi itu melalui tingkap tandas rumah sejurus dilahirkan.Bayi malang itu meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan selepas terjatuh dari tempat tinggi.Hasil siasatan turut mendapati tertuduh bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan panik selepas melahirkan anak.Semasa prosiding, peguam, Loke Kok Mun yang mewakili tertuduh berkata, ketika kejadian dia mengalami kemurungan yang berpanjangan kerana berpisah dengan teman lelakinya yang berlainan bangsa dan agama."Dia sedar telah hamil di luar nikah semasa trimester akhir, namun tidak mendapatkan pemeriksaan di klinik kerana takut dengan stigma masyarakat."Dia mengalami tekanan emosi dan kemurungan berpanjangan selepas berpisah dengan teman lelaki, selain takut untuk memberitahu keluarga."Ekoran kejadian ini, dia terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri selama tiga bulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius."Satu nyawa telah terkorban iaitu seorang bayi yang tidak bersalah, dia tidak sempat menikmati kehidupan di dunia, selepas dicampak dari tempat tinggi."Semasa kejadian, ada ahli keluarga lain di rumah maka tertuduh mempunyai pilihan lain, malangnya dia memilih jalan yang tragis itu."Sedangkan dia boleh menyerahkan bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat, jadi saya memohon keadilan untuk bayi itu," katanya. |
|
PN Pahang sasar menang 26 kerusi DUN, 10 Parlimen pada PRU16 - Sinarharian - 26/04 8:01 pm KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 10 kerusi Parlimen di negeri ini dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara enam rumusan yang dicapai pada Retreat PN Pahang di Kerdau,Temerloh pada Ahad.Menurutnya, pemilihan kerusi dan calon pada PRU16 akan dilakukan secara berstrategi berasaskan 'boleh menang' dan diterima rakyat."Justeru pada retreat selama satu hari itu, kami telah merumuskan beberapa plan tindakan antaranya meningkatkan gerak kerja PN Pahang bagi mencapai hasrat menerajui kepimpinan kerajaan negeri Pahang pada PRU16 nanti."Parti komponen akan bersama mengembelengkan jentera untuk melaksanakan inisiatif gerak kerja pilihan raya di lapangan, menguasai, memperkukuhkan media sosial dan penerangan dengan naratif jelas, berwibawa serta diterima rakyat," katanya pada sidang media sempena retreat itu pada Ahad.Timbalan Presiden Pas itu berkata, PN Pahang berikrar membina sebuah kerajaan yang berintegriti, adil, berkebajikan dalam memakmur dan mensejahterakan serta menumpukan penyelesaian masalah-masalah rakyat di negeri ini.Tambah beliau, perikatan itu berikrar menyusun dan membudayakan pentadbiran yang lebih mesra rakyat, merentasi kaum, budaya, daerah dan latar belakang politik."Kami bersetuju memastikan setiap strategi dan gerak kerja dilaksanakan dengan pantauan berterusan, penilaian berkala serta penambahbaikan yang segera bagi menjamin keberkesanan dan pencapaian sasaran," ujarnya.Jelas beliau, semua gerak kerja itu akan dipantau bagi memastikan resolusi PN Pahang itu dapat dicapai.Sementara itu, katanya, Retreat PN Pahang yang dihadiri semua pimpinan utama negeri dari Pas, Bersatu dan Gerakan membuktikan PN masih kukuh."Sebelum ini ada dakwaan seolah PN berdepan masalah dan sebagainya namun kita bawa dengan cara baik di peringkat negeri dan alhamdullilah tiada isu, semuanya masih kukuh dalam muafakat ini," katanya.Tuan Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka berkata, gagasan PN menerajui Pahang masih kekal.Beliau yakin, berdasarkan isu-isu semasa dihadapi rakyat termasuk kos hidup, PN mampu menjadi pilihan rakyat pada PRU16.Pada PRU15 lalu, PN mendominasi tujuh daripada 14 kerusi Parlimen di Pahang iaitu di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, Rompin, Kuala Krau, Maran, Jerantut dan Temerloh.Bagi kerusi DUN, PN memenangi 17 kerusi iaitu di DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |