///

Search : Polis Daerah News   Page 1    



Penunggang motosikal maut digilis kereta - Sinarharian - 11/04 11:16 pm

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis, mangsa berusia 23 tahun dikatakan menunggang motosikal menghala ke Kota Bharu dari Pasir Puteh. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa telah memotong beberapa kenderaan dari sebelah kanan kerana aliran trafik bergerak perlahan

perlahan. "Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam perjalanan ke arah Kota Bharu yang terperangkap dalam kesesakan membelok sedikit keluar ke kanan jalan. "Situasi itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan hadapan kenderaan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Khamis. Beliau memberitahu, akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun. "Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. Zaizul Rizal berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor T Henry Dass di talian 016-5072413. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Lelaki maut digilis kereta - Utusan - 11/04 10:47 pm

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun maut dilokasi akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ..



Remaja maut motosikal rempuh belakang treler - SUN - 11/04 10:23 pm

KUALA TERENGGANU : Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong, di sini kira-kira 2.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kematian Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, daripada bapa mangsa pada 5.44 pagi tadi

di kampung itu manakala treler berkenaan sedang diparkir di kaki lima di hadapan Loji Air Kepong 1. Siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan, katanya dalam kenyataan hari ini. Azli berkata nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan Head Injury Due to Traffic Crash. Adik mangsa Muhammad Adam Haiy,14, luka di tangan dan kaki manakala sepupu mangsa Muhammad Afi Haikal Abdul Malik,16, pula cedera di kaki, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Tragedi Syawal: Remaja maut motosikal rempuh belakang treler - Sinarharian - 11/04 6:58 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong, di sini kira-kira 2.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kematian Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, daripada bapa mangsa pada 5.44 pagi tadi

pembuangan sampah di kampung itu manakala treler berkenaan sedang diparkir di kaki lima di hadapan Loji Air Kepong 1. "Siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Azli berkata, nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan. "Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan 'Head Injury Due to Traffic Crash'. "Adik mangsa Muhammad Adam Haiy,14, luka di tangan dan kaki manakala sepupu mangsa Muhammad Afi Haikal Abdul Malik,16, pula cedera di kaki," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Terpedaya terima komisen tinggi, lelaki rugi RM228,494 - Sinarharian - 11/04 6:17 pm

SEGAMAT - Seorang lelaki kerugian RM228,494 selepas diperdaya satu sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamzry Marinsah berkata, mangsa pada mulanya tertarik dengan tawaran sindiket tersebut selepas menerima mesej daripada nombor telefon tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai ejen kerja atas talian

ditawarkan pekerjaan iaitu perlu menaikkan 'rating' penjual di syarikat tersebut dengan membuat pembelian barangan dan akan peroleh komisen mengejut harga barangan tersebut. "Bermula dari Januari sehingga Mac lalu mangsa telah membuat bayaran untuk 20 tugasan berjumlah RM228,494 dengan 20 transaksi ke dalam 16 akaun bank yang berbeza," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Beliau berkata, bagaimanapun mangsa sehingga kini tidak mendapat wang dan komisen yang dijanjikan sebelum menyedari sudah diperdaya sebelum membuat laporan polis. Katanya, siasatan mendapati modus operandi yang sering digunakan adalah menawarkan komisen tinggi bagi setiap penugasan. Justeru katanya, pihak polis menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan suspek menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pautan https://CCID.RMP.Gov.my/semak mule atau boleh memuat turun aplikasi semak mule dalam 'google play store' sebelum membuat sebarang transaksi. "Masyarakat khususnya pesara-pesara kerajaan dan swasta dinasihatkan untuk lebih berwaspada serta tidak mudah percaya tawaran kerja dalam talian yang dipromosikan melalui laman sosial," ujarnya. Tambahnya, sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID infoline 0132111222. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Wanita ditahan bantu siasatan penemuan mayat suami - Utusan - 11/04 4:42 pm

IPOH: Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat suaminya di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, kelmarin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditangkap pada hari sama mayat suaminya dijumpai pada pukul 10.03 pagi





Berang kematian rakan, pemandu kereta dibelasah - Sinarharian - 11/04 4:25 pm

TELUK INTAN - Polis mengesahkan kejadian pukul melibatkan sekumpulan lelaki susulan nahas mengorbankan tiga warga Pakistan di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor dekat Chui Chak di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki dipercayai rakan senegara mangsa

terbabit telahpun membuat laporan polis akan kejadian itu sekitar jam 1 petang tadi (Khamis). "Tiada kecederaan serius, hanya luka di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis. Beliau berkata, pihaknya telah mengesan kejadian itu menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial. Katanya, siasatan awal mendapati, empat individu yang terlibat dalam kejadian pukul itu merupakan rakan mangsa yang terselamat dalam kemalangan terbabit. "Berpandukan video itu, kita telahpun kenal pasti mereka yang terlibat. Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. Dalam video tular berdurasi 19 saat itu, sekumpulan lelaki dalam keadaan berang bertindak membelasah seorang lelaki dalam parit. Media melaporkan tiga lelaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga. Kejadian sekitar jam 8 pagi itu berlaku ketika semua mangsa berusia antara 20 hingga 35 tahun berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Dua daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Saringan air kencing terhadap pemandu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu mengesahkan, lelaki terbabit positif ganja. Dalam perkembangan sama, Ahmad Adnan berkata, pemandu kereta berkenaan telah direman selama empat hari sehingga Ahad ini. "Siasatan terhadap lelaki itu dibuat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Sinarharian - 11/04 2:59 pm

GUA MUSANG - Aliran lalu-lintas melibatkan tiga laluan utama di Gua Musang dijangka kembali sesak dengan pertambahan bilangan kenderaan berikutan orang ramai akan pulang ke kediaman masing-masing selepas berakhir cuti musim perayaan Aidilfitri, Jumaat ini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang

Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang sentiasa berada dalam mod bersedia mengawal lalu-lintas sepanjang tempoh tersebut. "Rata-rata anak perantau dijangka pulang ke rumah masing-masing menggunakan laluan terbabit pada Syawal ketiga (12 April). Oleh itu, anggota bertugas akan menjaga dan mengawal lalu-lintas supaya pengguna tidak tersekat terlalu lama di setiap laluan," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Puteh, di sini hari ini. Sementera itu Choon Foo berkata, sebanyak 49 kes kemalangan direkodkan di jajahan itu termasuk dua kes kemalangan maut yang berlaku sejak 5 hingga 8 April lepas. "Kebanyakan kemalangan berlaku berikutan terlampau banyak kenderaan menggunakan laluan sama dalam satu masa dan pemandu mengekori terlalu rapat dengan kenderaan lain sehingga menyebabkan perlanggaran berlaku pada bahagian belakang kenderaan. "Saya nasihatkan supaya pengguna jalan raya sentiasa bersabar dan bertolak ansur bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Anis Zulaikha pulang ke rumah malam raya - Polis - Sinarharian - 11/04 2:54 pm

PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilapor hilang sejak Sabtu lalu, telah selamat pulang ke rumahnya di Ara Damansara, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, remaja yang dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul Azim pulang sendiri pada jam 9 malam

sepanjang tempoh kehilangannya," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Sebelum ini, Shahrulnizam dilaporkan berkata, remaja itu bertindak 'melarikan diri' disebabkan berasa terkongkong dan berang ditegur kerana bermain telefon sehingga malam. Mangsa kali terakhir di rumahnya pada jam 2.30 petang, Sabtu lalu. Bagaimanapun, sebaik siaran media kehilangannya dilaporkan media, mangsa pulang ke rumahnya pada malam raya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Seorang lagi warga Bangladesh maut kemalangan - Sinarharian - 11/04 2:42 pm

KAMPAR - Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kematian itu menjadikan empat mangsa semuanya warga Bangladesh maut akibat nahas itu, setakat ini

di kepala dan tangan selain pendarahan dalaman pada perut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis. Beliau berkata, polis telah menahan reman pemandu MPV terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Pemandu berusia 32 tahun terbabit direman sehingga esok (Jumaat)," katanya. Kejadian sekitar jam 1.30 petang itu berlaku apabila MPV jenis Naza Citra membawa tujuh pekerja kebun sayur warga Bangladesh terbabas dipercayai akibat tayar pecah. Kenderaan yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur itu kemudiannya merempuh besi penghadang jalan sebelum dilanggar lori yang datang dari arah belakang. Pelanggaran mengakibatkan tiga penumpang MPV dikenali Abdullah Mohammad, Ali Askar dan Md Sohel Miah mati di tempat kejadian, seorang parah manakala yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.





Polis tahan empat lelaki bermain bunga api - Sinarharian - 11/04 2:40 pm

KOTA BHARU - Polis menahan empat lelaki yang bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan orang awam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kesemua lelaki berkenaan dikatakan bermain bunga api secara berlawanan iaitu dua daripada mereka berada di kawasan tepi sebuah pasar raya manakala dua lagi individu berada di atas Jambatan Sultan Yahya Petra Kota Bharu

Petra Kota Bharu. Menurut beliau, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan dan terus bergegas ke lokasi, namun hasil siasatan mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. "Keempat-empat lelaki itu berusia dalam lingkungan 22 hingga 27 tahun itu bagaimanapun diberi amaran keras sebelum dibebaskan supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi. "Polis turut mengambil keterangan daripada kesemua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Khamis. Sebelum ini tular satu video berdurasi 5 minit 16 saat yang memaparkan sekumpulan individu sedang bermain bunga api di sekitar kawasan Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan. Jelas Mohd Rosdi, bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang awam merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tambah beliau, individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan ketika bermain bunga api. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Polis tanah empat lelaki ‘berlawan’ main bunga api - Utusan - 11/04 2:22 pm

KOTA BHARU: Polis menahan empat lelaki selepas berlawan bermain bunga api pada awal pagi sambutan 1 Syawal di sekitar kawasan Lembah Sireh di sini semalam. Kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 22 hingga 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian bunyi bising ..





Polis jamin siasatan telus kes remaja maut bertembung kenderaan polis - Sinarharian - 11/04 1:41 pm

MELAKA - Polis memberi jaminan siasatan secara telus dan adil berhubung kemalangan maut membabitkan seorang remaja dengan kenderaan polis di Jalan Gangsa-Kesang Durian Tunggal, di sini pada awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota serta pegawai sekiranya dikesan melakukan sebarang kesalahan dalam insiden itu

unsur berat sebelah (dalam siasatan) ini. "Kita juga telah bertemu dengan keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Melaka dan jenazah Allahyarham Mohammad Khairul akan diiring oleh pasukan peronda MPV polis untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam bagi proses pengebumian," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis. Jelasnya, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed dan beberapa pegawai telah bertemu ibu bapa serta abang mangsa di hospital selain menyampaikan salam takziah daripada pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Malah segala proses memandikan serta mengkafankan jenazah ditanggung oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah. "Jenazah juga akan dibawa menggunakan van PDRM dengan pergerakan van akan dieskot oleh pihak MPV," katanya lagi. Terdahulu, Sinar harian melaporkan mangsa meninggal dunia setelah bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan itu. Dalam kejadian jam 2.56 pagi itu mangsa, Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka cedera parah di bahagian kaki dan badan disahkan meninggal dunia pada 12.37 pagi Khamis akibat kecederaan dalaman. Insiden yang tular dalam keadaan umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ... @sinarharianonline Polis jamin siasatan telus kes remaja maut bertembung kenderaan polis #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Kemalangan #Remaja #Polis Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution





Aidilfitri bagai tiada makna tanpa Bella - Kakak - Sinarharian - 11/04 12:30 am

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki. 16 Disember 2023 - Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat

berkata, lebih memilukan apabila kedua-dua anak Bella iaitu Eusuf Abdul Fatah, 5 dan Mariam, 3, kerap meluahkan rasa rindu terhadap ibu mereka. "Ketika saya pakaikan Eusuf baju raya, dia beritahu 'mummy' (Bella) tak ada pun bersama ketika kita sekeluarga beraya tahun ini. "Kata-kata daripada Eusuf itu menggambarkan kerinduannya terhadap 'mummy' yang sudah lebih empat bulan tidak ditemuinya itu," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya dekat sini pada pagi Aidilfitri. Menurut Ayu lagi, kebiasaannya ketika pagi raya, Bella paling teruja membuat persiapan dan mereka sekeluarga akan pulang ke kampung di Kuala Selangor. Ujarnya, mereka akan pulang lebih awal kerana mahu berkumpul bersama keluarga bersama-sama menghias rumah dan membuat kuih atau biskut raya. "Itu semua tinggal kenangan, malah Syawal kali ini dirasakan terlalu sepi kerana tiada lagi celoteh Bella menyiapkan pakaian anak-anak. "Begitu juga ketika Ramadan, kalau sebelum ini, kami berbuka puasa bersama namun kali ini terlalu sunyi rasanya," katanya. Jelas Ayu, Eusuf dan Marian seakan mengharapkan seseorang untuk memberikan belaian kasih sayang seorang ibu. "Saya kini menjadi ibu kepada Eusuf dan Mariam supaya mereka tidak terlalu sedih. "Eusuf dan Mariam bukan lagi sekadar anak-anak saudara namun saya anggap sebagai amanah ALLAH untuk dididik dan dijaga. "Selagi hayat dikandung badan, saya akan memberikan kasih sayang pada Eusuf dan Mariam seperti diberikan ibunya, Bella sebelum ini," katanya. Kronologi kes Bella 14 Disember 2023 - Mila Shamila Samsusah atau Bella memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki. 16 Disember 2023 - Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Polis kemudian mula buat hebahan mengenai kehilangan Bella di media sosial 19 Januari 2024 - Penemuan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah. 20 Januari 2024 - Ujian DNA ke atas rangka ditemui bagi mengesahkan sama ada ia Bella atau individu lain. 23 Januari 2024 - Polis mengesahkan ujian DNA ke atas rangka ditemui sah milik Bella 24 Januari 2024 - Teman lelaki Bella, Mohammad Haikal dituduh membunuh Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat 24 Januari 2024 - Jenazah Bella dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat 26 Januari 2024 - Kakak Bella mendedahkan mereka sekeluarga menitiskan air mata apabila mendapati jasad adik tersayangnya tanpa kedua-dua tangan dan kaki. 28 Februari 2024 - Enam ketul tulang dilaporkan ditemui di belakang dan tepi rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah. 30 Mac 2024 - Enam ketul tulang yang ditemui berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, sah milik Bella dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tragedi Aidilfitri, 3 Lelaki Pakistan Maut Dirempuh Kereta Ketika Dalam .. - Lobakmerah - 11/04 11:45 am

Menurut laporan MalaysiaKini, ketiga-tiga warga Pakistan tersebut disahkan meninggal dunia manakala pemandu yang berusia 36 tahun kini ditahan untuk siasatan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Remaja maut bertembung dengan kenderaan polis - Sinarharian - 11/04 11:34 am

"Ketika kenderaan polis sedang cuba membelok ke arah kanan jalan, sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan telah melanggar kenderaan polis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Ujar beliau, pihaknya akan meneruskan siasatan secara telus dan profesional malah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat tampil atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 untuk membantu siasatan

dalaman. Insiden yang tular dalam keadaan umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kecederaan dalaman yang serius selain patah kaki dan paha. Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan polis yang dipandu oleh anggota dari Balai Polis Durian Tinggal telah ke lokasi kejadian setelah menerima aduan awam berkaitan bunyi bising serta terdapat aktiviti lumba haram di kawasan itu. Katanya, kenderaan dipandu anggota berusia 37 tahun telah menyalakan lampu mata arah serta membunyikan siren amaran. "Menyedari kehadiran polis, kesemua individu yang sedang berkumpul di tepi jalan tersebut telah bertindak melarikan diri dengan menggunakan motosikal masing-masing. "Ketika kenderaan polis sedang cuba membelok ke arah kanan jalan, sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan telah melanggar kenderaan polis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Ujar beliau, pihaknya akan meneruskan siasatan secara telus dan profesional malah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat tampil atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 untuk membantu siasatan. "Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi. Sejak Rabu, tular beberapa rakaman klip video berkaitan kejadian itu termasuk mangsa tercampak dan terjatuh selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan kenderaan polis. Malah sebuah video berdurasi 40 saat turut memaparkan beberapa individu memarahi seorang lelaki dipercayai anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan polis - SUN - 11/04 11:06 am

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Menurutnya, polis Melaka memastikan siasatan kes terbabit dijalankan secara telus serta profesional dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan lanjut.

itu. Polis Melaka mengesan sebuah video berdurasi 40 saat tular di media sosial memaparkan kejadian kemalangan itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda polis dengan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa. Sebelum kejadian, kenderaan polis yang dipandu anggota berusia 37 tahun dari Balai Polis Durian Tunggal telah ke lokasi terlibat susulan aduan awam berkaitan bunyi bising dan terdapat aktiviti lumba haram di kawasan itu sebelum menyalakan lampu mata arah serta bunyi siren bagi memberi amaran kepada kumpulan motosikal terbabit, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata menyedari kehadiran polis ke kawasan itu, penunggang motosikal yang sedang berkumpul di tepi jalan bertindak melarikan diri. Katanya ketika kenderaan polis terlibat sedang membelok ke arah kanan jalan, mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertindak merempuh kenderaan pacuan empat roda itu. Zainol berkata mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Melaka sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad unit rawatan rapi hospital itu pada 12.37 tengah malam tadi. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Menurutnya, polis Melaka memastikan siasatan kes terbabit dijalankan secara telus serta profesional dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan lanjut.





Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan - Sinarharian - 11/04 10:57 am

Penahanan terhadap wanita warga asing berusia 37 tahun itu dibuat selepas bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan lebam dan cekik pada leher mangsa. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahamad berkata, penemuan mayat lelaki berusia 25 tahun itu diterima daripada orang awam sekitar jam 10 pagi

Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina tersebut. "Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada tanda-tanda unsur jenayah pada tubuh mangsa dan lokasi kejadian. "Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul. "Pemeriksaan juga menemui kesan lebam baharu pada keseluruhan anggota badan mangsa dan kesan cekik pada leher," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu. Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Katanya, polis akan memanggil saksi-saksi terlibat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. "Setakat ini, polis telah membuat tangkapan ke atas isteri mangsa. "Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tiga maut dirempuh kereta ketika ke masjid solat Aidilfitri - Sinarharian - 11/04 10:45 am

Kejadian sekitar jam 8 pagi itu berlaku ketika semua mangsa berusia antara 20 hingga 35 tahun berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dua daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan

meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. "Pemeriksaan mendapati semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang melalui bahu jalan tersebut. Katanya, saringan air kencing terhadap pemandu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu mengesahkan, lelaki terbabit positif ganja. "Lelaki berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan - Sinarharian - 11/04 9:39 am

Ketika kejadian, difahamkan lori berkenaan dari arah Shah Alam menuju ke Kapar. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang melibatkan lori sampah dipandu seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun dan 14 kenderaan lain

kesemua kenderaan itu dipercayai sedang menunggu lampu isyarat sebelum dirempuh lori sampah terbabit. "Siasatan dijalankan mendapati, pemandu berkenaan mendakwa lori sampah dipandunya mengalami masalah brek. "Lori berkenaan akan dihantar ke Puspakom untuk diperiksa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Katanya, lelaki terbabit dan kesemua pemandu dan penumpang 14 kenderaan terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. "Ujian saringan dijalankan terhadap pemandu lori sampah itu mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah. "Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan. "Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327," katanya. Pada Selasa, tular video di media sosial kemalangan melibatkan sebuah lori sampah serta beberapa buah kenderaan di persimpangan berdekatan Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shapadu di sini. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Dua rakan maut dalam perjalanan pulang selepas cuti raya - Sinarharian - 11/04 9:19 am

Dalam kemalangan itu, penunggang, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, dan pembonceng wanita, Kisnawita Saad, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda RS-X itu jam 5.30 petang

jam 5.30 petang. Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang bersama pembonceng dalam perjalanan pulang dari Kuala Krai, Kelantan ke rumah di Sungai Buluh, Selangor. "Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok konkrit pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua tercampak dari motosikal. "Akibat kejadian, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Ismail berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan," katanya. Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu atau menunggang dengan berhemah selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya - SUN - 11/04 8:34 am

KUANTAN: Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu. Ketua Polis Daerah Lipis Supritendan Ismail Man berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, bersama rakannya, Kisnawita Saad, 46, dalam perjalanan pulang ke Sungai Buluh, Selangor selepas bercuti hari raya Aidilfitri di Kelantan

Aidilfitri di Kelantan. Siasatan mendapati motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak. Mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal, Mohd Mazuan dan pembonceng wanita, Kisnawita meninggal dunia di tempat kejadian, katanya dalam satu kenyataan. Ismail berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.





Pemandu lori lari dari SJR, polis lepas 10 das tembakan - Careta - 11/04 7:44 am

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.25 tengah hari itu, telah berlaku satu aksi kejar mengejar di antara lori berkenaan dengan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) serta kereta peronda Ibu???





Tiga sekeluarga jual lemang cemas, khemah niaga dirempuh SUV - Careta - 11/04 7:44 am

Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam kereta jenis Perodua Kelisa. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata siasatan awal mendapati pemandu SUV Proton X70 dalam perjalanan dari Kalumpang ke Kuala Kubu???



Tiga warga Pakistan maut dilanggar kereta terbabas - SUN - 11/04 7:35 am

IPOH: Hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki tersebut

pejalan kaki tersebut. Hasil siasatan mendapati kereta dipandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar enam pejalan kaki yang melalui bahu jalan tersebut, katanya dalam kenyataan malam ini. Katanya mangsa maut berusia antara 20 hingga 35 tahun manakala tiga lagi yang cedera parah dirawat di Hospital Teluk Intan dengan kesemua mangsa mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah. Katanya saringan awal air kencing pemandu kereta berkenaan didapati positif dadah jenis ganja dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian. Menurutnya pemandu kereta berkenaan bekerja sebagai poembantu kedai makan di kawasan Teluk Intan. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-612 2222.





Tiga warga Pakistan dalam perjalanan solat Aidilfitri maut dirempuh kereta - Utusan - 11/04 1:21 am

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia 20 hingga 35 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri ..

Utusan Malaysia .





Isteri, anak penjual lemang nyaris maut dilanggar X70 - Sinarharian - 10/04 11:10 pm

HULU SELANGOR - Seorang wanita bersama anaknya nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas berdekatan gerai lemang milik suaminya dekat Kalumpang di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam

dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar Perodua Kelisa yang diletakkan berhampiran gerai menjual lemang itu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Katanya, mangsa yang merupakan wanita warga tempatan mengalami kecederaan akibat kemalangan. "Mangsa merupakan pemandu Perodua Kelisa berumur 40 tahun itu cedera di dagu dan bengkak di betis manakala anaknya berumur tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. "Siasatan berkaitan kejadian dijalankan bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tiga warga Bangladesh maut kemalangan selepas tayar MPV pecah - Sinarharian - 10/04 10:41 pm

KAMPAR - Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud dalam kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian jam 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV jenis Naza Citra, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar (tiada umur) serta Md Sohel Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian

Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian. Pemandu Naza Citra, Md Kobir Hossain, 32, bersama tiga lagi penumpang, Md Saiful Islam, 25, Md Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan sementara Mohammad Sohel, 24, mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri. Katanya kesemua mereka merupakan pekerja kebun di Cameron Highlands kecuali Abdullah yang tidak diketahui pekerjaannya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua penumpang kereta berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Kuala Lumpur, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh penghadang besi di sebelah kiri. Mohamad Nazri berkata, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri. "Lori jenis Isuzu yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit dari arah belakang,??? katanya. Menurutnya pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan. "Kereta Naza Citra mengalami rosak teruk di semua bahagian terutamanya bahagian belakang manakala lori terbabit remuk sedikit di bahagian hadapan pada sebelah kiri," katanya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama



Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya - SUN - 10/04 10:31 pm

KAMPAR : Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian jam 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV jenis Naza Citra, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar (tiada umur) serta Md Sohel Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian

umur) maut di lokasi kejadian. Pemandu Naza Citra, Md Kobir Hossain, 32, bersama tiga lagi penumpang Md Saiful Islam, 25, Md Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan sementara Mohammad Sohel, 24, mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri. Katanya kesemua mereka merupakan pekerja kebun di Cameron Highlands kecuali Abdullah yang tidak diketahui pekerjaannya. Beliau berkata siasatan awal mendapati semua penumpang kereta berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Kuala Lumpur, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh penghadang besi di sebelah kiri. Mohamad Nazri berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri. Lori jenis Isuzu yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit dari arah belakang,katanya. Menurutnya pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan. Kereta Naza Citra mengalami rosak teruk di semua bahagian terutamanya bahagian belakang manakala lori terbabit remuk sedikit di bahagian hadapan pada sebelah kiri, katanya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Tiga warga Bangladesh maut nahas dua kenderaan - Utusan - 10/04 9:47 pm

KAMPAR: Tiga lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Naza Citra dan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pada pukul 1.37 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, nahas itu berlaku semasa kereta Naza Citra yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari ..





Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis - Astroawani - 10/04 9:38 pm

Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.



Pemandu lori lari SJR dikejar 50km ditahan polis - SUN - 10/04 8:27 pm

JEMPOL : Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook

kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun. Pemandu itu juga telah memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Hoo berkata anggota polis tersebut, terpaksa melepaskan das tembakan di bahagian tayar lori itu supaya suspek memberhentikan kenderaan tersebut. Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap didalam kawasan ladang sawit, katanya. Beliau berkata suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut, dan dapati positif Methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Video tular MPV dan URB kejar kereta di Taiping, lelaki ditahan - SUN - 10/04 7:54 pm

IPOH : Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan dipandunya selepas diarahkan pihak polis berakhir dengan penahanannya apabila kenderaan terbabit melanggar beberapa kenderaan lain. Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 50 saat menerusi aplikasi TikTok memaparkan aksi dua unit kereta peronda (MPV) dan dua unit rondaan bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Kamunting-Jalan Ulu Sepetang, Taiping, Isnin lepas

Sepetang, Taiping, Isnin lepas. Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lepas melibatkan anggota Balai Polis Kamunting yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah (RCJ) kira-kira 5.45 petang. Anggota polis berkenaan telah terserempak dengan kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Polis mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaannya bagi pemeriksaan tetapi pemandu itu bertindak melarikan diri memandu secara berbahaya serta melanggar beberapa kenderaan lain selain cuba melanggar kenderaan polis sebelum ditahan di Jalan Persiaran Kamunting, katanya dalam kenyataan hari ini. Mohamad Nasir berkata hasil penahanan lelaki itu, polis menemukan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah. Beliau berkata lelaki terbabit yang didapati positif dadah jenis MOP kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1960. Berikutan tindakan pantas anggota polis, tangkapan dapat dibuat terhadap suspek tanpa sebarang kecederaan termasuk orang awam, katanya menambah pihaknya percaya penahanan lelaki itu sekali gus dapat mengurangkan kes jenayah terutama pecah rumah di sekitar Taiping dan Selama. Mohamad Nasir menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.



Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau - SUN - 10/04 5:57 pm

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu pada 10.15 pagi

ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat pada 11.10 pagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.





Warga IPD Rembau sambut Syawal di rumah warga emas - Utusan - 10/04 5:07 pm

REMBAU: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau meraikan 1 Syawal hari ini bersama 28 orang penghuni Rumah Sejahtera Rembau yang majoritinya terdiri daripada warga emas terbiar





Remaja perempuan 16 tahun hilang - Sinarharian - 9/04 7:13 pm

PETALING JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes seorang remaja perempuan dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul ???Azim dilaporkan hilang pada jam 9.44 pagi Ahad

petang Sabtu. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tujuh individu ditahan kes bunuh lelaki di Teluk Intan - Sinarharian - 9/04 6:06 pm

IPOH - Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah taman perumahan dekat Langkap, Teluk Intan pada 5 April lepas. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, semua individu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberkas di beberapa lokasi berasingan sekitar Teluk Intan

Intan pada jam 8.15 malam (5 April) memaklumkan seorang pesakit lelaki warga tempatan tidak sedarkan diri disebabkan luka di bahagian dada dan leher akibat terkena senjata tajam. "Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri,??? katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, hasil soal siasat mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa yang mengganggu isteri kepada seorang daripada suspek. Ahmad Adnan berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan bagi melengkapkan siasatan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu (D.Tanabalan, 42,) diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrul Shamsudin di talian 05-6233969 atau 017-9752668 dan mana-mana polis berhampiran,??? katanya. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Dua lelaki ditahan disyaki bakar mercun di tempat terbuka - Sinarharian - 9/04 5:09 pm

SUNGAI PETANI - Dua lelaki ditahan berhubung insiden membakar mercun di tempat terbuka sehingga membahayakan nyawa orang awam dalam kejadian di Dataran Zero Kilometer dekat sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dua lelaki terbabit berusia 24 dan 27 tahun merupakan individu yang disyaki bermain dan pemilik mercun

kejadian letupan bunga api dan mercun sehingga menimbulkan situasi cemas. "Hasil siasatan awal mendapati, lokasi kejadian berlaku di atas jalan raya di Dataran Zero Kilometer berhampiran bazar Aidilfitri. "Berdasarkan laporan. pengadu telah menerima maklumat melalui aplikasi WhatsApp dalam bentuk video berdurasi 43 saat berhubung letupan mercun dan bunga api di tempat kejadian, " katanya. Jelas beliau, siasatan awal yang dijalankan mendapati letupan berpunca daripada pembakaran satu unit mercun jenis 'happy bom firework' di mana semasa letupan berlaku mercun tersebut telah terbalik dan tersasar ke arah lambakan mercun lain. "Kejadian menyebabkan suasana nampak cemas dengan letupan dan dentuman mercun serta bunga api dalam kuantiti yang banyak. "Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani turut dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran berlaku," ujarnya. Pemeriksaan turut mendapati, tiada sebarang kecederaan dialami orang awam di sekitar lokasi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957. Sebelum itu, satu video tular di media sosial memaparkan kejadian letupan bunga api dan mercun sehingga menimbulkan situasi cemas dalam kalangan pengunjung yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Empat pekerja kebun sayur cedera disamun lima lelaki bersenjata - Sinarharian - 9/04 4:54 pm

REMBAU - Empat pekerja kebun sayur di Kampung Senama Tanjung Keling di sini cedera di kepala dan anggota badan selepas disamun lima lelaki bertopeng bersenjatakan batang besi, kayu dan parang dalam kejadian awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 21 hingga 45 tahun sedang tidur di rumah kongsi di kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek kira-kira jam 3.50 pagi

kesemua suspek memakai topeng menutup muka telah memecahkan pintu rumah kongsi tersebut dengan membawa senjata sehingga menyebabkan mangsa mendiamkan diri susulan ketakutan. "Lima suspek tersebut telah memukul badan dan juga kepala kesemua mangsa sehingga mendapat kecederaan sebelum mengambil telefon bimbit milik tiga mangsa. "Suspek turut melarikan sebuah 'pouch bag' dan duit RM3,400. Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila sebuah lagi telefon bimbit tidak diambil suspek kerana telah disorokkan lalu menghubungi Biro Keselamatan Kampung untuk meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Ujarnya, suspek yang dalam keadaan berdarah telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Menurut mangsa terlibat, lima suspek berkenaan bertubuh kecil, memakai t-shirt berwarna gelap, berseluar jean dan juga ada yang memakai baju panas. "Hasil pemeriksaan doktor ke atas mangsa-mangsa mendapati tiga daripadanya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima beberapa jahitan, manakala seorang lagi mengalami patah tangan kanan dan akan dirujuk ke Hospital Seremban," katanya. Katanya, polis kini giat memburu suspek dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tak dapat duit beli dadah, buruh binaan mengamuk, ugut isteri - Sinarharian - 9/04 4:22 pm

AMPANG - Seorang lelaki mengamuk selepas gagal mendapatkan wang daripada isterinya untuk membeli dadah di Ampang Saujana, di sini, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi, lelaki yang juga seorang buruh binaan itu telah mengetuk pintu rumah dan menjerit dengan kuat supaya isterinya membuka pintu

tidak memberikan wang untuk membeli dadah. "Wanita berkenaan telah menghubungi pihak polis untuk mohon bantuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Mohd Azam berkata, semasa menunggu anggota polis tiba di lokasi, anak pasangan itu memaklumkan pernah nampak ada sepucuk objek yang menyerupai pistol (pistol angin) warna hitam yang berada di bawah meja solek. "Lelaki itu telah ditahan reman tujuh hari sehingga 14 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan kerja - Sinarharian - 9/04 4:12 pm

SIBU - Seorang ejen syarikat penapis air kerugian RM41,870 setelah menjadi mangsa kes penipuan pekerjaan. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia 20-an itu berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook menggunakan nama profil Sunshine Travel

laman sesawang bagi tujuan pendaftaran dan memulakan tugas. Menurutnya bagi tugasan pertama, mangsa telah menerima komisen RM100. "Mangsa kemudian diberikan tugas membuat tempahan 10 hotel berlainan dan membuat pembayaran berjumlah RM41,870 bagi penugasan tersebut dengan 12 kali transaksi dari 2 hingga 3 April ke lima akaun bank tempatan yang berlainan,??? katanya dalam kenyataan pada Selasa. Zulkipli berkata, setelah membuat pembayaran, mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan semula pembayaran modal dan komisennya namun diberikan pelbagai alasan. Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Lima anggota polis ditahan kes samun RM260,000 - Sinarharian - 9/04 3:46 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki warga asing pada hari sama kejadian berlaku. "Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah berjaya memberkas tiga lelaki pada jam 11.50 malam, Ahad

pada jam 11.50 malam, Ahad. "Hasil dari tangkapan pertama, kita menahan empat lelaki lagi yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan menyamar anggota polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Rusdi berkata, siasatan lanjut mendapati lima suspek merupakan anggota polis, seorang bekas anggota polis dan seorang orang awam berusia lingkungan 28 hingga 41 tahun. "Lima suspek ditahan reman selama empat hari bermula 8 April hingga 11 April ini, manakala dua lagi juga direman selama empat hari bermula hari ini hingga 12 April," katanya. Rusdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan dan Seksyen 170 akta sama atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam. "Kes ini masih berada dalam siasatan dan pihak polis ingin menegaskan bahawa tidak akan melindungi individu termasuk pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan. "Orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan sebarang kegusaran awam," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Penumpang cemas, bas terbabas langgar pondok polis - Sinarharian - 9/04 3:01 pm

ISKANDAR PUTERI - Kira-kira 11 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dekat sini pada Selasa. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kejadian pada jam 9 pagi itu berlaku di laluan bas KSAB namun tiada penumpang atau pemandu yang cedera

Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59). "Boleh didenda RM300 jika sabit kesalahan??? katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Terdahulu tular dalam media sosial foto sebuah bas penumpang melanggar pondok polis di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) dekat sini. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kes dera: Tempoh reman pasangan suami isteri dilanjut 7 hari - Sinarharian - 9/04 2:56 pm

KENINGAU - Tempoh reman pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak tiri dan anak angkat mereka dilanjut selama tujuh hari lagi. Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa

dihubungi Sinar Harian pada Selasa. Sinar Harian pada 4 April lalu melaporkan seorang remaja dan seorang kanak-kanak yang dijaga pasangan suami isteri itu terpaksa menahan azab apabila didera secara fizikal sehingga mengalami kesan lecur pada badan dalam kejadian di sebuah rumah kedai di daerah ini. Remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun itu masing-masing mengalami kesan lecuran pada badan akibat ditekap menggunakan seterika dan terkena air panas serta dipukul menggunakan kayu dan besi. Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Ibu meraung lihat anak maut kemalangan - Sinarharian - 9/04 1:21 pm

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, wanita terbabit dan beberapa individu lain dipercayai ahli keluarga mangsa menjerit memanggil nama mangsa yang sudah tidak bernyawa. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai dalam dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Bukit Rambai ke Tanjung Minyak

selepas melihat mayat anaknya di lokasi insiden tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 19 saat itu, wanita terbabit dan beberapa individu lain dipercayai ahli keluarga mangsa menjerit memanggil nama mangsa yang sudah tidak bernyawa. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai dalam dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Bukit Rambai ke Tanjung Minyak. ???Sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu pelajar universiti berusia 22 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh waris keluarga. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Warga emas hilang ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 9/04 1:00 pm

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata jenazah arwah bapanya itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baharu Serada selepas solat Asar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan kejadian tersebut

lepas antaranya sentiasa mendiamkan diri dan kerap lupa tentang sesuatu perkara. "Tak ada kata-kata terakhir cuma arwah ayah menunjukkan perangai agak pelik dua tiga hari sebelum hilang. Arwah ayah tak banyak bercakap selain banyak benda dia sudah lupa. "Untuk sambutan hari raya ini juga arwah ayah beritahu memang tak nak beli baju raya sebab arwah cakap baju dah banyak. "Sepatutnya kami sekeluarga beraya bersama-sama di Kampung Baharu Serada, namun ALLAH lebih menyayangi ayah. "Saya sangat sedih (pemergian ayah) dan sudah tentu sambutan Aidilfitri pada tahun ini sangat berbeza tanpa kehadiran ayah. Saya reda dan menganggap apa yang berlaku sudah ditakdirkan Ilahi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas hilang selepas keluar rumah naik motosikal roda tiga Pada Ahad lepas, media melaporkan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira jam 8 pagi Sabtu. Mohamad Ngah, 67, dari Kampung Baru Serada yang bekerja sebagai penjual ikan dan sayur-sayuran keluar dari rumahnya pagi Sabtu dengan menaiki motosikal beroda tiga jenis EX5 berwarna merah bernombor pendaftaran TAV 9836 tanpa membawa beg duit, telefon bimbit mahupun memakai helmet. Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata jenazah arwah bapanya itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baharu Serada selepas solat Asar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan kejadian tersebut. "Kita menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat warga emas itu pada jam kira-kira 10.15 pagi tadi di kawasan berhampiran ECRL.di Kampung Banggol Katong. "Proses pengecaman telah dibuat oleh keluarga mangsa dan mayat yang dijumpai itu disahkan sebagai Mohamad oleh anak mangsa sendiri," ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kontraktor didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian Zuhal, Marikh - Sinarharian - 9/04 12:03 am

Pada 5 April, media melaporkan dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda, dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dalam kenyataan berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5

dilakukan di kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini, antara 7.00 hingga 7.15 pagi, pada 5 April 2024. Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, serta denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, S Vitthiyeswary mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain tertuduh perlu lapor diri di balai polis setiap dua minggu, lesen memandu digantung, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak boleh mendekati saksi kes. Bagaimanapun, peguam S Morgan merayu jaminan RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan, dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan selain sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak yang kesemuanya masih belajar. Majistret, Nurul Asyifa Redzuan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 secara kolektif untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan dengan pasport diserahkan kepada mahkamah, serta tertuduh dilarang mengganggu saksi kes. Mahkamah menetapkan 11 Jun 2024 untuk sebutan semula kes. Pada 5 April, media melaporkan dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda, dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dalam kenyataan berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Isteri cedera ditetak selepas minta cerai - Sinarharian - 9/04 11:36 am

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, berlaku pertelingkahan antara lelaki berstatus penduduk tetap berusia 64 tahun terbabit dengan isterinya, warga tempatan berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira 10 malam itu

meminta cerai daripada suspek. "Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa," katanya ketika dihubungi pada Selasa. Beliau berkata, mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan. Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di bahagian dahi dan menerima 10 jahitan. Maizura berkata, polis kini giat mengesan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Isteri cedera ditetak selepas minta cerai - SUN - 9/04 11:28 am

KUALA TERENGGANU : Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata berlaku pertelingkahan antara lelaki berstatus penduduk tetap berusia 64 tahun terbabit dengan isterinya, warga tempatan berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira 10 malam itu

daripada suspek. Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa, katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan. Menurutnya mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di bahagian dahi dan menerima 10 jahitan. Maizura berkata polis kini giat mengesan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-Bernama





Pemandu pelancong maut kepala ditimpa bongkah batu - Sinarharian - 8/04 11:23 pm

IPOH - Seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu seberat lima kilogram (kg) ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Gunung Rapat di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 11.30 pagi melibatkan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun

dan mengenai kepala mangsa. "Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini. Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. "Punca kematian adalah kecederaan kepala akibat ditimpa batu. Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. "Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Dua buruh maut motosikal bertembung pikap - Sinarharian - 8/04 8:15 pm

SIBU - Dua buruh kasar maut di tempat kejadian apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap di KM20 Jalan Sai/Semop, Daro kira-kira 100 kilometer dari sini, malam Ahad. Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Neil Baginda berkata, mangsa yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal, Dave Nawi, 47, dan Sukur Hasan, 42, masing-masing dari Kampung Semop dan Kampung Penipah, manakala pemandu pikap iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan

kecederaan. "Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan telah dituntut waris masing-masing pagi ini,??? katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin. Neil berkata, mengikut laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 malam ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Penipah ke Kampung Semop dan apabila motosikal itu memasuki laluan kenderaan pikap terbabit. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Hasrat beli baju raya anak tidak kesampaian, suami isteri rentung kemalangan - SUN - 8/04 6:55 pm

Beliau berkata anak dan menantunya itu bercadang menyambut Aidilfitri kali ini di Rembau, iaitu kampung mertuanya nanti. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani Lateh berkata berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbakar seratus peratus, akibat bertembung dengan sebuah lori milik syarikat pembersihan swasta

semalam, dia beritahu hari ini mahu beli baju raya anak-anaknya hari ini. Cucu-cucu saya ini empat orang masih kecil, berusia dari 12 tahun hingga tiga tahun...kami mendapat berita tentang kemalangan ini pagi tadi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini. Beliau berkata anak dan menantunya itu bercadang menyambut Aidilfitri kali ini di Rembau, iaitu kampung mertuanya nanti. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani Lateh berkata berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbakar seratus peratus, akibat bertembung dengan sebuah lori milik syarikat pembersihan swasta. Beliau berkata pada kejadian 10.25 pagi tadi, berlaku kemalangan jalan raya di jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun bersama seorang wanita umur 32 tahun. Siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW yang dalam perjalanan itu ingin memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan lori jenis Isuzu hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar. Akibat daripada kemalangan ini, pemandu dan penumpang kereta itu tersepit di dalam kereta didapati telah rentung dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan luka-luka di bahagian tangan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.





'Tidak sempat beli baju raya anak' - Bapa - Sinarharian - 8/04 5:31 pm

Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis BMW dinaiki pasangan suami isteri itu dari arah Mantin ke Seremban dengan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki umur 36 tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW ingin memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan

memaklumkan akan membeli pakaian raya anak-anaknya pada pagi ini. "Kesemua anaknya ada di rumah di Seremban yang mana mereka dijangka beraya di Rembau tahun ini malah semasa kejadian itu mereka dalam perjalanan dari rumah dekat Beranang ke sini untuk mengambil anak-anaknya. "Along ada juga berhajat nak ambil gambar bersama adik-beradiknya nanti tetapi tidak kesampaian juga," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada Isnin. Pasangan itu yang bekerja sebagai mekanik dan pembantu kedai makan meninggalkan empat anak berusia antara 12 hingga tiga tahun. Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis BMW dinaiki pasangan suami isteri itu dari arah Mantin ke Seremban dengan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki umur 36 tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW ingin memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan. "Kenderaan itu kemudiannya terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori jenis Isuzu yang dipandu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar. "Akibatnya, pemandu dan penumpang kereta yang tersepit di dalam kereta rentung dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan luka-luka di bahagian tangan dan kepala. "Kes ini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat diminta salurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Nilai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389 atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198 bagi membantu siasatan," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!




News Buzz     >>



Malaysia urges TikTok and Meta to monitor harmful .. - Jurist
Malaysia urges TikTok and Meta to monitor harmful social media content ?? JURIST
News Maker     >>



Warga Asing Bersesak di Lebuh Pudu dan Jalan Silang - .. - Mgazette
Warga Asing Bersesak di Lebuh Pudu dan Jalan Silang ?? MalaysiaGazette
World     >>



Gaza attack: Anwar reaches out to Ismail Haniyeh to .. - Malaymail
Gaza attack: Anwar reaches out to Ismail Haniyeh to convey condolences ?? Malay Mail Israel-Hamas War Day 188 Iran Says It Will Respond to Israeli-attributed Embassy Strike in Way That Avoids Major Escalation - Israel News ?? Haaretz Trump assails Jewish voters who back Biden: 'Should have ..
Business     >>



The White House rolled out the red carpet for a .. - Foxnews
The White House rolled out the red carpet for a ???swanky state dinner???: Judge Jeanine ?? Fox News What the Elite Will Eat at Tonight's White House State Dinner ?? Eater DC Biden's State Dinner for Japan Was Heavy on Symbolism (and Yes, Cherry Blossoms) ?? The New York Times US support for ..
Tech     >>



Breakthrough promises secure quantum computing at home .. - Sciencedaily
Breakthrough promises secure quantum computing at home ?? Science Daily New advances promise secure quantum computing at home ?? Phys.org Oxford breakthrough allows secure quantum computing from homes ?? Interesting Engineering Quantum Encryption Advances at Oxford University Physics ?? ..
Tech Hack     >>



The Sun loses ??66m amid costs from phone-hacking .. - Theguardian
The Sun loses ??66m amid costs from phone-hacking scandal ?? The Guardian
Wireless Mobile     >>



Motorola India Teases New Smartphone Launch, Could Be .. - Themobileindian
Motorola India Teases New Smartphone Launch, Could Be Moto G64 5G ?? The Mobile Indian
News Security     >>



Rise in corporate Mac use invites more sophisticated .. - Appleinsider
Rise in corporate Mac use invites more sophisticated hacking ?? AppleInsider
Google Future     >>



Android 15 supports choosing a new 'default wallet .. - 9to5google
Android 15 supports choosing a new 'default wallet app' ?? 9to5Google Android 15's first beta release is out ?? The Verge Android 15 could bring back a buzzword that was once the talk of the tech industry ?? ZDNet The First Android 15 Beta for Your Pixel Arrived ?? Droid Life Android 15's ..
Automotive Future     >>



GAC Aion x Didi Autonomous Driving JV to mass-produce .. - Carnewschina
GAC Aion x Didi Autonomous Driving JV to mass-produce Robotaxi ?? CarNewsChina.com