///

Search : Polis Daerah News   Page 1    





Kanak-kanak perempuan maut tercampak - Sinarharian - 23/03 2:45 pm

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut dipercayai tercampak dari kenderaan dinaikinya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 283 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan pada Khamis. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian pada jam 10.15 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki bersama empat penumpang dan sebuah kenderaan serbaguna jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 24 tahun bersama empat penumpang

bersama empat penumpang. "Hasil siasatan awal di lokasi mendapati, semasa kejadian pemandu Toyota Alphard dari Kuala Lumpur menghala Johor Bharu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pada bahagian belakang kiri Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari Kajang ke Melaka. "Berikutan itu, kereta Bezza berkenaan telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, seorang penumpang kereta Perodua Bezza telah tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di kepala. "Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. "Kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198," katanya. Sebelum itu, tular di media sosial Facebook, seorang pengguna kenderaan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian terutamanya papan pemuka kereta untuk menyalurkan maklumat tersebut kepadanya. "Saya tak boleh nak rungkai macam mana kejadian yang berlaku dalam sekelip mata sedangkan suami saya yang memandu sehabis baik cuba alert (berjaga-jaga) dengan lalu lintas, ajal maut di tangan Tuhan. "Tapi ikhtiar kami usahakan. Jadi di sini saya meminta baik jasa baik rakan-rakan, sahabat, sesiapa sahaja yang ada terbaca post (hantaran) saya ini. "Jika ada sebarang bukti, dashcam (papan pemuka) terutamanya, tolong dan tolong hubungi kami untuk bantu kami," tulisnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Suami maut, isteri serta anak lelaki parah motosikal dilanggar treler - SUN - 23/03 12:55 am

ALOR SETAR : Seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Jitra, semalam. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan manakala isterinya yang berusia 31 tahun dan anak lelaki yang berusia empat tahun, cedera parah

parah. Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 45 tahun manakala mangsa membonceng motosikal yang ditunggang isterinya sedang bergerak dari arah yang sama iaitu dari Changlun menghala ke Jitra. Apabila sampai di lokasi kejadian, treler berkenaan telah memotong motosikal mangsa yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan, namun sebelum selesai memotong, pemandu treler menyedari telah melanggar tayar belakang sebelah kiri motosikal sehingga menyebabkan mangsa, isteri dan anaknya jatuh, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Rodzi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat manakala isteri dan anaknya menerima rawatan di Hospital Jitra. Kedua-dua lelaki di dalam treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.



Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah - SUN - 23/03 12:50 am

KUALA LUMPUR : Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.26 pagi

kenyataan hari ini. Mohd Hafiz berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam, katanya.





Suami maut, isteri dan anak lelaki parah motosikal dilanggar treler - Sinarharian - 23/03 12:40 am

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Jitra pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan manakala isterinya yang berusia 31 tahun dan anak lelaki yang berusia empat tahun, cedera parah

tahun, cedera parah. "Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 45 tahun, manakala mangsa membonceng motosikal yang ditunggang isterinya sedang bergerak dari arah yang sama iaitu dari Changlun menghala ke Jitra. "Apabila sampai di lokasi kejadian, treler berkenaan telah memotong motosikal mangsa yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan, namun sebelum selesai memotong, pemandu treler menyedari telah melanggar tayar belakang sebelah kiri motosikal sehingga menyebabkan mangsa, isteri dan anaknya jatuh,??? katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu. Rodzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat manakala isteri dan anaknya menerima rawatan di Hospital Jitra. Kedua-dua lelaki di dalam treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pelajar perempuan maut jatuh tingkat 3 bangunan sekolah - Sinarharian - 23/03 12:31 am

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah dekat sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.26 pagi menyatakan seorang pelajar perempuan terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah

kejadian masih dalam siasatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala. "Kecederaan itu disebabkan terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Sehubungan itu, menurut beliau, satu kertas siasatan sebagai mati mengejut (SDR) telah dibuka berhubung kejadian tersebut. Untuk itu kata beliau, orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori - Sinarharian - 23/03 12:16 am

4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, arah utara, antara Yong Peng-Pagoh dekat sini, pada awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, maklumat berhubung kejadian kemalangan itu diterima daripada orang awam pada jam 3 pagi

perjalanan dari Singapura mahu menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur. "Semasa dalam perjalanan, sebuah motosikal konvoi terbabit pancit dan penunggangnya berhenti di hentian rehat dan rawat Yong Peng. Tujuh orang penunggang di hadapan telah memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan. "Kemudian datang lori kontena, dipercayai telah hilang kawalan masuk ke lorong kecemasan seterusnya terlanggar kumpulan penunggang motosikal berkenaan. "Akibat perlanggaran itu, dua orang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Ismail memberitahu, pemandu lori, 33, bersama kelindan berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan. "Pemandu kontena yang berasal dari Kedah ditahan reman tiga hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Sementara, ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif," ujarnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Bergaduh guna parang, besi gara-gara berebut laluan di jalan sempit - Sinarharian - 23/03 12:13 am

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu akhirnya berjaya dileraikan dan kedua-dua pihak sudahpun berdamai. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian pergaduhan tersebut tular di media sosial melibatkan dua lelaki di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Minggu Kota Belud

masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Minggu Kota Belud. "Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit. "Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan dan telah berdamai secara baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu. Katanya lagi, sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut. Sebelum itu, tular video memaparkan pergaduhan antara dua lelaki yang menggunakan objek seperti parang dan besi di media sosial sejak Jumaat. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Polis buka kertas siasatan pengguna Facebok hina Nabi Muhammad, agama Islam - Sinarharian - 23/03 11:49 am

Hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seorang pengguna akaun Facebook berasal dari Pontian, tular sejak Khamis. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu

yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. "Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu. Menurut Ibrahim, orang ramai diminta bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut. "Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam terutama membabitkan isu agama, bangsa dan raja (3R)," katanya. Tangkap layar hantaran komen pemilik akaun Facebook berkenaan seterusnya dikongsi warganet yang mendatangkan reaksi negatif dan mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa kerana membangkitkan kemarahan terutama pada bulan Ramadan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh - SUN - 23/03 11:01 am

Semalam, pelajar berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Sabah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilapor berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan

yang telah meninggal dunia pada Jumaat. Kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan KPM bersedia memberi kerjasama penuh, menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, KPM juga telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa. Sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej, menurut kenyataan itu. Semalam, pelajar berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Sabah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad dilapor berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan. Beliau berkata susulan itu, 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





KPM tidak akan kompromi salah laku buli - Sinarharian - 23/03 10:37 am

Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi dan dipercayai dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Sabah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan

privasi keluarga mangsa. "KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa. Sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej," ujarnya pada Sabtu. Pada Jumaat, seorang pelajar lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan. Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi dan dipercayai dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Sabah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan. Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan. KPM turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Lelaki ditemui mati berhampiran bangunan hotel - Mgazette - 22/03 11:05 pm

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 20 tahun dan tidak berkerja dikatakan ditemui orang awam di belakang bangunan hotel berkenaan





Kanak-kanak 5 tahun terjatuh dari tingkat 12 kondominium - Sinarharian - 22/03 10:24 pm

SERDANG - Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa merupakan warga Yemen dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu

menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya," katanya dalam kenyataan hari ini. Anbalagan berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung. "Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium - SUN - 22/03 10:18 pm

SERDANG : Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan (gambar) berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu

mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya, katanya dalam kenyataan hari ini. Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung. Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu, katanya. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama





Dakwaan liwat: Pemuda UMNO harap individu terlibat digantung keahlian - Sinarharian - 22/03 9:50 pm

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis Johor mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemimpin Pemuda UMNO bagi membantu siasatan

(seterusnya). "Kita minta hukuman keras diambil dan mungkin gantung dahulu sementara menunggu pembelaan dan pendakwaan. ???Jika dibenar dan terbukti bersalah, maka tindakan keras dikenakan sebab tidak kita berkompromi isu jenayah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO di sini, pada Jumaat. Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis Johor mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemimpin Pemuda UMNO bagi membantu siasatan. Dalam pada itu Akmal menjelaskan, penggantungan serta-merta tidak boleh dikenakan ke atas ahli terlibat ekoran terdapat proses yang perlu diikuti, namun beliau memberi jaminan sebarang keputusan akan dibuat sebelum Aidilfitri. "Biarkan siasatan (polis) berjalan dengan baik, tetapi sebagai parti politik, kita akan ambil tindakan sementara. "Kalau benar bersalah, kita minta dia akan digugurkan sebagai ahli," ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Polis tahan lelaki rempuh anggota polis - SUN - 22/03 9:31 pm

KANGAR : Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merempuh seorang anggota polis sehingga cedera dalam kejadian di kawasan Stesen Kereta Api Bukit Keteri dekat Padang Besar pada 16 Okt tahun lepas. Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah (gambar) berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam Op Cantas Khas di sebuah rumah tidak bernombor di Padang Besar pada 10.30 pagi semalam

Akibat kejadian tersebut, suspek mengalami retak tulang di tumit kaki kanan. Suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk diberi rawatan dan keadaan suspek stabil, katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Shokri berkata saringan urin terhadap lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun, katanya. Beliau berkata dalam kejadian tahun lepas, suspek yang memandu pikap jenis Mitsubishi Pajero membawa pendatang tanpa izin merempuh motosikal ditunggang anggota polis berkenaan ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Anggota polis itu mengalami kecederaan pada tangan kiri dan suspek melarikan diri, namun 12 pendatang tanpa izin yang berada dalam pikap itu berjaya ditahan. - Bernama





Lelaki rempuh anggota polis ditahan - Sinarharian - 22/03 9:26 pm

KANGAR - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merempuh seorang anggota polis sehingga cedera dalam kejadian di kawasan Stesen Kereta Api Bukit Keteri dekat Padang Besar pada 16 Oktober tahun lepas. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam Op Cantas Khas di sebuah rumah tidak bernombor di Padang Besar pada 10.30 pagi semalam

dari tingkap. "Akibat kejadian tersebut, suspek mengalami retak tulang di tumit kaki kanan. "Suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk diberi rawatan dan keadaan suspek stabil,??? katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Shokri berkata, saringan urin terhadap lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. "Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. "Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun,??? katanya. Beliau berkata dalam kejadian tahun lepas, suspek yang memandu pikap jenis Mitsubishi Pajero membawa pendatang tanpa izin merempuh motosikal ditunggang anggota polis berkenaan ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Anggota polis itu mengalami kecederaan pada tangan kiri dan suspek melarikan diri, namun 12 pendatang tanpa izin yang berada dalam pikap itu berjaya ditahan. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan - SUN - 22/03 8:34 pm

LAHAD DATU : Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan

16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes, katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Rohan Shah pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan berhubung penemuan pelajar lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.50 pagi, dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang memberikan rawatan kecemasan. Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan pihak polis juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci secara telus, katanya. - Bernama





Pelajar lelaki maut dipercayai dipukul - Sinarharian - 22/03 8:05 pm

Mangsa berusia 17 tahun yang juga penghuni asrama kolej terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 6.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, laporan polis dibuat oleh pengarah kolej terbabit membabitkan pelajarnya yang maut

bertindak atas laporan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikejar ke lokasi kejadian. "Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki dan mayat mangsa terbaring di atas lantai bilik asrama terbabit. "Pemeriksaan lanjut terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan mangsa. Pihak polis telah mengenal pasti punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Rohan berkata, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. "Pihak kita juga telah menahan 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun dan seramai tujuh saksi bebas telah dikesan bagi membantu siasatan. "Selain itu, satu rampasan dibuat membabitkan alat pengecas telefon bimbit yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini," katanya. Bagaimanapun, Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis masih menjalankan siasatan secara terperinci daripada pelbagai sudut secara telus. "Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Lelaki ditemui maut jatuh tingkat 13 hotel - Sinarharian - 22/03 6:48 pm

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari aras 13 sebuah hotel dekat sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian terbabit sekitar jam 3 petang

berdasarkan kesan suntikan BCG di lengan kiri. Bagaimanapun, sehingga kini identiti si mati masih belum diketahui," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk tujuan bedah siasat. "Pihak polis juga tidak mengesyaki kematian lelaki terbabit disebabkan sebarang perbuatan jenayah dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.





Lelaki mabuk bawa parang di tempat awam diberkas - Sinarharian - 22/03 5:28 pm

KUALA LANGAT - Tindakan seorang lelaki dipercayai mabuk sambil membawa parang panjang di tepi Jalan Kampung Morib, Banting dekat sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd

diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di kawasan Morib, Banting. "Siasatan awal mendapati punca suspek bertindak demikian disebabkan masalah rumah tangga selain suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan berkata, kertas siasatan berkaitan kejadian telah dibuka di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Tambahnya, kes masih dalam siasatan dan orang awam diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. "Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Remaja 17 tahun ditahan buat aksi 'wheelie' - Sinarharian - 22/03 5:13 pm

Aksi tersebut dilakukan pada jam 6.40 petang ketika remaja lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Honda EX5. Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, penahanan remaja itu dilakukan menerusi Ops Samseng Jalanan

pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ujarnya, polis akan terus melipatkan gandakan operasi dalam membanteras akitivi tidak bermoral tersebut. Ahmad Shafiki memberitahu, golongan ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Lelaki maut digilis treler - Sinarharian - 22/03 11:51 am

JOHOR BAHRU ??? Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di jejambat susur Taman Perling, di sini, pada Khamis. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah

Volvo dan menyebabkan lelaki itu terjatuh dan digilis lori terbabit. ???Akibat kemalangan tersebut, lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi kemalangan setelah mengalami kecederaan parah di keseluruhan anggota badan. ???Pemandu lori yang berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,??? katanya. Kemalangan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Lima kertas siasatan kes liwat diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Sinarharian - 22/03 11:44 am

MERSING - Polis mengesahkan kesemua lima kertas siasatan berhubung kes liwat membabitkan seorang pemimpin pemuda sebuah parti politik di daerah ini telah dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada Khamis. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Khamis, setelah siasatan selesai dijalankan

???Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,??? katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Isnin lalu tular laporan yang mendakwa seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun. Pada Selasa, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Beliau turut dilaporkan berkata, polis menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun bagi membantu siasatan. Difahamkan, setakat ini lima laporan sudah diterima polis berhubung kes liwat membabitkan membabitkan enam orang mangsa.





Penarik kereta tempuh detik cemas diacu pistol - Sinarharian - 22/03 10:57 am

CHERAS - Seorang penarik kereta menempuh detik cemas apabila diacu pistol ketika dalam urusan menarik sebuah kenderaan di Bandar Tun Hussien Onn di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan kejadian dibuat oleh mangsa berumur 34 tahun kira-kira jam 12.48 pada Khamis

dinaiki seorang wanita. "Ketika proses berkenaan, seorang lelaki kemudiannya datang dan menghalang mangsa dengan alasan mangsa tidak dapat menunjukkan surat bank dan laporan polis berkaitan tunggakan bayaran kenderaan berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat. Katanya, suspek turut menafikan kereta yang dinaiki anak perempuannya itu mempunyai tunggakan bayaran. "Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham menyebabkan suspek mengeluarkan pistol dari belakang badannya dan memegang senjata berkenaan serta menghalau mangsa supaya beredar. "Bimbang sesuatu buruk berlaku, mangsa beredar dari lokasi kejadian sambil merakam perbuatan suspek yang memegang senjata itu," katanya. Menurutnya, mangsa dan suspek kemudiannya tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Kajang. "Suspek yang merupakan lelaki tempatan berumur 60 tahun telah dirakam keterangan selain pistol yang digunakan ketika kejadian dirampas untuk siasatan lanjut. "Semakan mendapati suspek mempunyai lesen senjata api yang sah dan mendakwa bertindak demikian disebabkan curiga dengan perbuatan mangsa yang disangka mempunyai niat jahat untuk menarik kereta tetapi gagal membuktikan melalui dokumen tarik kenderaan berkaitan," katanya. Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian tersebut, diminta berhubung mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960," katanya. Pada Jumaat, tular video memaparkan seorang lelaki memegang senjata sambil mengarahkan sebuah kereta yang dinaiki dua individu segera pergi dari lokasi berkenaan.





Pemandu van pelancong maut selepas 10 hari bertarung nyawa - Sinarharian - 22/03 10:33 am

Lelaki tempatan tersebut disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang Khamis dan merupakan mangsa ketiga yang maut dalam nahas berkenaan. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Farhan Lee Abdullah memaklumkan insiden tersebut melibatkan treler, van pelancong dan sebuah lori

dan sebuah lori. Menurutnya, kemalangan berlaku disebabkan treler yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan van pelancong. "Akibat kejadian itu dua pelancong masing-masing warga Singapura dan Vietnam dilaporkan meninggal dunia manakala pemandu dan empat lagi cedera parah dihantar ke Hospital Tawau. "Bagaimanapun, pemandu van tersebut meninggal dunia semalam (Khamis) manakala empat lagi penumpang dibenarkan keluar (hospital) serta dihantar pulang semula ke Singapura." katanya dalam kenyataan pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN:Bas bertembung treler, dua pelancong maut Farhan berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan pemandu treler turut ditahan untuk tindakan lanjut. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan imtidak lebih daripada RM50,0000. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Lelaki warga asing maut dilanggar kereta - Sinarharian - 22/03 10:02 am

BATU PAHAT ??? Seorang lelaki dipercayai warga asing maut dilanggar kereta di Kilometer (KM) 119, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat Yong Peng, malam Khamis. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut daripada orang awam sekitar jam 11 malam

telah terlanggar seorang pejalan kaki yang tiba-tiba berada di tengah jalan. ???Akibat perlanggaran itu, lelaki dipercayai warga asing dan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,??? katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 oleh pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Asmai Md Yusoff. Sementara itu, Ismail berkata, usaha giat dijalankan bagi mengesan majikan atau waris si mati. ???Mana-mana saksi awam yang melihat kejadian berkenaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat bagi membantu siasatan,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Polis giat kesan wanita pura-pura qiamullail curi beg dalam masjid - Sinarharian - 22/03 9:47 am

KUALA SELANGOR - Polis masih giat mengesan seorang wanita dipercayai berpura-pura qiamullail untuk mencuri beg jemaah di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati di sini pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes itu setakat ini

katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. ARTIKEL BERKAITAN:Pura-pura qiamullail sebelum kebas beg telekung di masjid Sinar Harian pada 18 Mac lalu melaporkan, seorang wanita berpura-pura mahu melakukan qiamullail sebelum mencuri sebuah beg telekung jemaah wanita dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati. Bagaimanapun, kejadian jam 5.40 pagi Ahad itu sempat dirakam CCTV masjid itu sebelum rakamannya tular di media sosial. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Rempuh rumah, elak ditahan polis - Sinarharian - 22/03 7:12 am

Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, ketiga-tiga suspek yang berusia 36 hingga 41 tahun bertindak melarikan diri dengan memecut kereta terbabit ke dalam kawasan kampung dan terbabas di tepi jalan setelah melalui laluan selekoh. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, anggota tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan pentadbiran Balai Polis Meranti melihat sebuah kereta dinaiki tiga lelaki berhenti di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan

tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan pentadbiran Balai Polis Meranti melihat sebuah kereta dinaiki tiga lelaki berhenti di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan. "Menyedari kehadiran polis, pemandu bertindak melarikan diri dengan memecut kereta tersebut ke dalam kawasan kampung. "Bagaimanapun kereta suspek didapati terbabas di tepi jalan dan merempuh sebuah rumah setelah melalui laluan selekoh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurut beliau, salah seorang suspek kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan di kawasan semak berhampiran. Ujarnya, kesemua suspek ditahan selepas dipercayai menghalang pihak polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Meranti. Kama Azural memberitahu, hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. "Mereka direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya. Beliau menegaskan kepada orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Menurutnya, tindakan mengelak atau melarikan diri daripada diperiksa oleh pihak polis boleh mendatangkan kecurigaan kepada pemandu kenderaan dan perbuatan itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Ujar Kama Azural, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu - Astroawani - 21/03 11:55 pm

Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu ditahan di kilang terbabit pada 5 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.





Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu - Mgazette - 21/03 11:20 pm

Pengarah JAS Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu??ditahan di kilang??terbabit pada 5??petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam





Dua pengurus kilang oleokimia ditahan cemari Sungai Tukang Batu - Sinarharian - 21/03 10:59 pm

Pengarah JAS negeri, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, penahanan pengurus besar dan pengurus pengeluaran kilang terbabit dibuat bagi membantu siasatan pelepasan efluen perindustrian ke longkang awam yang mencemarkan Sungai Tukang Batu. Menurutnya, kedua-dua lelaki tempatan berusia 44 dan 38 tahun itu ditahan di premis terbabit pada jam 5 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam

jam 5 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam. "Pada Isnin, JAS Johor menerima aduan awam berhubung pencemaran efluen perindustrian berwarna putih ke longkang awam dan seterusnya ke sungai berkenaan. "Susulan itu, JAS Cawangan Pasir Gudang bertindak menjalankan siasatan dan mendapati masih terdapat pelepasan efluen perindustrian berwarna putih serta berbuih pada keesokan harinya. "Seterusnya pada kira-kira jam 8 pagi, Khamis, JAS Cawangn Pasir Gudang menerima aduan berhubung pelepasan air berwarna hitam di lokasi aduan yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis. Jelas beliau, penahanan dua individu itu dibuat mengikut Seksyen 37C(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Pada 5 Mac lalu, akhbar melaporkan Sungai Tukang Batu adalah salah satu daripada empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang yang dikesan dalam keadaan tercemar dan berada dalam tahap yang membimbangkan. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, pemeriksaan yang dibuat JAS Johor mendapati sungai berkenaan berada di tahap tiga dan empat. Beliau berkata, tiga sungai lain yang turut dikesan tercemar ialah Sungai Perembi, Sungai Buluh dan Sungai Kim Kim yang terletak di dalam kawasan perindustrian tersebut. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai - SUN - 21/03 9:35 pm

Selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat. Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini

Selangor sebelum diserahkan kepada polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut. Hasil penahanan itu, suspek lelaki telah membawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak polis ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada Selasa lepas dan hasilnya, polis berjaya menemukan semula peti besi pengadu yang mengandungi empat jongkong emas bernilai RM1 juta. Selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat. Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan dengan menyasarkan kediaman ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial. Keempat-empat suspek kini dilanjut reman selama sembilan hari hingga 25 Mac ini. Pada 4 Mac, media melaporkan seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh media sosial berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu yang dianggarkan kira-kira RM3.5 juta. - Bernama





Lelaki hina agama Islam dipenjara 6 bulan - Sinarharian - 21/03 7:59 pm

KOTA KINABALU - Lelaki yang tular menghina agama Islam melalui aplikasi Facebook telah dipenjara enam bulan dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tertuduh sebelum ini telah disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 21 Mac lalu

di Kota Kinabalu. "Kejadian yang turut tular di media sosial itu melibatkan pengendali Facebook 'Ricky Shane Ca' yang memuat naik komen yang berbaur menghina agama Islam," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Mohd Zaidi berkata, susulan daripada komen tersebut menyebabkan orang awam yang beragama Islam tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang merupakan provokasi serta menghina agama Islam. "Tindakannya itu mendapat reaksi komen negatif daripada pelbagai individu. "Suspek kemudian telah berjaya dikenal pasti dan hadir memberi keterangan pada 17 Mac lalu," katanya. Sehubungan itu, suspek dituduh dan dijatuhkan hukuman di mahkamah. "Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM15,000. Sekiranya gagal bayar, tertuduh dikenakan penjara empat bulan tambahan," katanya.





Geng pecah rumah, larikan jongkong emas usahawan ditahan - Sinarharian - 21/03 6:40 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, sepasukan anggota dari Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memberkas kesemua suspek berusia 22 hingga 36 tahun di Batu Pahat, Johor, pada 5 Mac. "Pihak polis berjaya merampas barang kemas, jam tangan dan beg berjenama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, pada Khamis

"Pihak polis berjaya merampas barang kemas, jam tangan dan beg berjenama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, pada Khamis. Allaudeen berkata, pihak D4 IPD Wangsa Maju telah mengambil tangkapan tersebut daripada IPK Selangor pada 16 Mac lalu. "Kesemua suspek direman sembilan hari bermula 17 Mac sehingga 25 Mac ini," katanya. Allaudeen berkata, hasil soal siasat dalang utama telah membawa pasukan Polis IPD Wangsa Maju dan dibantu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada 19 Mac lalu. "Kita berjaya menemui semula peti besi milik mangsa, hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui empat jongkong emas bernilai RM1 juta di ruangan dalam peti besi berkenaan," katanya. Beliau berkata, selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemui semula beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang. "Kita merampas 15 utas rantai emas, 14 utas gelang, dua bentuk cincin, tujuh beg berjenama, satu loket dan subang emas yang dilanggarkan bernilai RM2.1 juta," katanya. Allaudeen berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dalang utama itu memiliki 20 rekod jenayah dan dadah. "Modus operandi kumpulan itu menyasarkan kediaman usahawan atau pempengaruh media sosial," katanya. Pada 4 Mac lalu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang wanita berusia 43 tahun. Kejadian berlaku antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam itu, ketika tiada orang di rumah tersebut. Kamera litar tertutup di kediaman itu dirosakkan oleh suspek, namun siasatan lanjut di tempat kejadian telah dibuat oleh pasukan forensik. Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.





Lelaki maut, anak perempuan parah digilis lori - Sinarharian - 21/03 6:39 pm

GOMBAK - Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera setelah motosikal ditunggang digilis lori dalam kemalangan dekat Jalan Sungai Tua, Selayang di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 6.11 petang berkaitan kejadian

pemandu lori berkenaan mendakwa mendengar bunyi kuat di bahagian belakang lori sebelum memberhentikan lorinya. "Pemandu kemudian mendapati terdapat sebuah motosikal di bahagian bawah lorinya itu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis. Katanya, mangsa berumur 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. "Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. "Pembonceng dipercayai anak mangsa berumur lapan tahun itu pula mengalami kecederaan di kepala dan tangan," katanya. Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat. "Mangsa yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000 - SUN - 21/03 5:55 pm

KOTA KINABALU : Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas. Insp Liffindy Zubin, 45, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Jason Juga

melalui pindahan wang daripada akaun bank milik individu berkenaan ke akaun bank atas namanya, sebagai balasan untuk melindungi perniagaan syarikat Tang Buan Seng Credit Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di daerah Tuaran antara 24 Dis dan 23 Nov 2021. Inspektor polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Jason Juga membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan, dengan syarat melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan dua bulan sekali serta menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah. Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Sabrina Ali manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye. Semalam beberapa media melaporkan SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup wang berlesen, sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat itu. -Bernama





Kanak-kanak maut dalam perjalanan solat tarawih - Sinarharian - 21/03 5:49 pm

KUALA NERUS - Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, di sini malam Rabu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu meragut nyawa Muhammad Wafiyuddin Adam, 11

awal mendapati ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan sebelum datang sebuah lagi kereta dari laluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta tersebut. "Kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis. Jelas Wan Mohd Zaki, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.38 malam ketika dihantar ke sebuah klinik oleh orang awam. Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Polis meminta kepada mana-mana saksi awal yang melihat kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya. Kejadian menimpa kanak-kanak Tahun Lima itu tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi sejak malam Rabu. Menurut sumber daripada keluarga mangsa, nahas itu berlaku ketika mangsa lima beranak dalam perjalanan menunaikan solat tarawih. Kejadian menimpa kanak-kanak itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa. Mohd Shafizi turut menunaikan solat jenazah dan menghadiri urusan pengebumian mangsa di Tanah Perkuburan Islam Mengabang Telong, Batu Rakit pada Khamis.





Pengawal keselamatan jujur, serah wang setengah juta kepada polis - Sinarharian - 21/03 5:24 pm

Difahamkan, bagasi berkenaan ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan sebelum memaklumkan kepada pengurusan pusat beli-belah. Pada Khamis, dalam satu sidang akhbar, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan laporan diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya

keselamatan dan rakan setugasnya itu sangat hebat, sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada pihak polis untuk tindakan mengesan pemilik. "Pihak polis agensi bertanggungjawab untuk selesaikan kes ini sebaiknya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sekitar pusat beli-belah pada Khamis. Tinjauan Sinar Harian di kawasan parkir pusat beli-belah terbabit mendapati setiap tingkat terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas. Suasana di pusat beli-belah yang menempatkan pelbagai premis makanan, pakaian, aksesori wanita dan pawagam itu juga kelihatan tenang dengan suasana selesa. Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penemuan wang tunai terbabit, sebaliknya menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis. Difahamkan, bagasi berkenaan ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan sebelum memaklumkan kepada pengurusan pusat beli-belah. Pada Khamis, dalam satu sidang akhbar, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan laporan diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Pemeriksaan pada beg bagasi warna merah jambu dan putih bersaiz sederhana itu didapati berisi nota wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.





Gelap mata dijanjikan untung tinggi, warga emas rugi RM3.5 juta - Sinarharian - 21/03 5:19 pm

NILAI - Seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata selepas ditipu scammer pelaburan yang mengakibatkannya kerugian RM3.5 juta Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan Balai Polis Nilai telah terima aduan daripada mangsa berusia 60-an pada Rabu

terpedaya telah membuat 60 transaksi berjumlah keseluruhan RM3,460,000 ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Menurutnya, mangsa menyedari ditipu setelah membuat semakan ke atas laman web pelaburan tersebut dan didapati ia tidak wujud. Tambah beliau, bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut. "Polis menasihatkan orang awam agar membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan RM4,000 - Sinarharian - 21/03 5:11 pm

KOTA KINABALU - Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas. Inspektor Liffindy Zubin, 45, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Jason Juga

individu melalui pindahan wang daripada akaun bank milik individu berkenaan ke akaun bank atas namanya, sebagai balasan untuk melindungi perniagaan syarikat Tang Buan Seng Credit Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di daerah Tuaran antara 24 Dis dan 23 Nov 2021. Inspektor polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Jason Juga membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan, dengan syarat melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan dua bulan sekali serta menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah. Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Sabrina Ali manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye. Semalam beberapa media melaporkan SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup wang berlesen, sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat itu. - Bernama





Langgar suspek samun, polis tahan dua lelaki bantu siasatan - Sinarharian - 21/03 5:07 pm

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang cuba disamun di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan secara berasingan di Mergong dan Jitra pada hari kejadian

Keseksaan. "Mangsa yang menyebabkan kematian suspek turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan direman empat hari sehingga Sabtu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis. Dalam kejadian pada Selasa jam 6.39 pagi itu, mangsa memecut kereta dipandunya akibat ketakutan selepas cermin kereta hadapannya pecah akibat dipukul salah seorang suspek yang cuba menyamun. Ketika cubaan melepaskan diri, mangsa melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang keretanya di hadapan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pemandu rugi lebih RM11,000 diperdaya 'rakan lama' - Sinarharian - 21/03 4:53 pm

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia lingkungan 50-an itu menerima panggilan daripada lelaki berkenaan pada Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek telah memperkenalkan diri sebagai rakan lama mangsa dan menyatakan telah kehilangan telefon bimbitnya

bagi tujuan membaiki rumah. "Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju untuk memberikan bantuan dan membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM11,600 ke satu akaun bank tempatan yang diberikan oleh suspek,??? kata Zulkipli dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, mangsa berasa curiga dan menyedari dirinya telah diperdaya oleh suspek apabila panggilannya ke telefon bimbit itu disekat setelah kesemua pindahan wang itu selesai. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama. Zulkipli sehubungan itu menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada panggilan atau mesej pinjaman wang yang diterima daripada rakan atau kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain. Beliau mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan menghubungi rakan atau kenalan berkenaan bagi tujuan pengesahan sebelum membuat apa-apa pindahan wang. "Rujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM atau membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang URL. katanya. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Dakwaan liwat: Pemuda UMNO Johor tunggu siasatan selesai - Sinarharian - 21/03 4:24 pm

Pada Rabu, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an semalam bagi membantu siasatan

sebagai ahli. "Jadi, buat masa ini kita biarkan proses undang-undang itu berjalan (menunggu polis melengkapkan siasatan dan dibicarakan). "Selagi dia tidak didapati bersalah atau dia sendiri mengaku bersalah, status keahliannya masih kekal, melainkan individu tersebut tidak mahu mengheret parti dan dengan sendirinya memilih untuk letak jawatan secara sukarela," ujarnya. Pada Rabu, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an semalam bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya selama tiga hari bermula Selasa berakhir pada Khamis. Mengulas lanjut, sayap parti itu tidak boleh mengambil tindakan sebarangan walaupun mempunyai beberapa opsyen terhadap individu terpalit kes itu. "Semua hal berkaitan keahlian akan mengikut lunas-lunas perlembagaan dalam parti," ujarnya.





Pura-pura beli barang sebelum larikan telefon bimbit pekerja kedai runcit - Sinarharian - 21/03 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit dekat Pekan Sungai Besi di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam ketika suspek datang ke kedai runcit berkenaan kononnya untuk membeli barang

telefon bimbit yang sedang dicaj di atas meja. "Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Tambah beliau, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. "Suspek berumur 39 tahun itu direman tiga hari untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. Pada Khamis, tular video memaparkan seorang lelaki dikerumuni sekumpulan individu selepas didakwa mencuri telefon bimbit dalam kejadian berhadapan sebuah kedai di sini. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Isham gesa polis siasat isu perolehan saham Farhash Mac 21, 2024 3:04 .. - Mnow - 21/03 3:42 pm

"Kita rakyat pun nak tahu sebab libatkan kontrak kerajaan yang besar dan saya buat laporan tadi projek ini (bernilai) RM1 bilion. "Ini melibatkan dana awam, ini melibatkan kita semua," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur

disenaraipendek untuk menerima kontrak pembangunan sistem imigresen. Isham berkata laporannya bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa atas kebimbangan pelanggaran dalam perolehan kerajaan dan penggubahan wang. Isham berkata beliau akan juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti dalam masa terdekat. Katanya, pihak berkuasa mempunyai kapasiti untuk menyiasat dan mencari bukti-bukti yang diperlukan. Ujarnya lagi, sebelum ini beberapa kes komersial melibatkan pemimpin pembangkang disiasat meskipun tiada laporan yang dibuat. "Jadi kali ni saya ingat kerajaan bukan sahaja perlu siasat individu dalam pembangkang, individu dalam kerajaan pun perlu lakukan siasatan juga. "Terutamanya individu yang rapat dengan kerajaan. Mereka ini boleh mempengaruhi dasar ataupun keputusan kerajaan," kata Isham. Sebelum ini, Farhash mengancam untuk menyaman Isham sekiranya tidak menarik balik sebuah video Tik Tok di mana bekas ketua penerangan Umno itu mengulas pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu, sebuah syarikat yang berpeluang mendapat kontrak membangunkan sistem imigresen baru. Syarikat itu baru-baru ini disambung kontrak penyelenggaraan sistem imigresen yang sedia ada dengan nilai RM13.1 juta. Isham berkata, adalah lebih baik Farhash menjawab persoalan menyelubungi perolehan sahamnya daripada "membuang masa" menghantar surat tuntutan. "Rakyat tanya, mana awak dapat duit ni (beli saham)? Senang, jawab sahajalah. "Kita rakyat pun nak tahu sebab libatkan kontrak kerajaan yang besar dan saya buat laporan tadi projek ini (bernilai) RM1 bilion. "Ini melibatkan dana awam, ini melibatkan kita semua," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Farhash Wafa Salvador, pemimpin PKR berusia 41 tahun yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar, muncul sebagai pemegang saham besar dalam HeiTech Padu Bhd dengan pegangan 15.91% melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd. Menurutnya, Rosetta Partners adalah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yangdimiliki bersama Sultan Muhammad V Kelantan. Pembelian dalam HeiTech Padu dibuat sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac. Pada hari yang sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk mengekalkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta. Susulan kritikan pelbagai pihak yang bimbang dengan amalan kronisme, Farhash menjelaskan beliau tidak lagi terlibat dalam politik. Isham bagaimanapun mempersoalkan Farhash, dengan berkata ia tidak bermakna beliau tidak mempunyai pengaruh terhadap polisi dan perolehan kerajaan. "Dalam politik, pengaruh itu kadang-kadang lebih penting daripada jawatan rasmi," katanya. Tambahnya lagi, sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim benar-benar serius dalam mengamalkan tatakelola, beliau perlu memandang serius kepada perkara tersebut. Ini kerana katanya, Anwar bukan sahaja perdana menteri bahkan juga menteri kewangan. "Kalau dia tak respon atau buat tidak tahu, rakyat akan persoal sama ada ianya tatakelola atau 'tatakelaut," kata Isham.





Wanita maut kereta terbabas langgar treler tepi jalan - Sinarharian - 21/03 3:19 pm

Dalam nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Noor Habibi Hamid, 55 beralamat dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Umar Abdul Azizi, 24 cedera di kepala manakala seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19 patah lengan dan luka di bahagian kaki

cedera di kepala manakala seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19 patah lengan dan luka di bahagian kaki. Menurutnya, pemandu treler, Zambri Mat Yunus, 46, tidak mengalami sebarang kecederaan. "Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa yang dipandu anak saudaranya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Merapoh. "Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebuah treler membawa muatan air minuman yang diparkir di tepi jalan kerana pemandunya berhenti rehat," katanya melalui kenyataan pada Khamis. Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.





Model sambilan tikam mati teman lelaki didakwa esok - Mgazette - 21/03 3:06 pm

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, polis sudah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek yang berusia 26 tahun itu





Mat rempit tak sempat ke kedai makan - Sinarharian - 21/03 2:29 pm

Katanya, polis telah menyita kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC terbabit. "Kesemua tangkapan dan sitaan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya

penunggang motosikal terbabit dikesan melakukan aksi 'superman' dan bersaing sesama sendiri. "Soal siasat awal mendapati kesemua lelaki berusia 18 hingga 35 tahun itu merupakan kenalan rapat yang menetap di sekitar Rawang, Selangor. "Mereka melakukan aksi semasa dalam perjalanan ke kedai makan terletak di bandar Senawang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Beliau berkata, polis turut mengeluarkan 25 saman atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, tiada nombor pendataran, tiada cermin sisi, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos. Katanya, polis telah menyita kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC terbabit. "Kesemua tangkapan dan sitaan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. Tambah Mohd Azman, JSPT mengingatkan penunggang motosikal supaya memastikan undang-undang serta peraturan lalu lintas dipatuhi dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti samseng jalanan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tiga bulan kena pukul - Sinarharian - 21/03 2:22 pm

NILAI - Seorang pelatih lelaki di sebuah pusat pemulihan dadah di sini mengalami kecederaan di seluruh anggota badan akibat dipukul oleh pekerja pusat tersebut sejak tiga bulan lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, laporan polis mengenai kejadian itu diterima daripada seorang wanita pada Selasa lalu jam 6.58 petang menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada di pusat berkenaan

mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah tersebut kira-kira tiga bulan yang lalu. "Mangsa mengalami kecederaan di seluruh anggota badan dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Ujarnya, susulan daripada kejadian ini, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki berusia 25 dan 48 tahun pada Rabu, yang merupakan pekerja sukarelawan pusat pemulihan dadah swasta tersebut untuk siasatan. "Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis dan telah diluluskan selama empat hari sehingga Ahad ini. "Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Polis lumpuhkan sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah - SUN - 21/03 2:10 pm

Ia dianggarkan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengahan tahun lepas, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini

menjalankan risikan selama hampir empat bulan. Beliau berkata susulan soal siasat, pihak JSJN kemudiannya melakukan satu lagi serbuan pada hari sama ke atas sebuah kondominium mewah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah, dan merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis. Dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 332.443kg, pil ekstasi 15.7kg, pil erimin 5 seberat 8.1 kg dan 6.07kg serbuk MDMA. Ia dianggarkan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengahan tahun lepas, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini. Kedua-dua keldai dadah ini bertindak sebagai penjaga stor penyimpanan dadah, sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier, dan mereka diberikan komisen sekitar RM2,000 hingga RM3,000. Khaw berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan JSJN telah menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket ini, yang dianggarkan bernilai RM38,000, katanya. Beliau berkata pihak JSJN sedang berusaha mengesan anggota rangkaian sindiket ini yang masih bebas terutama dalang utama, dan orang ramai yang maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurkannya kepada polis dengan menelefon hotline JSJN di talian -2087222 bagi membantu siasatan.





Beli saham RM40 juta: Isham gesa Farhash disiasat - Sinarharian - 21/03 1:59 pm

"Saya khuatir sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang dalam urus niaga tersebut. "Ini termasuk pelanggaran Seksyen 188 Akta Pasaran Modal berkenaan maklumat dalaman atau unsur mempengaruhi proses perolehan kerajaan atau mungkin bercanggah dengan Seksyen Bahagian IV Akta SPRM atau mana-mana akta perolehan kerajaan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis

disebabkan projek berkaitan menggunakan dana kerajaan atau dana awam yang besar. "Farhash pula merupakan individu berprofil tinggi yang mempunyai kaitan dengan ahli politik dalam kerajaan. "Saya khuatir sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang dalam urus niaga tersebut. "Ini termasuk pelanggaran Seksyen 188 Akta Pasaran Modal berkenaan maklumat dalaman atau unsur mempengaruhi proses perolehan kerajaan atau mungkin bercanggah dengan Seksyen Bahagian IV Akta SPRM atau mana-mana akta perolehan kerajaan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis. Katanya, laporan polis dibuat kerana mahu melihat negara bersih daripada gejala rasuah dan kronisme ke arah tatakelola lebih baik. "Dengan laporan ini diharap PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti dapat memulakan siasatan untuk menegakkan undang-undang. "Selepas ini, saya akan ke SPRM dan menulis surat rasmi kepada Suruhanjaya Sekuriti berkaitan Akta Pasaran Modal berkenaan isu sama," katanya. Isham pada sama turut mempersoalkan berkaitan perolehan wang RM40 juta untuk pembelian unit saham berkenaan. Beliau berharap, Perdana Menteri yang sering menekankan aspek tatakelola dapat memberikan perhatian kepada isu ini kerana membabitkan projek kerajaan bernilai RM1 bilion. "Syarikat terbabit merupakan antara tiga syarikat yang telah disenarai pendek untuk kontrak kerajaan yang sahamnya telah dibeli individu yang dikenali. "Ini aspek tatakelola yang perlu diberikan perhatian dan harap diberikan maklum balas kerana menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat," katanya.




News Buzz     >>



As many Malaysia school canteens shut during Ramadan, .. - Straitstimes
As many Malaysia school canteens shut during Ramadan, Anwar's govt pushes back against conservatives ?? The Straits Times
News Maker     >>



After Australia, Malaysia rejects offer to host .. - Thebridge
After Australia, Malaysia rejects offer to host Commonwealth Games in 2026 ?? The Bridge
World     >>



Gunmen kill more than 60 in concert attack near .. - Malaymail
Gunmen kill more than 60 in concert attack near Moscow, Islamic State claims responsibility ?? Malay Mail 60 dead, 145 injured in Russian concert attack claimed by ISIS ?? Fox News Moscow concert hall attack live news: At least 60 killed, 145 injured ?? Al Jazeera English ISIS claims responsibility ..
Business     >>



Numbers drawn for $977 million Mega Millions jackpot .. - CNN
Numbers drawn for $977 million Mega Millions jackpot Friday ?? CNN Mega Millions jackpot climbs to an estimated $1.1 billion after no grand prize winner Friday ?? WRAL News No winner for Mega Millions as jackpot for next drawing now over $1.1 billion ?? ABC News Mega Millions jackpot is nearly ..
Tech     >>



GTA 6 development hits roadblock: Release possibly .. - Hindustantimes
GTA 6 development hits roadblock: Release possibly pushed to 2026, here???s why: Report ?? Hindustan Times GTA 6 Delay Possible As Rockstar Pushes Staff Back To Office ?? Kotaku 'Grand Theft Auto' Maker Rockstar Games Asks Workers to Return to Office Five Days a Week ?? Bloomberg Rumor: GTA 6 ..
Tech Hack     >>



Prince Harry seeks expansion of Rupert Murdoch lawsuit .. - Washingtonpost
Prince Harry seeks expansion of Rupert Murdoch lawsuit ?? The Washington Post
Wireless Mobile     >>



Green bubbles, Apple Pay and other reasons why America .. - CNN
Green bubbles, Apple Pay and other reasons why America says Apple is breaking the law ?? CNN
News Security     >>



Kate Middleton confesses cancer diagnosis in light of .. - NewsCom
Kate Middleton confesses cancer diagnosis in light of data breach ?? The News International
Google Future     >>



Fahmi: Google Disabled Currency Converter Widget For .. - Worldofbuzz
Fahmi: Google Disabled Currency Converter Widget For MYR to Address Technical Issues ?? WORLD OF BUZZ
Automotive Future     >>



Volkswagen Partners With Mobileye For Level 4 .. - Carandbike
Volkswagen Partners With Mobileye For Level 4 Autonomous Vehicles ?? carandbike