| /// |
|
| Search : Kampung Lubuk Gaharu News | Page 1 |
|
Kebakaran di Kampung Cina tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat - Polis Kelantan - Sinarharian - 8/06 11:52 pm KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan kebakaran besar yang memusnahkan 27 buah rumah di Kampung Cina, Gok Kapur di sini pada Isnin tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal yang dijalankan setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara berkaitan.Menurut beliau, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan oleh pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran."Kebakaran melibatkan 27 buah rumah separuh kayu dan separuh batu dalam kawasan seluas kira-kira 2.43 hektar dengan tahap kemusnahan yang berbeza-beza."Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan dan sedang dalam proses penilaian oleh pihak berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ujar beliau, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari.Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, asap dan api mula dikesan sekitar jam 12 tengah hari sebelum merebak dengan pantas disebabkan kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain.Tambah beliau, pasukan JBPM yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari tiba di lokasi enam minit kemudian sebelum berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.30 petang."Operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Kota Bharu dan Tunjong serta pasukan bomba sukarela dengan kekuatan keseluruhan 38 pegawai dan anggota."Mereka dibantu empat jentera bomba, dua jentera tangki air, lima motosikal bomba dan sebuah van Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS)," katanya.Mohd Yusoff memberitahu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemadaman serta menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan kebakaran di kediaman masing-masing."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Bekas ADUN Pengkalan Kundor Mohd Jamil ditemukan lemas - Mygazette - 8/06 10:22 pm # Bekas ADUN Pengkalan Kundor Mohd Jamil ditemukan lemas KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, ditemukan mati lemas dalam sungai berhampiran Kampung Teluk Bagan, Alor Setar |
|
Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori kes 6 sekeluarga maut - Mygazette - 8/06 10:22 pm # Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori kes 6 sekeluarga maut SUNGAI PETANI - Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal dekat sini semalam |
|
Warga emas pertaruh nyawa selamatkan 8 cucu, anak dalam kebakaran - Sinarharian - 8/06 10:02 pm SIBU - Seorang warga emas mempertaruhkan nyawa menyelamatkan lapan cucu serta seorang anak lelakinya apabila rumah keluarga mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jeriah Abang Ramli, Jalan Oya Lama, di sini, pagi semalam.Mengimbau detik cemas itu, Umar Sidee, 66, berkata, ketika kejadian beliau bersama isterinya sedang membersihkan kebun yang terletak kira-kira enam meter dari rumah dua tingkat berstruktur tidak kekal yang didiami 19 anggota keluarga daripada tiga keluarga adik-beradik.Beliau berkata, lapan cucunya yang berusia antara empat hingga 14 tahun ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu tingkat bawah, manakala seorang anak lelakinya berusia lingkungan 20-an sedang tidur di bilik di tingkat atas."Isteri saya tiba-tiba menjerit memberitahu rumah kami terbakar |
|
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera - Mypress - 8/06 7:41 pm TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)… |
|
Dr Izani redah asap temui sendiri mangsa kebakaran - Harakahdaily - 8/06 7:24 pm KOTA BHARU: Seramai 130 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam insiden kebakaran besar sekitar jam 12.30 tengah hari membabitkan 15 rumah di Kampung Gok Kapur, di sini hari ini |
|
'Mereka nak ziarah pusara ayah, kini disemadi bersama' - Waris nahas enam maut - Sinarharian - 8/06 6:55 pm SUNGAI PETANI - Kemalangan ngeri yang meragut enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal meninggalkan kesan mendalam buat seorang wanita, Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 40.Dia bukan sahaja kehilangan anak lelakinya, Iskandar Arfan Ibrahim, 7, tetapi juga ibu, Nora Mhd Husin, 55, dua adik, Ahmad Shafiq, 29 dan Ahmad Fahim, 21, serta isteri Ahmad Shafiq iaitu Jamaliah Sannusi, 29, serta anak mereka, Ahmad Mikail berusia dua bulan.Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera iaitu anak Ahmad Shafiq iaitu Aulia Sofea, 3, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.Menurut Siti Nur Atikah, sebagai kakak sulung, dia reda dengan tragedi itu walaupun pernah merasai peritnya kehilangan bapa, Ahmad Shukri Osman pada 2 Februari 2024.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga maut nahas: Jenazah selesai bedah siasat, dibawa ke Masjid Al AbidiEnam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah"Sekelip mata saya hilang anak, ibu dan dua adik serta anak buah yang kesemua kami amat rapat dan sering berhubungan walaupun sering berjumpa."Semalam mereka dalam perjalanan menziarahi kubur arwah ayah di sini dan tak sangka hari ini mereka turut dikebumikan di sini tidak jauh dari kubur ayah," katanya.Siti Nur Atikah ditemui selepas selesai pengebumian ibu, dua adik, ipar dan anak saudaranya di Masjid Al-Abidi, Merbok di sini pada Isnin.Kesemua lima ahli keluarga itu dikebumikan dalam satu liang lahad.Terdahulu, anaknya, Iskandar Arfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga di Pulau Pinang pada awal pagi Isnin.Menurutnya, perasaan tidak sedap hati sejak beberapa bulan lalu seolah-olah berasakan bakal kehilangan anaknya dalam kemalangan jalan raya, menjadi kenyataan."Arwah suka bercakap dan bergurau serta manja dengan semua orang |
|
Two of three sites in Kg Tinagat fail MCMC broadband quality tests - BorneoPost - 8/06 6:23 pm TAWAU (June 8): Two of the three locations tested under the Wireless Broadband Access Service (WBAS) assessment in Kampung Tinagat here failed to meet the mandatory standards set by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) |
|
MCMC orders telcos to fix poor mobile coverage in Sabahs Kampung Tinagat - Malaymail - 8/06 6:19 pm TAWAU, June 8 The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has directed telecommunications serv... |
|
27 rumah musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa di Kampung Cina - Sinarharian - 8/06 6:16 pm KOTA BHARU Sebanyak 27 rumah kediaman jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa yang berlaku di Kampung Cina di sini pada tengah hari Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.Terdahulu laporan awal mendakwa sebanyak 10 rumah musnah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata, hasil pemeriksaan mendapati jumlah keseluruhan kediaman yang terlibat ialah 27 buah daripada 45 rumah."18 rumah terselamat daripada hangus," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Datuk Dr Izani Husin berkata, seramai 130 mangsa telah terlibat dalam musibah berkenaan."Saya terus turun meninjau lokasi kejadian dan bertemu sendiri dengan mangsa-mangsa yang terlibat."Bagi membantu meringankan beban mangsa, kita membuka Tabung Kecemasan Kebakaran Gok Kapur dengan kadar segera," katanya.Beliau menyeru kepada semua yang berkemampuan agar sama-sama menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. |
|
What we know about the Sungai Petani crash that killed six family members in a brand-new Proton X50 - Sinardaily - 8/06 5:18 pm SHAH ALAM - A family outing turned into a devastating tragedy on Sunday when a Proton X50 carrying seven members of the same family collided head-on with a 10-tonne lorry in Kedah, killing six of them instantly |
|
Gempa Mindanao: APM digerak pantau kawasan di Sandakan, situasi terkawal - Ahmad Zahid - Sinarharian - 8/06 5:12 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi memantau kawasan pesisir pantai di daerah Sandakan, Sabah sebagai langkah siap siaga susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah Mindanao, Filipina, pagi tadi.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan pemantauan melibatkan Taman Harmoni, Kampung Forest, Sim-Sim, Pusat Bandar Sandakan dan Pasir Putih.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, hasil pemantauan setakat ini mendapati keadaan di lokasi terlibat selamat dan terkawal tanpa sebarang kejadian luar biasa."Saya mengambil maklum gegaran yang turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah serta amaran awal tsunami yang telah dikeluarkan oleh MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia)sebelum ini."Alhamdulillah, amaran itu kini telah ditamatkan |
|
Beberapa Rumah Hangus DijIlat Api Dalam Kebakaran Di Kampung Cina - Siakapkeli - 8/06 5:00 pm Beberapa Rumah Hangus DijIlat Api Dalam Kebakaran Di Kampung Cina KOTA BHARU -- Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Jalan Kampung Cina tengah hari tadi. |
|
Court rejects remand application for lorry driver in fatal Sungai Petani crash - Sinardaily - 8/06 4:49 pm SUNGAI PETANI - The Magistrates Court here today rejected a remand application by police against the lorry driver involved in a crash that claimed six lives in Kampung Baru Pinang Tunggal yesterday.Magistrate Mohamad Azlan Basri allowed the 49-year-old man to be released today following his arrest immediately after the incident.Kedah police chief Datuk Adzli Abu Shah said yesterday that the man was being detained for investigation under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.He also said the man tested negative for drugs, while checks found that he had seven summonses, with four still unsettled.Adzli said that the man had a valid driving licence and was driving the lorry at 60 kilometres per hour at the time of the incident.In the 3.50pm incident, a family of six, including a baby, died while a three-year-old girl was seriously injured.All the victims were travelling in a Proton X50 sports utility vehicle which collided with a soil-laden lorry while travelling from Penang to Merbok, here |
|
Ramai Dah Boleh Mula Rancang Percutian! Ini Senarai Lengkap Cuti Umum & Cuti Penggal Kedua 2026 - Siraplimau - 8/06 4:26 pm Memasuki separuh kedua tahun 2026, ramai yang mula menyusun jadual percutian melalui cuti penggal kedua untuk merancang pulang ke kampung atau mengambil peluang untuk berehat selepas tempoh bekerja dan belajar yang panjang |
|
Police: Threeyearold girl injured in Sungai Petani crash reported stable, still receiving treatment - Malaymail - 8/06 4:16 pm SUNGAI PETANI, June 8 The three-year-old girl injured in yesterdays crash at Kampung Baru Pinang Tunggal... |
|
Jaslinda loses nearly 10kg after days lost in jungle - Sinardaily - 8/06 4:12 pm But as everyone can see, there is a noticeable difference between how she looked when she went hiking and when she was found.I would say it could be close to 10kg, he told reporters when met at Tapah Hospital on Monday.Also present were Perak Human Resources, Health, Indian Community Affairs and National Integration Exco Datuk A Sivanesan and Perak Communications, Multimedia and Non-Governmental Organisations (NGO) Exco Mohd Azlan Helmi.Dr Wan Immi said Jaslinda, who was brought to Tapah Hospital at 9.26pm last Saturday by the Emergency Medical Rescue Service (EMRS) of the Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM), was now showing very positive signs of recovery.He said the patient was still receiving treatment in the hospitals womens ward, but her condition was increasingly stable and improving from day to day.She sustained several wounds on her body from being in the jungle for so long, as well as injuries to her leg. Her leg is in a cast, though not a full cast.The progress she is showing is very positive and she is also happy to be reunited with her family, he said.Dr Wan Immi said Jaslinda was also displaying a strong will to recover, which was helping to speed up the recovery process.On a related development, he said the hospital expected Jaslinda to be allowed to return home within a few days, provided there were no complications or changes to her health condition.He said examinations also found no head or brain injuries, despite the patient reporting that she had fallen several times while in the jungle.In the early stages of treatment, she told us she had fallen nearly five metres into a ravine, which caused her to lose her bearings.However, the results of the examinations and screenings conducted found no head or brain injuries, only external wounds, he said.On Saturday, media reported that Jaslinda was found safe in Kampung Lubuk Gaharu near Pos Musoh here.Her discovery was relayed by the local Orang Asli community to the authorities before she was taken to Tapah Hospital for further treatment.Earlier, Jaslinda was reported to have joined the Trans Spencer Chapman hike with 13 others and two mountain guides, setting off at 2am on May 23 via the Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh route.Jaslinda and fellow hiker Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health problems and fell behind the group.She was reported to have continued on alone to the mountain summit before she was last seen by a mountain guide at 7.30am on May 24. |
|
MP announces RM410,000 for development projects in Padawan village - BorneoPost - 8/06 3:20 pm KUCHING (June 8): Puncak Borneo MP Datuk Willie Mongin has announced a total allocation of RM410,000 for development projects and community activities in Kampung Emperoh Jambu, in Padawan near here |
|
Bunuh guna pedang: Lima lelaki termasuk dua beradik kekal dipenjara 36 tahun, 12 sebatan - Sinarharian - 8/06 2:40 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan terhadap lima lelaki termasuk dua pasangan adik-beradik kerana membunuh seorang lelaki dengan menetaknya dengan pedang.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid sebulat suara menolak rayuan kesemua perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 9 Mei 2024.Mereka ialah Aizz Amidie Aziz, 32, dan pasangan adik-beradik Mohd Rizalman Awang, 36, dan abangnya Zahaman Fairol, 39, serta Mohd Uwais Mat Nawi, 31, dan adiknya Mohd Hafify, 30Kelima-lima tertuduh didapati bersalah membunuh Mohd Shahrulanuar Dek Der, 22, di kawasan paya di tanah lapang Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut antara 4.40 petang hingga 8.30 malam pada 21 Jun 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Hakim Azman dalam penghakimannya berkata rayuan kesemua perayu tidak mempunyai merit dan mahkamah mendapati keterangan saksi pendakwaan termasuk saksi terlindung bahawa kesemua perayu telah menetak si mati adalah konsisten.Beliau berkata, saksi terlindung pertama yang merupakan saksi mata yang bersembunyi dalam semak-samun semasa kejadian itu berlaku telah menjelaskan secara terperinci apa terjadi."Keengganan saksi itu untuk menjawab beberapa soalan yang dikhuatiri mendedahkan identitinya sama sekali tidak menjejaskan kes pendakwaan |
|
Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq - Sinarharian - 8/06 2:33 pm SUNGAI PETANI Polis membetulkan maklumat berhubung identiti pemandu Proton X50 yang terlibat dalam nahas mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini pada Ahad.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pemandu kenderaan itu ialah Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21, dan bukan abangnya, Lans Koperal Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, seperti dilaporkan sebelum ini.Menurutnya, berlaku kekhilafan dalam maklumat awal yang diterima pihaknya yang diperoleh daripada pihak bomba sebelum siasatan lanjut dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga maut nahas: Jenazah selesai bedah siasat, dibawa ke Masjid Al AbidiEnam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah"Pada awalnya, polis dimaklumkan oleh bomba bahawa anggota kita (polis) yang memandu, namun pada pagi ini disahkan bahawa adiknya yang memandu."Terdapat kekhilafan dalam maklumat yang diterima itu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang pada Ahad, enam ahli keluarga maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas Proton X50 yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanah.Mangsa yang terkorban ialah Ahmad Shafiq; isterinya, Jamaliah Sannusi, 29; bayi mereka, Ahmad Mikail Ahmad Syafiq yang berusia dua bulan; ibu Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55; adiknya, Ahmad Fahim serta anak saudaranya, Iskandar Affan Ibrahim, 7.Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3, yang merupakan anak kepada Ahmad Shafiq, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan sedang menerima rawatan di hospital.Adzli berkata, Ahmad Fahim yang maut dalam nahas itu juga merupakan pemilik Proton X50 terbabit.Difahamkan, kenderaan tersebut baru sahaja diambil dari pusat jualan pada pagi hari kejadian.Menurut maklumat awal, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Merbok untuk menziarahi kubur bapa Ahmad Shafiq sebelum tragedi itu berlaku. |
|
Polis buru suspek curi beg penuntut ketika solat di masjid - Sinarharian - 8/06 1:55 pm ALOR GAJAH - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti ketika mangsa sedang menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Kampung Jelatang di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang di ruang solat wanita Masjid Ar-Rasyidin.Menurutnya, mangsa berusia 19 tahun ketika itu sedang solat bersendirian dan meletakkan beg yang mengandungi dokumen serta barangan peribadi di hadapan sejadah."Ketika bangun daripada sujud, mangsa ternampak seorang lelaki tidak dikenali memakai baju-T berwarna biru dan berseluar pendek hitam berada di hadapannya sebelum bertindak mengambil beg berkenaan."Suspek kemudian melarikan diri melalui pintu belakang ruang solat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada jam 6.24 petang hari yang sama."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan."Identiti suspek telah dikenal pasti dan polis kini sedang giat mengesan serta memburunya bagi membantu siasatan," katanya.Katanya, orang ramai dinasihat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian 06-556 2222 di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Polis sahkan Ahmad Fahim pandu kereta Proton X50 - Hmetro - 8/06 1:28 pm Sungai Petani: Polis mengesahkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini semalam adalah Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21 |
|
Hampir 24 jam hilang dalam kebun getah, wanita OKU ditemukan selamat - Sinarharian - 8/06 12:36 am KUALA KRAI - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang ketika keluar menoreh getah di Kampung Lubok Simpol, Seri Rahmad di sini pada Ahad ditemukan selamat selepas hampir 24 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada Isnin.Mangsa, Mazlina Abdullah, 37, ditemui pada jam 11.15 pagi oleh pasukan SAR kira-kira 500 meter dari kediamannya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.53 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota digerakkan ke lokasi.Menurut beliau, mangsa dipercayai keluar ke kebun getah bersama tiga individu lain pada pagi Ahad namun gagal pulang ke rumah sehingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga."Anggota operasi yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi mengesahkan terdapat kejadian orang hilang di kawasan kebun getah."Maklumat awal yang diterima daripada keluarga mendapati mangsa yang merupakan seorang OKU lembam tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun getah sejak pagi Ahad," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Beliau memberitahu, operasi SAR melibatkan anggota BBP Kuala Krai dengan bantuan beberapa agensi serta penduduk setempat.Ujarnya, hasil pencarian yang dijalankan, mangsa akhirnya berjaya ditemukan kira-kira 500 meter dari rumahnya."Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan sihat sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk pemeriksaan lanjut," katanya.Beliau memberitahu, operasi yang bermula pada sebelah pagi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. |
|
Polis selesai rakam keterangan Jaslinda - Sinarharian - 8/06 12:30 am IPOH - Polis telah selesai merakam keterangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat pada Sabtu lepas, setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, dekat Tapah.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, rakaman percakapan itu dibuat di Hospital Tapah semalam bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya sebelum ini."Kami juga telah merekodkan keterangan penduduk Orang Asli yang menemui mangsa dalam kejadian itu," katanya kepada Bernama hari ini.Abdul Malik bagaimanapun berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada ahli keluarga selepas penemuan mangsa di Kampung Lubuk Gaharu, Tapah.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' JaslindaJaslinda kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Tapah akibat kecederaan pada buku lali kiri serta beberapa kecederaan lain.Sabtu lepas, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh kira-kira jam 5 petang oleh beberapa penduduk Orang Asli.Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan.- Bernama |
|
Plastik pun belum buka ketika Proton X50 terbabit kemalangan - Hmetro - 8/06 12:13 am Alor Setar: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, baharu beberapa jam diambil dari sebuah pusat jualan di Juru, Pulau Pinang pagi semalam, malah plastik balut kerusi juga belum dibuka |
|
Nahas enam maut: Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad - Sinarharian - 8/06 12:00 am SUNGAI PETANI - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dengan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini, selamat dikebumikan sekitar jam 10 pagi.Kesemua jenazah iaitu Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, isterinya Jamaliah Sannusi, 29, bayi mereka Ahmad Mikail Ahmad Shukri, dua bulan, ibu kepada Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55, serta adiknya Ahmad Fahim Ahmad Sukri, 21, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al Abidi, Merbok.Mereka dikebumikan berhampiran pusara arwah bapa Ahmad Shafiq, Ahmad Shukri Osman yang juga suami kepada Nora yang meninggal dunia pada Februari 2024.Upacara pengebumian turut dihadiri lebih 300 ahli keluarga, saudara mara serta anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, termasuk Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan.Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak-anak Allahyarham Nora gagal menahan sebak ketika menyiram air di pusara ibu mereka.Dalam kejadian itu, seorang lagi anak Ahmad Shafiq, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat kecederaan parah.Seorang lagi kanak-kanak, Iskandar Arfan Ibrahim, 7, yang turut terkorban dibawa pulang ke Penaga, Pulau Pinang dandikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang sekitar jam 2 pagi.Terdahulu, jenazah lima sekeluarga itu tiba dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ke Masjid Al Abidi, Merbok sekitar jam 9 pagi sebelum disembahyangkan dan dikebumikan.Dalam kejadianjam 3.45 petang Ahad, kesemua mangsa menaiki kereta baharu milik Ahmad Fahimdalam perjalanan menuju ke Merbok untuk menziarahi pusara Ahmad Shukri sebelum terlibat kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN:Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah |
|
Tragedi 6 sekeluarga maut nahas: Permohonan reman ke atas pemandu lori ditolak mahkamah - Sinarharian - 8/06 10:51 am SUNGAI PETANI Permohonan reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal pada Ahad ditolak Mahkamah Majistret 3 di sini.Permohonan reman itu ditolak oleh Majistret Mohamad Azlan Basri terhadap lelaki berusia 49 tahun berkenaan yang ditahan sejurus selepas kejadian kemalangan.Siasatan kes kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga maut nahas: Jenazah selesai bedah siasat, dibawa ke Masjid Al AbidiEnam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis KedahKetua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah sebelum ini memaklumkan bahawa saringan ujian air kencing terhadap pemandu itu didapati negatif dadah.Bagaimanapun, semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai tujuh saman, termasuk empat yang masih belum diselesaikan."Namun begitu, dia mempunyai lesen memandu yang sah dan kelajuan lori semasa kejadian hanyalah 60 kilometer sejam," katanya.Menurut Adzli, polis sedang menyiasat semua aspek bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang mengorbankan enam nyawa itu.Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang dinaiki enam mangsa maut merupakan kenderaan baharu yang diambil dari pusat jualan beberapa jam sebelum kejadian.Adzli berkata, pemeriksaan menyeluruh turut membabitkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).Dalam kejadian itu, SUV terbabit yang sedang bergerak dari arah Pinang Tunggal menghala ke Bandar Sungai Petani dilaporkan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan tanah dari arah bertentangan, menyebabkan enam individu terkorban manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah. |
|
Six Family Members In X50 Killed In Accident With A Lorry - DSF - 8/06 10:09 am Firefighters in Sungei Petani received a call at 3:46 pm and a team was immediately dispatched to the accident location |
|
Enam sekeluarga maut nahas: Jenazah selesai bedah siasat, dibawa ke Masjid Al Abidi - Sinarharian - 8/06 9:38 am SUNGAI PETANI - Jenazah lima sekeluarga termasuk bayi dua bulan yang maut dalam nahas di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada Isnin.Kesemua jenazah kemudian dibawa keluar dari Jabatan Forensik hospital berkenaan kira-kira jam 7 pagi sebelum diuruskan untuk dikebumikan di Masjid Al Abidi, Simpang Tiga Pasir, Merbok.Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, dan isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, bersama bayi mereka, Ahmad Mikail Ahmad Shukri, dua bulan.Turut terkorban ialah ibu kepada Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55, serta adiknya, Ahmad Fahim, 21.Empat van jenazah yang membawa kesemua mangsa kemalangan itu diiringi kenderaan polis melalui Lebuhraya Utara Selatan.Jenazah dijangka dikebumikan sekitar jam 11 pagi Isnin.Terdahulu, jenazah anak saudara Ahmad Shafiq, Iskandar Affan Ibrahim, 7, yang turut terkorban telah dibawa pulang ke pangkuan keluarga di Penaga, Pulau Pinang.Proses pengebumian dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga sekitar jam 2 pagi.ARTIKEL BERKAITAN:Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah |
|
Dia dengar orang panggil nama dia – Tok Batin kongsi cerita Jaslinda selepas ditemui - Mydateline - 8/06 9:22 am Selepas 14 hari hilang di kawasan Gunung Batu Putih, wanita dikenali sebagai Jaslinda Saludin akhirnya ditemui selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh |
|
“Teruja Ambil Kereta Baru” 6 Sekeluarga Maut Di Sungai Petani, Polis Minta Hentikan Spekulasi & Ini Sebenarnya Berlaku - Siraplimau - 8/06 7:51 am Kegembiraan bertukar tragedi apabila 6 sekeluarga dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton X50 dan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, Ahad semalam |
|
Hilang tiga minggu, bekas tentera sudah ditemui - Sinarharian - 7/06 10:38 pm KUALA LUMPUR - Seorang bekas tentera yang dipercayai hilang sejak 18 Mei lalu ditemukan semula dalam keadaan selamat di Alam Damai, Cheras di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, warga emas berusia 76 tahun itu dijumpai oleh anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Setapak kira-kira jam 9.40 malam.Menurutnya, lelaki berkenaan, Ismail Rasep, sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya tanpa pengetahuan waris."Individu terbabit telah dijumpai semula oleh anggota CPJ Balai Polis Setapak di kawasan Alam Damai, Cheras."Ketika ditemui, lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, warga emas itu kemudiannya diserahkan semula kepada warisnya di Balai Polis Setapak.Katanya, kes berkenaan kini dianggap selesai selepas individu terbabit berjaya dikesan dan dipertemukan semula dengan ahli keluarganya."Siasatan awal sebelum ini mendapati warga emas berkenaan keluar dari rumah dengan berjalan kaki tanpa disedari ahli keluarga," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas anggota tentera itu hilang sejak 18 Mei lalu selepas keluar dari rumah anaknya di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak.Menurut anak bongsunya, Nuri Ismail, 41, bapanya keluar dari rumah sekitar jam 2 petang selepas selesai makan tengah hari bersama ahli keluarga.Katanya, ketika itu Ismail memaklumkan mahu membasuh tangan, namun disedari sudah tiada di dalam rumah tidak lama selepas itu.Menurutnya, mereka sekeluarga kemudian membuat laporan polis berkaitan kehilangan ayahnya itu. |
|
'Pagi tadi mereka teruja ambil kereta baru, tak sangka kesudahannya begini' - Hmetro - 7/06 8:34 pm Sungai Petani: Kegembiraan tujuh sekeluarga menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang baru diterima hari ini berakhir tragedi apabila enam daripadanya maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini, hari ini |
|
Enam termasuk bayi maut kemalangan di Sungai Petani - Hmetro - 7/06 6:11 pm Sungai Petani: Enam orang maut termasuk bayi berusia enam bulan, manakala seorang lagi parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabit kemalangan dengan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari ini |
|
Jangan biarkan rakyat terperangkap politik kebencian, perkauman - PM - Sinarharian - 7/06 3:03 pm SUNGAI PETANI - Rakyat diingatkan agar tidak terperangkap dalam politik kebencian mahupun sentimen perkauman dalam konteks politik di Johor dan Negeri Sembilan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan demokrasi bukanlah mengenai siapa menang atau kalah sebaliknya memastikan nilai keadilan dan kesaksamaan terus dipertahankan.Menurutnya, tokoh pemikir dan negarawan India, B R Ambedkar, sering menekankan bahawa tuntutan utama dalam sesebuah masyarakat demokratik ialah keadilan dan kesaksamaan."Sekarang ini orang bercakap soal demokrasi di Johor, Negeri Sembilan |
|
Jaslinda ditemui selamat, operasi SAR ditamatkan ??? Polis - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda ditemui selamat, operasi SAR ditamatkan Polis IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditamatkan secara rasmi selepas mangsa ditemui dalam keadaan selamat hari ini |
|
Anwar ucap terima kasih kepada sukarelawan, Orang Asli bantu Jaslinda - Mygazette - 7/06 7:43 am # Anwar ucap terima kasih kepada sukarelawan, Orang Asli bantu Jaslinda KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sukarelawan, pasukan penyelamat dan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Perak selepas pendaki wanita Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lepas ditemukan selamat, petang tadi |
|
Jaslinda mohon maaf, ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda mohon maaf, ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia TAPAH Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, memohon maaf serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Wanita yang ditemukan selamat selepas 15 hari hilang ketika menyertai aktiviti pendakian Trans Spencer Chapman di gunung berkenaan itu sempat mengukir senyuman ketika ditemui pengamal media di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, di sini, hari ini |
|
Jaslinda akui terjatuh banyak kali masa tersesat dalam hutan - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda akui terjatuh banyak kali masa tersesat dalam hutan IPOH Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, berkata, dia terjatuh banyak kali ketika berada dalam hutan sepanjang 15 hari kehilangannya |
|
Panggilan ???ibu??? anak-anak Jaslinda undang sebak - Mygazette - 7/06 7:43 am TAPAH Suasana sebak bercampur kegembiraan memenuhi ruang unit kecemasan Hospital Tapah apabila suami dan anak-anak pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, mencium dan memeluk wanita berkenaan |
|
Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih - Mygazette - 7/06 7:43 am Nazri kemudian memaklumkan kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Mangsa sekarang berada di rumah Tok Batin di Kampung Lubuk Gaharu, katanya dalam satu kenyataan |
|
Jaslinda was staggering, crying when we found her – Villager - SUN - 7/06 7:33 am Villager discovers exhausted hiker Jaslinda Saludin carrying mushrooms near Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu |
|
Lelaki Pakistan, isteri dicekup edar rokok seludup - Utusan - 7/06 7:25 am BACHOK: Seorang lelaki warganegara Pakistan dan isteri dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas disyaki menyimpan serta mengedar rokok seludup dalam serbuan di Kampung Binjai Manis, Jalan Beris Kubor Besar di sini kelmarin |
|
Jaslinda ditemui terhuyung-hayang, bawa cendawan – Nazri Bah Eng - Kosmo - 7/06 12:25 am TAPAH – Seorang penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki Jaslinda Saludin, 49, petang tadi mendakwa wanita itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang bersama satu beg plastik berisi beberapa jenis tumbuhan termasuk cendawan |
|
Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba - Sinarharian - 6/06 11:35 pm TAPAH Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu dipercayai berulang kali bergerak dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang tempoh kehilangannya sebelum ditemukan selamat pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jaslinda Saludin, 49, wanita itu berpusing-pusing di kawasan pencarian termasuk turun ke sungai sebelum kembali semula ke kawasan tinggi."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba"Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Menurut beliau, Jaslinda dilaporkan berada di sekitar kawasan Gunung Rayu dan Bukit Berapit sepanjang tempoh kehilangan tersebut.Katanya, mangsa akhirnya berjaya keluar selepas dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum bertemu seorang pemancing yang membantunya menuju ke penempatan Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh."Penduduk kampung kemudian membawanya ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira pukul 8 malam," katanya.Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa keluar menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada pukul 9.20 malam.Sabarodzi turut memaklumkan Jaslinda bertahan hidup dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di dalam hutan sepanjang 14 hari kehilangannya."Dia memaklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bergantung kepada air embun serta air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati keadaan Jaslinda stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan termasuk kesan gigitan serangga serta luka kecil di bahagian kepala akibat terjatuh.Katanya, mangsa dipercayai terjatuh beberapa kali termasuk ketika melalui kawasan sungai dalam usaha mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda |
|
Missing hiker found safe after nearly two weeks in Gunung Batu Putih - BorneoPost - 6/06 11:30 pm IPOH (June 6): Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24, was found safe near Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, this afternoon |
|
Jaslinda alami cedera di kepala, bertahan minum embun, makan tumbuhan liar - Sinarharian - 6/06 11:19 pm TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, bertahan hidup dengan meminum air embun dan memakan tumbuhan liar sepanjang berada di dalam hutan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa turut memaklumkan tidak minum air selama tiga hari sebelum bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup."Dia maklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bertahan dengan air embun, selain air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, Jaslinda berada dalam keadaan stabil, hanya mengalami kecederaan ringan termasuk gigitan serangga serta luka kecil di kepala akibat terjatuh.Katanya, kesan luka tersebut akibat terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai sepanjang usahanya mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.Mengulas laluan yang dilalui mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda sebenarnya berada dalam kawasan pencarian pasukan penyelamat sepanjang tempoh kehilangan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaBeliau berkata, mangsa dilaporkan bergerak secara berulang-alik di kawasan sama termasuk sekitar Gunung Rayu dan Bukit Berapit."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi."Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya.Berhubung penemuan mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Katanya, penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira jam 8 malam."Mangsa seterusnya dibawa keluar menggunakan jentera EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam," katanya. |
|
I know my wife is strong - Jaslindas husband - Sinardaily - 6/06 10:43 pm TAPAH My wife she is strong.Those were the words of the husband of missing hiker Jaslinda Saludin, 49, moments after being reunited with her at the Emergency and Trauma Unit of Tapah Hospital on Saturday.In an emotionally charged moment, Haszman Othman, 61, was seen embracing and kissing his wife as soon as Jaslinda arrived after being found safe in Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Speaking to the media, Haszman expressed his gratitude to all parties involved in the search and rescue (SAR) operation for his wife throughout the 15 days she was missing.Thank you to everyone involved the police, fire and rescue, NGOs, statutory bodies and all who helped, he said.He also extended special thanks to the Orang Asli community, who played a crucial role in supporting the search effort.When asked about Jaslindas condition, he declined to comment further and deferred to the authorities for an official statement.We have to wait for the report from the police |
|
I didnt eat for two weeks, only drank dark water, brown water Jaslinda - Sinardaily - 6/06 10:38 pm TAPAH - A hiker reported missing during an expedition on Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, reveals that she did not eat and only drank whatever water she could find throughout the two weeks she was lost.In a recent video shared on the Facebook page Tapah Media Official, Jaslinda was seen chatting warmly with the Orang Asli community of Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, despite appearing weak and frail.The woman briefly shared details of her experience being lost in the jungle while waiting for rescue teams to arrive.Is this viral? (referring to news of her disappearance) |
|
'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:27 pm TAPAH - Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan dirinya tidak makan dan hanya minum air yang ditemuinya sepanjang dua minggu tersesat.Menerusi perkongsian video terbaharu di Facebook Tapah Media Official, Jaslinda sempat berbual mesra dengan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh meskipun terlihat lemah dan tidak berdaya.Wanita itu sempat berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya tersesat di dalam hutan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda"Viral ke ini? (kisah kehilangannya) |
|
'Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia' - Keluarga Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:26 pm IPOH - "Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan Jaslinda."Demikian reaksi kakak kepada pendaki yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, iaitu Jasima Saludin, 52, selepas adiknya ditemukan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, dekat Tapah, petang tadi.Jasima ketika dihubungi Bernama berkata, beliau bersama suaminya kini dalam perjalanan ke Tapah bagi bertemu adiknya yang ditemukan selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda"Saya pulang ke rumah di Kuala Lumpur semalam seketika untuk menguruskan hal keluarga |
|
Piala Dunia 2026 Jadi ‘Lubuk Emas’ RM193 Bilion, 7 Sektor Ini Bakal Senyum Lebar - Vocket - 6/06 10:21 pm Demam bola sepak dunia bakal kembali, dan kali ini ia bukan sekadar tentang aksi di atas padang |
|
Piala Dunia 2026 Jadi ‘Lubuk Emas’ RM193 Bilion, 7 Sektor Ini Bakal Senyum Lebar - Hotfm - 6/06 10:21 pm Kejohanan Piala Dunia Fifa 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini dijangka akan menjadi acara bola sepak terbesar dalam sejarah, |
|
'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:20 pm TAPAH "Orang rumah saya dia kuat."Demikian luahan suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu.Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - JaslindaHaszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu."Terima kasih kepada semua yang terlibat polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu," katanya.Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik...Alhamdulillah," katanya.Ditanya mengenai keadaan Jaslinda, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memberikan laporan rasmi."Kita kena tunggu laporan daripada pihak polis |
|
I fell many times, struggled through the nights - Jaslinda speaks after 15 days missing in jungle - Sinardaily - 6/06 9:40 pm TAPAH - Missing hiker Jaslinda Saludin has revealed she faced numerous ordeals during her 15 days lost in the jungle, including falling repeatedly throughout her ordeal.The 49-year-old shared her experience in a video clip that went viral on social media after she was found safe today.I fell many times, I struggled through the nights, she said briefly in the recording.The video, uploaded on the official Tapah Media Facebook page, showed Jaslinda eating while conversing with several individuals at a kampung house believed to be located in Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Kampung Lubuk Gaharu is understood to be situated along the Tapah-Cameron Highlands road.The clip was accompanied by a caption reading: Alhamdulillah, the search for Jaslinda Saludin has finally come to an end |
|
She said help me - Orang Asli man recounts moment missing Jaslinda was found - Sinardaily - 6/06 9:28 pm TAPAH Walking alone and weak on a bridge.That was the condition of Jaslinda Saludin, 49, when she was found by an Orang Asli villager near a river in Kampung Lubuk Gaharu, near Pos Musoh, on Saturday.Bah Roslan Bah Sulpok, 51, said the discovery, at around 5.10pm, happened while he was fishing.He said he caught sight of a hijab-clad woman crossing the bridge in a frail state.I recognised her as Jaslinda because her photo had been shared on phones |
|
Thank you, sorry for causing trouble to Malaysians - Jaslinda - Sinardaily - 6/06 9:14 pm TAPAH - Hiker Jaslinda Saludin, 49, who was found safe after being reported missing on Gunung Batu Putih here since May 23, has expressed her gratitude to all Malaysians who prayed for her.Speaking to Sinar at Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, she also offered an apology for her prolonged disappearance, which had prompted a large-scale search and rescue operation.Thank you |
|
'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:57 pm TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya.Ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di sini, beliau turut menzahirkan ucapan maaf atas kehilangannya itu dalam tempoh lama sehingga membawa kepada gerakan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Terima kasih |
|
'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:06 pm TAPAH Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mendedahkan dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk terjatuh berkali-kali sepanjang tempoh 15 hari berada di dalam hutan.Perkara itu dikongsikan wanita berusia 49 tahun tersebut menerusi satu klip video yang tular di media sosial selepas dia ditemukan selamat hari ini."Saya jatuh berkali-kali, saya bergelut pada waktu malam," katanya ringkas dalam rakaman berkenaan.Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media itu memaparkan Jaslinda sedang menjamu selera sambil berbual dengan beberapa individu di sebuah rumah kampung yang dipercayai terletak di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Difahamkan, Kampung Lubuk Gaharu berada di sepanjang Jalan Tapah-Cameron Highlands.Rakaman tersebut turut disertakan dengan keterangan berbunyi: "Alhamdulillah, pencarian Jaslinda Saludin akhirnya berakhir |
|
'Terima kasih pasukan penyelamat, Orang Asli lindungi Jaslinda' - PM - Sinarharian - 6/06 8:02 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur selepas pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu ditemui berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dalam keadaan selamat.Malah, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk sukarelawan, pasukan penyelamat serta komuniti Orang Asli di Lubuk Gaharu."Alhamdulillah syukur |
|
Jaslinda ditemui dalam keadaan sedar - Polis - Sinarharian - 6/06 7:45 pm TAPAH - Polis mengesahkan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, dekat sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemui dalam keadaan sedar pada Sabtu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima maklumat mengenai penemuan mangsa pada jam 4.55 petang melalui talian MERS 999.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk Orang Asli, Nazri Eng dari Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh di sini."Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Geharu sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal serta makanan."Pihak polis kemudiannya membuat pengesahan terhadap penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Alwi berkata, susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak kehilangan mangsa dilaporkan pada 24 Mei lalu ditamatkan secara rasmi.Dalam pada itu, Mohd Alwi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang operasi berkenaan termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat Orang Asli dan orang awam.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. |
|
Jaslinda ditemukan selamat oleh Orang Asli petang tadi - Mkini - 6/06 6:59 pm Sayani berkata wanita terbabit ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu |
|
Missing hiker Jaslinda found safe after nearly two weeks - Sinardaily - 6/06 6:41 pm IPOH - Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24, was found safe near Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, this afternoon.Perak Fire and Rescue Department director Datuk Sayani Saidon said the private company supply chain executive was found by a villager, Nazri Bah Eng, at about 3pm."Upon finding the victim, he informed his nephew in Johor, who then lodged a report with the authorities, he said in a statement today.He said Jaslinda was in a safe condition and had been temporarily placed at the residence of the Tok Batin of Kampung Lubuk Gaharu while the relevant authorities coordinated the next course of action.Jaslinda was part of a group of 14 hikers and two Forestry Mountain Guides who began the Trans Spencer Chapman expedition at 2 am on May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and fellow hiker Mohd Hanafi Neikmad, 41, reportedly encountered health problems and stopped the climb |
|
Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi - Hmetro - 6/06 6:23 pm Ipoh: Selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, pendaki Jaslinda Saludin, 49, akhirnya ditemui selamat hari ini di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |