///

Search : Hadi News   Page 1    



UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar - Sinarharian - 11/03 8:11 am

"Kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun kita pada ketika itu tinggal serumah namun bilik asing-asing ibarat melukut di tepi gantang. "Kali ini kita tidak mahu lagi selepas berunding nanti kita dikhianti," katanya selepas menghadiri program Gerak 17 UMNO Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, di sini pada Ahad

kerajaan negeri dapat dibentuk selepas PRN16 dinafikan disebabkan kerakusan politik. "Kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun kita pada ketika itu tinggal serumah namun bilik asing-asing ibarat melukut di tepi gantang. "Kali ini kita tidak mahu lagi selepas berunding nanti kita dikhianti," katanya selepas menghadiri program Gerak 17 UMNO Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, di sini pada Ahad. Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin; Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manlia, Datuk Mokran Ingkat. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan turut mengakui ada perbicangan dilakukan bersama parti lain namun pihaknya belum mengambil sebarang keputusan. "Berbincang dan memutuskan adalah dua perkara berbeza. Kita ingin melihat mana-mana parti yang kita rasa boleh membawa keuntungan dan pemimpin parti itu juga menghormati parti kita dan keputusan bersama. "UMNO-BN akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama. Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah, kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah," katanya Sementara itu, Bung Moktar memaklumkan BN Sabah melantik 25 penyelaras bagi setiap Parlimen di negeri ini sebagai persediaan menghadapi PRN17. "Pada 5 Mac lalu, BN Pusat bermesyuarat dan mempersetujui pelantikan 25 penyelaras BN di seluruh Parlimen di Sabah. "Walaupun pilihan raya dijangkakan bulan September tahun depan, tetapi biasanya di Sabah kurang daripada lima tahun. Oleh itu, kita perlu bersedia daripada awal untuk memastikan Umno dan BN benar-benar mampu untuk berlawan dalam pilihan raya akan datang," katanya. Bung disambut meriah oleh ahli UMNO pada program Gerak 17 UMNO Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Sandakan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pura-pura mahu pergi memancing, elak dicekup AADK - Sinarharian - 10/03 8:30 pm

"Lelaki itu antara kira-kira 25 individu yang ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah ini hari ini," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut. Turut hadir, Pengarah AADK Johor, Azli Ubin

berkenaan berpura-pura mahu pergi memancing tetapi tindakannya gagal mengaburi mata pihak berkuasa. "Lelaki itu antara kira-kira 25 individu yang ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah ini hari ini," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut. Turut hadir, Pengarah AADK Johor, Azli Ubin. Beliau berkata, seorang lagi lelaki terjatuh dari motosikal apabila cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa AADK ketika menuju ke 'port' dadah dalam kawasan kelapa sawit tersebut. Katanya, Ops Hot Spot dilakukan dalam kawasan ladang kelapa sawit berkenaan yang dikesan sebagai port baharu menghisap dadah manakala Ops Sepadu pula dilakukan dari rumah ke rumah. Menurutnya, menerusi Ops Hot Spot, seramai 17 individu ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita tempatan termasuk seorang warga Indonesia manakala Ops Cegah pula lapan lelaki tempatan ditahan. "Semua yang ditahan itu semuanya berusia antara 20 sehingga 60 tahun. "Mereka akan dibawa ke pejabat AADK untuk tujuan menjalani pemeriksaan urin seterusnya memohon permohonan reman sebelum proses pendakwaan di mahkamah. "Kerajaan negeri memandang serius isu penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi dengan individu terlibat. "Kita akan terus menjalankan penguatkuasaan dari masa ke masa," katanya. Beliau berkata, AADK Johor menyasarkan untuk menghijaukan 17 mukim yang dikenal pasti sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) supaya bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah. Jelasnya, daripada 17 KBT itu, sebahagian daripadanya telah dihijaukan antaranya di Plentong, Johor Bahru; Pogoh dan Jabi di Segamat selain Mersing, Muar, Kulai serta Batu Pahat. "KBT ini merupakan kawasan merekodkan aktiviti dadah yang aktif baik daripada kes baharu atau yang berulang. "Jadi, kita letak sasaran untuk hijaukan kawasan ini pada tahun ini. "Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.13 juta kepada AADK supaya dapat mengadakan tindakan penguatkuasaan secara kerap, pendidikan pencegahan secara aktif bersama rakan strategik, program kesedaran dan sebagainya," katanya. Menurutnya, sejak awal tahun hingga Rabu, seramai 377 individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negeri ini. Tambahnya, daripada siri tangkapan yang dilakukan, majoriti individu yang ditahan itu adalah lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun. "Pada tahun lalu pula, seramai 1,424 'mat gian' berjaya ditahan menerusi siri serbuan yang dilakukan di lokasi yang dikenal pasti," ujar Azli. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Sanusi tak jaga rahsia mesyuarat - Saifuddin - Sinarharian - 10/03 6:56 pm

KULIM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa tidak menjaga rahsia mesyuarat apabila maklumat diperolehi dalam mesyuarat dihadirinya dijadikan sebagai modal berceramah di pentas politik

terhadap tugas dan peranannya bagi memantau pelaksanaan projek-projek Persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat lama tidak diadakan. ???Dia tak perlu mengadu kenapa mesyuarat pembangunan negeri tak dibuat. Menteri Besar ini banyak hadir mesyuarat-mesyuarat Persekutuan, mesyuarat kewangan dan mesyuarat keselamatan. ???Tapi saya dapati apabila dia balik daripada mesyuarat itu, dia gunakan maklumat dalam mesyuarat untuk ceramah kepada Pas cawangan, sedangkan maklumat yang disampaikan tidak memberi gambaran sebenar. ???Mesyuarat-mesyuarat rasmi kerajaan ada yang bertaraf rahsia besar, bertaraf sulit dan kalau dia hadir mesyuarat Persekutuan, kemudian balik hanya untuk memperlekeh apa yang berlaku dalam mesyuarat maka dia seorang yang tak jaga decorum,??? katanya pada Ahad. Saifuddin berkata demikian pada sidang media Program Ihya Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini. Jelas beliau, projek-projek Persekutuan di negeri terbahagi kepada dua iaitu projek bukan fizikal yang boleh dilaksanakan seperti biasa dan projek fizikal yang kebiasaannya melibatkan kerja-kerja sambungan daripada kelulusan terdahulu. Menurut Saifuddin, beliau hadir program di bawah Pejabat Kemajuan Negeri pada Rabu dan perkara sama turut dilakukan pada tiga hari lalu. ???Jadual saya penuh untuk bulan-bulan ke depan kerana kita melihat projek-projek sambungan yang tak boleh berlaku kelewatan seperti projek loji rawatan air. ???Kecuali projek baharu yang perlukan urusan tanah, tapi kalau projek Persekutuan tak akan dia tak boleh bagi kerjasama dan kalau dia boleh berubah (jaga etika), saya tak ada masalah untuk menyegerakan mesyuarat-mesyuarat yang memerlukan kehadirannya,??? ujar beliau. Pada Khamis, media melaporkan Muhammad Sanusi melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Saifuddin yang didakwa gagal mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah. Beliau mendakwa Saifuddin tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri sejak majlis tersebut ditubuhkan. Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya berlarutan kerana ia berkait dengan peruntukan di bawah Persekutuan dan sebahagiannya terletak bawah kuasa negeri seperti tanah. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Khazanah Nasional lancar inisiatif #BerbudiBersama - Sinarharian - 10/03 5:44 pm

???Usaha ini merupakan tanda hormat serta penghargaan di atas segala sokongan serta kepercayaan mereka kepada kami,??? katanya ketika berucap pada majlis pelancaran #BerbudiBersama pada Sabtu. Pelancaran #BerbudiBersama itu telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan disaksikan oleh komuniti masyarakat yang hadir

pelancaran #BerbudiBersama bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun Khazanah Nasional, tetapi turut menandakan satu langkah ke hadapan dalam memupuk semangat perpaduan serta kerjasama seluruh rakyat Malaysia dari semua kaum dan latar belakang. "Dengan pelancaran inisiatif #BerbudiBersama, kami (Khazanah Nasional bersama syarikat berkaitannya) berhasrat untuk mendampingi masyarakat secara dekat serta berkongsi pelbagai peluang dan manfaat untuk kemajuan bersama. ???Usaha ini merupakan tanda hormat serta penghargaan di atas segala sokongan serta kepercayaan mereka kepada kami,??? katanya ketika berucap pada majlis pelancaran #BerbudiBersama pada Sabtu. Pelancaran #BerbudiBersama itu telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan disaksikan oleh komuniti masyarakat yang hadir. Malah, majlis itu turut disertai Ahli-ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional serta pengurusan entiti penyampaian impak Khazanah Nasional antaranya Amanah Warisan Negara (AWAN), Yayasan Hasanah, Think City, Taman Tugu serta wakil syarikat-syarikat pelaburan Khazanah Nasional seperti Axiata Group Berhad, CIMB, Malaysia Airports Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan UEM Group.Dalam program #BerbudiBersama itu, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan di lebih 100 gerai yang mengambil bahagian antaranya Gerai Rakyat yang diusahakan para pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan yang menawarkan makanan dan minuman, barangan serta pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak. Malah, program itu turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti perkongsian pandangan, ceramah kesedaran kesihatan mental, kemahiran belia, bimbingan keusahawanan, pemeliharaan alam sekitar selain persembahan kebudayaan. Cipta nilai masyarakat Mengulas lanjut, Amirul Feisal melontarkan pandangan bahawa Khazanah Nasional sentiasa menekankan aspek pembangunan masyarakat yang adil dan inklusif sebagai satu aspirasi untuk memajukan negara. ???Justeru, Khazanah Nasional akan terus melaksanakan mandat membangunkan sebuah negara yang adil dan inklusif, supaya nilai kemasyarakatan dapat dinikmati semua dalam bidang seperti pendidikan, ekonomi, perniagaan dan sebagainya. "Demi merealisasikan aspirasi ini, Kazanah Nasional secara langsung dan tidak langsung bersama Yayasan Hasanah, Think City dan Taman Tugu serta syarikat-syarikat berkaitan akan terus berusaha memberikan nilai kemasyarakatan,??? jelasnya. Selari dengan aspirasi itu, Khazanah Nasional menurut Amirul Feisal, turut komited memupuk keterangkuman dan pemerkasaan komuniti terpinggir, mempromosikan pendidikan, meningkatkan bakat serta menerajui amalan mampan serta kebertanggungjawaban supaya pembangunan negara dapat dikembangkan atas prinsip kesaksamaan dan kemakmuran. "Kemajuan yang dicapai dalam tahun-tahun sebelum ini bukan milik kami sahaja untuk diraikan, tetapi ia hasil usaha kolektif seluruh masyarakat dan pihak berkepentingan di Malaysia,??? jelas beliau. Program khusus Pada masa sama, Khazanah Nasional kata Amirul Feisal, telah mengadakan sekitar 600 program pembangunan masyarakat Malaysia sepanjang tempoh 30 tahun penubuhannya dengan RM2.2 bilion telah dibelanjakan untuk tujuan itu, Malah, pelaksanaan program khusus itu turut melibatkan hampir 500 rakan kerjasama yang telah dimanfaatkan oleh lebih 2.4 juta rakyat di seluruh negara meliputi kanak-kanak, belia, wanita dan sebagainya. ???Segala usaha ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama daripada entiti-entiti penyampaian impak kami iaitu Yayasan Hasanah, Think City dan Taman Tugu, syarikat-syarikat berkaitan Khazanah, usahawan-usahawan sosial serta semua pihak yang telah menyalurkan sokongan penuh terhadap Khazanah Nasional,??? katanya yang berharap kerjasama serta sokongan tersebut dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang. Komitmen Khazanah Nasional itu menurut Amirul Feisal turut melibatkan usaha mengukuhkan nilai-nilai sosioekonomi, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang dihasratkan oleh kerajaan. Reaksi "Saya rasa ini merupakan inisiatif yang sangat baik oleh Khazanah Nasional kerana keuntungan dan faedah yang diperoleh oleh syarikat ini diberi semula kepada rakyat," - Khairur Rizal Jalani, 49, bekerja sendiri. "Inisiatif #BerbudiBersama ini sangat bagus, sebab ia lebih merapatkan hubungan dengan masyarakat dan memudahkan orang awam mengetahui tentang usaha lain yang dilakukan oleh Khazanah Nasional???. - Natasha Seth, 46, pekerja swasta. "Apa yang dilaksanakan oleh Khazanah Nasional sememangnya memberi impak besar kepada Orang Asli, begitu juga dengan dengan program #BerbudiBersama ini. - Segera Bantiwaya, 57, penjawat awam.





MGA cadang kerajaan kenakan cukai terendah barang perhiasan emas - Sinarharian - 10/03 5:36 pm

Jika harga ambang tidak ditetapkan dengan betul, ia akan memberi kesan besar kepada industri seperti kehilangan pekerjaan, malah berisiko kehilangan bakal pelabur asing seperti China. "Pengguna di Malaysia terutamanya membeli barang perhiasan emas untuk tujuan memberi hadiah, koleksi peribadi atau melindungi nilai daripada inflasi

terhadap industri emas negara, jika kerajaan tidak mempertimbangkan pelaksanaan cadangan itu. ???Kami juga mempunyai beribu-ribu kedai barang kemas dan kilang. Jika harga ambang tidak ditetapkan dengan betul, ia akan memberi kesan besar kepada industri seperti kehilangan pekerjaan, malah berisiko kehilangan bakal pelabur asing seperti China. "Pengguna di Malaysia terutamanya membeli barang perhiasan emas untuk tujuan memberi hadiah, koleksi peribadi atau melindungi nilai daripada inflasi. "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran barang perhiasan Malaysia menyaksikan lonjakan permintaan bagi budaya dan tradisi, bukan sahaja dalam kalangan wanita pertengahan umur, tetapi juga generasi muda, yang mencerminkan kekayaan warisan negara dan kepelbagaian penduduk," katanya dalam satu kenyataan. Rakyat Malaysia mendapat keistimewaan untuk membeli barang perhiasan emas pada kadar bebas cukai. Walau bagaimanapun, kemampanan industri emas dan barang perhiasan di negara ini masih tidak jelas dengan HVGT yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, Louis baru-baru ini menjadi salah seorang panel dalam sebuah forum anjuran MGA bagi berkongsi mengenai perkembangan terkini berhubung industri emas selain peluang dan cabaran mengenainya. Menurut beliau, forum itu menjadi medan untuk pihak industri dari luar Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur berkongsi pandangan mengenai trend serta cabaran terkini pasaran. "Ramai peneraju emas industri meneroka peluang untuk kerjasama masa depan di luar forum. Ini akan memberi manfaat besar kepada ekonomi global dalam jangka panjang jika semua orang kekal komited dan bersama-sama memberikan sumbangan," katanya. Forum berkenaan yang dianjurkan MGA merupakan Forum Kerjasama Perdagangan Emas dan Barang Kemas China-ASEAN 2024 di Kuala Lumpur dengan Persatuan Emas China (CGA) dan United Overseas Bank (UOB) China, yang menjadi tuan rumah kepada lebih 50 perwakilan (terdiri daripada veteran emas, pelabur, jurubank, tukang emas) dari lapan negara ASEAN. Negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia, kebanyakannya adalah pasaran barang perhiasan emas selama beberapa dekad, dan negara ini juga menjadi pengeksport utama. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat - Sinarharian - 10/03 4:32 pm

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping dekat sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais

mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)...kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin,??? katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping dekat sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais. Justeru Muhamad Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda UMNO di peringkat cawangan ataupun bahagian. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Empat imam Al-Azhar dijadualkan di masjid terpilih sepanjang Ramadan - Sinarharian - 10/03 4:25 pm

SHAH ALAM - Seramai empat imam dari Al-Azhar Al-Sharif, Mesir akan dijadualkan berada di masjid-masjid terpilih seluruh negara untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dan memimpin solat tarawih sepanjang Ramadan ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, imam tersebut ialah anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar, Syeikh Saber Hosny dan Syeikh Ahmed Ibrahim Elmashad; Pensyarah Hadis Universiti Al-Azhar, Syeikh Dr Ahmed Mohammed Shebl serta pemenang pertandingan hafazan al-Quran Universiti Al-Azhar, Muhammad Musa Kasozi

Mohammed Shebl serta pemenang pertandingan hafazan al-Quran Universiti Al-Azhar, Muhammad Musa Kasozi. Menurutnya, penghantaran imam tersebut ke Malaysia adalah menerusi program Mubadarah Qurra??? al-Quran. ???Sukacita ingin saya maklumkan bahawa ulama besar Ahli Sunnah Waljamaah, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Mohammad Ahmad Tayyib merangkap Pengerusi Majlis Hukama??? Al-Muslimin telah mengeluarkan ketetapan untuk bekerjasama bagi penghantaran ini. ???Selaku anggota Majlis Hukama??? Al-Muslimin yang diberi tanggungjawab oleh Syeikh Azhar bagi menguruskan program-program para imam ini di Malaysia, saya akan memaklumkan jadual mereka dalam masa terdekat. ???Segala perbelanjaan melibatkan pengangkutan, penginapan dan sebagainya adalah di bawah tajaan institusi ini yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),??? katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, program tersebut adalah penzahiran hubungan yang erat sejak sekian lama antara Al-Azhar Al-Sharif, Majlis Hukama??? Al-Muslimin dan negara ini khususnya pihak kerajaan serta umat Islam di Malaysia. ???Semoga Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Mohammad Ahmad Tayyib dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk memimpin ummah. ???Saya juga mendoakan agar hubungan Al-Azhar Al-Sharif dan Malaysia terus utuh bagi manfaat para pelajar dan umat Islam di seluruh negara,??? ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ... @sinarharianonline Empat imam Al-Azhar dijadualkan di masjid terpilih sepanjang Ramadan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Ramadan #Solat #Tarawih #Masjid #Imam #Islam #Kerohanian Asma Allah - Bonus Track - Sami Yusuf





Akta 672: KPKT tunggu keputusan kerajaan Selangor - Sinarharian - 10/03 3:03 pm

"Kita sedang menunggu keputusan MMK, kertas MMK daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk kita mulakan rundingan secara terperinci," katanya dalam sidang akhbar pada Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Pelancaran Karnival Komuniti PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital di sini pada Ahad. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Perancangan dan Persekitaran Mampan), Datuk Saidatu Akhma Hassan; Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Hee Loy Sian dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan tuanku sudah perkenan untuk negeri Selangor menerima pakai Akta 672. "Kita sedang menunggu keputusan MMK, kertas MMK daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk kita mulakan rundingan secara terperinci," katanya dalam sidang akhbar pada Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Pelancaran Karnival Komuniti PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital di sini pada Ahad. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Perancangan dan Persekitaran Mampan), Datuk Saidatu Akhma Hassan; Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Hee Loy Sian dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin. Menurut Kor Ming, selepas Selangor, pihaknya turut aktif mengadakan perbincangan bersama kerajaan Pulau Pinang untuk perlaksanaan akta tersebut. Katanya, setakat ini terdapat tujuh negeri telah menggunakan akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Kerajaan kini dalam tahap perbincangan yang aktif bersama Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya bersetuju maka kita akan memperoleh sembilan negeri menerima pakai akta itu. "Kita mengalu-alukan kerajaan negeri lain termasuk Perak terus berunding supaya kerjasama strategik ini akan memberi manfaat kepada penduduk. "Bagaimanapun terpulang kepada kerajaan negeri buat pendirian, kita menghormati kerajaan negeri untuk terus berunding dengan KPKT, pintu rundingan sentiasa terbuka," katanya. Kor Ming berkata, kementerian berusaha memastikan lebih banyak negeri menerima pakai akta menerusi Majlis Ekonomi Kitaran Nasional (NCEC). "Kita akan terus mempertingkatkan usaha ini dengan penubuhan NCEC yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Menteri KPKT. "Kita akan mempergiatkan usaha kita merancakkan ekonomi kitaran di negara ini selaras dengan hala tuju yang jelas iaitu menuju ke Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Anak penoreh getah terima Anugerah Menteri Pertahanan - Sinarharian - 10/03 2:30 pm

"Selain itu MTD menganjurkan bacaan al-Quran setiap hari dan bacaan Yasin hari Jumaat disiarkan secara langsung di Facebook YouTube RMC," katanya. Beliau dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran atas rezeki dikurniakan ALLAH SWT dan menyifatkannya sebagai hadiah terhadap pengorbanan kedua orang tuanya

Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada Ahad Muhammad Hakimi, 18, berasal dari Baling, Kedah itu berkata, peluang itu digunakan sebaiknya semasa dua tahun menuntut di MTD ketika dia di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. "Saya mempunyai satu minat untuk meningkatkan disiplin diri. "Sebagaimana yang kita tahu, MTD adalah satu institusi menerapkan nilai ketenteraan sebagai pembelajaran, jadi di sini dapat membantu saya untuk mengikuti garis panduan. "MTD sentiasa membantu pelajarnya,??? katanya yang bercita-cita mahu menjadi Panglima Angkatan Tentera. Muhammad Hakimi berkata, ia merupakan satu-satunya institusi pendidikan menengah yang berikan peluang pelajarnya bermain dengan senjata api M16, dengan kawalan oleh pegawai dan jurulatih profesional ???MTD adalah institusi yang 'tough' (sangat lasak). "Kita sebagai putera (pelajar) memang perlu membahagikan masa antara akademik, ketenteraan dan kokurikulum. "Jadi saya buat jadual untuk membahagikan antara ketiga-tiga itu supaya saya dapat seimbangkan dan istiqamah," katanya. Muhammad Hakimi mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Asam Jawa, Baling, Kedah seterusnya melanjutkan pelajaran menengah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu. Ketika ditanya mengenai rahsia bagaimana dia boleh berjaya ke tahap itu, anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia akan bangun awal pagi mengulang kaji setiap hari untuk meningkatkan daya ingatan khususnya dalam aspek pengajian akademik. "Selain itu MTD menganjurkan bacaan al-Quran setiap hari dan bacaan Yasin hari Jumaat disiarkan secara langsung di Facebook YouTube RMC," katanya. Beliau dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran atas rezeki dikurniakan ALLAH SWT dan menyifatkannya sebagai hadiah terhadap pengorbanan kedua orang tuanya. "Saya begitu terharu mendapat anugerah ini. Saya tak sangka sebenarnya. "Terima kasih emak, abah sebab dah banyak menyokong Along, banyak mendoakan kejayaan saya. "Terima kasih semua rakan yang banyak menyokong, pegawai dan jurulatih di sebalik kejayaan saya," katanya. Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapan sebelum menyampaikan anugerah berkenaan berkata, penubuhan Maktab Tentera Diraja iaitu MTD atau RMC adalah satu agenda nasional penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara. Beliau berkata, putera MTD memberi sumbangan bermakna kepada negara dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kesinambungan pengajian dan kerjaya yang mendukung kepentingan negara, khususnya dalam sektor pertahanan. "Sektor pertahanan negara memerlukan bakat terbaik. "Pertahanan negara harus digerakkan dan didukung oleh putera-putera terbaik bangsa yang dilahirkan oleh MTD. "Sebab itulah, kerajaan tidak kisah untuk terus berbelanja sehingga kira-kira RM21 juta setiap tahun untuk MTD termasuklah emolumen pegawai, guru-guru serta kakitangan. "Malah, bagi membiayai segala keperluan dan kebajikan sepanjang dua tahun berada di sini, kita memperuntukkan sebanyak kira-kira RM27,000 bagi seorang penuntut MTD," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





PKR Perak kumpul dana RM2 juta beli bangunan baharu - Sinarharian - 10/03 2:21 pm

"Kami sasar dalam dua tahun bermula tahun ini untuk dana ini berjaya dikumpulkan," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Pimpinan PKR Perak di sini pada Ahad. Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri; Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi; Ketua Wanita PKR Perak, Zuraidah Zakaria; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly dan pimpinan negeri yang lain

dan beberapa siri program untuk mengumpul dana berkenaan akan dilaksanakan. "Kami sasar dalam dua tahun bermula tahun ini untuk dana ini berjaya dikumpulkan," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Pimpinan PKR Perak di sini pada Ahad. Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri; Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi; Ketua Wanita PKR Perak, Zuraidah Zakaria; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly dan pimpinan negeri yang lain. Beliau berkata, lokasi bagi bangunan baharu itu masih belum dikenal pasti dan akan berbuat demikian selepas dana yang disasarkan mencukupi. Sementara itu, Lih Kang berkata, pemukiman yang diadakan bertujuan membincangkan pelbagai perkara termasuk hala tuju parti itu di peringkat negeri. Menurutnya, selain itu mereka turut membincangkan mengenai usaha merancakkan aktiviti di peringkat cabang. "Kita akan memperbanyakkan aktiviti yang tidak tertumpu di Ipoh tetapi di cabang-cabang. Mesyuarat pimpinan juga kita akan buat di cabang-cabang selain aktiviti bersama masyarakat yang lain. "Kita juga akan melaksanakan program menyantuni rakyat dan memainkan peranan sebagai parti pemerintah untuk menyampaikan maklumat tentang kerajaan perpaduan apa yang ada di peringkat negeri dan pusat," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Karok ramai-ramai – Satu Stadium Gamat Dengan Suara Peminat Menyanyi .. - Lobakmerah - 10/03 1:37 pm

Semalam telah berlangsungnya konsert Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert yang tiketnya habis dijual itu berlangsung selama kira-kira tiga jam dan telah menghiburkan kesemua penonton yang hadir dan tak kurang juga mereka yang melihat rakaman peminat di media sosial





KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape - Sinarharian - 10/03 12:20 am

Azman berkata demikian pada sidang akhbar setelah meninjau hari pertama persekolahan bagi sesi 2024/25 di SMK Sultan Ismail (SSI), di sini pada Ahad. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin; Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Saliman Selamat

khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. "Di sekolah-sekolah memang sudah ada peraturan dan panduan khas mengenai perkara itu (vape, rokok dan dadah). "Malah mandat juga sudah diberikan kepada guru-guru di sekolah dalam usaha mengekang penularan trend vape dan merokok ini. "Selain itu, Insya-ALLAH kita juga akan bersama KKM untuk melihat cadangan (peraturan khas) mengenai peningkatan trend pelajar menggunakan vape termasuk rokok. "Ini antara komitmen KPM bagi memastikan perkara ini (peningkatan vape) dapat ditangani dan dibendung, malah inisiatif sudah dilaksanakan kementerian bersama pelbagai agensi termasuk AADK," katanya. Azman berkata demikian pada sidang akhbar setelah meninjau hari pertama persekolahan bagi sesi 2024/25 di SMK Sultan Ismail (SSI), di sini pada Ahad. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin; Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Saliman Selamat. Untuk rekod, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 5 Mac lalu mendedahkan seramai 15 pelajar perempuan di setiap sekolah didapati menghisap vape dengan tiga hingga empat daripadanya mengalami ketagihan nikotin yang serius. Selain itu difahamkan, pengguna yang menghisap vape dan e-rokok pula didapati menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda, ketika ini. Sementara itu, Azman berkata, isu vape sebenarnya berkait rapat dengan isu disiplin dalam kalangan pelajar. Oleh itu katanya, kerjasama dengan PDRM, KKM dan AADK sebenarnya sudah lama diadakan dan ia akan berterusan selepas ini bagi memastikan gejala atau trend vape dapat dibanteras dengan sehabis baik. "Isu disiplin ni sebenarnya membabitkan semua pihak, bukan sahaja guru serta pengurusan sekolah malah ibu bapa dan masyarakat bagi memberikan kesedaran terhadap bahaya rokok dan vape. "Proses pendidikan bagi menangani isu disiplin sebegini sudah lama dilaksanakan KPM dan kita nampak perkembangan positif kerana dapat komitmen jitu ibu bapa yang tak mahu anak terjebak dengan rokok, vape dan dadah," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di 4 negeri hari ini - Sinarharian - 10/03 12:20 am

Oleh itu, kami minta semua pihak berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga,??? katanya kepada pemberita selepas meninjau di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu. Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan juga mendapati murid hadir ke sekolah seawal jam 7 pagi dan turut diceriakan dengan maskot watak animasi BoiBoi Boy, Transformers dan Hello Kitty

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. "Terdapat lima juta murid daripada (peringkat) prasekolah sehingga tingkatan enam, manakala di Johor sahaja, ada 602,619 orang (murid dan pelajar),??? katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di JOHOR, pada Ahad. Di TERENGGANU, Pengarah Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata seramai 234,789 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini di 506 sekolah di negeri itu. "Jumlah tersebut merangkumi 134,380 murid sekolah rendah dan 100,409 pelajar sekolah menengah,??? katanya ketika ditemui pemberita di SMK Serada, di Kuala Terengganu. Di KELANTAN, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata seramai 251,185 pelajar memulakan sesi persekolahan di negeri itu bagi sesi persekolahan 2024/2025. "Sesi persekolahan kali ini dibuka ketika cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara. Oleh itu, kami minta semua pihak berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga,??? katanya kepada pemberita selepas meninjau di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu. Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan juga mendapati murid hadir ke sekolah seawal jam 7 pagi dan turut diceriakan dengan maskot watak animasi BoiBoi Boy, Transformers dan Hello Kitty. Sementara itu, di KEDAH, Pengarah Pendidikan Negeri Ismail Othman berkata seramai 200,793 murid di 548 sekolah rendah dan 153,918 pelajar di 204 sekolah menengah memulakan sesi akademik hari ini. "Terdapat seramai 31,110 murid memasuki tahun satu dan 31,090 murid memasuki tingkatan satu dan setakat ini semua sesi persekolahan di Kedah berjalan lancar,??? katanya selepas meninjau sesi pembukaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, di Alor Setar. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Simpanan Pendidikan Madani untuk anak warga ATM - Sinarharian - 10/03 11:48 am

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada Ahad. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain

Simpanan Pendidikan Madani (SPM) itu akan melibatkan sumbangan tabungan ke dalam akaun SSPN kepada 9,355 anak-anak warga ATM Tahun Satu bagi sesi Persekolahan 2024 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM467,750. "Inisiatif kedua adalah kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera. "Peruntukan yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan ini akan memberi manfaat kepada 29 sekolah rendah dan menengah termasuk satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di dalam kem-kem ATM di seluruh negara. "Kedua-dua inisiatif ini kita lakukan kerana kita percaya bahawa kebajikan serta pendidikan berkualiti adalah perkara yang harus menjadi sebahagian daripada fokus utama Kementerian Pertahanan," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada Ahad. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain. Sementara itu, Mohamed Khaled turut meluangkan masa melakukan Lawatan Kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Abdul Razak (DTAR) di Kem Perdana Sungai Besi berkenaan. Mohamed Khaled berkata, anggota-anggota tentera yang sentiasa sedia dan setia mempertaruhkan nyawa kepada negara tidak seharusnya dibebankan untuk turut memikirkan sendiri aspek kebajikan diri dan keluarga mereka. "Kerajaan dan kementerian lah yang harus memberi perhatian kepada perkara-perkara ini. Jadi, kementerian sangat berharap yang kedua-dua inisiatif ini akan membantu semua anggota pertahanan negara menjalankan tugas dengan lebih baik. "Pada masa sama, kita berharap yang inisiatif-inisiatif ini akan turut membantu melonjak ekosistem kebajikan serta pendidikan angkatan tentera,??? ujarnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Farah Ann mahu jadi pembakar semangat atlet muda - Sinarharian - 10/03 10:45 am

DIKURNIAKAN wajah yang jelita, disulami personaliti anggun dan menawan menjadikan bekas ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi sentiasa diingati peminat sukan tanah air

di negara ini. Selain itu, Farah Ann juga mahu menginspirasikan wanita di negara ini untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. ???Saya sentiasa berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan. ???Semasa masih aktif sebagai atlet pun, saya bekerja keras dan sentiasa mahu lakukan yang terbaik. ???Ini kerana saya percaya, ia akan menghasilkan snowball effect. Lagi banyak saya cipta kejayaan, lagi banyak peluang itu datang,??? kata Farah Ann yang mengumumkan persaraannya dua tahun lalu. Tambah Farah Ann, apa yang berlaku ke atas dirinya membuktikan kaum wanita juga boleh berjaya dalam bidang sukan. ???Saya mahu menjadi contoh dalam dan luar gelanggang. Apabila ada kanak-kanak melihat pencapaian saya, mereka pun bersetuju ???oh ada wanita berjaya dalam sukan, saya pun boleh lakukan perkara sama??? ???Bukan sahaja dalam sukan, wanita perlu berjaya dan capai apa sahaja impian mereka. ???Sentiasa percaya diri dan jangan biarkan tanggapan negatif menghalang anda untuk berjaya,??? ujar bekas gimnas berusia 29 tahun ini. Sebagai rekod, Farah Ann melakar sejarah tersendiri apabila menjadi gimnas wanita Malaysia kedua melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 (Tokyo, Jepun) selepas kali terakhir dilakukan oleh Au Li Yen pada edisi 2000 di Sydney. Farah Ann yang membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India turut muncul antara gimnas terbaik Malaysia di pentas Sukan SEA. Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024, Farah Ann hadir ke studio Sinar Harian untuk temu bual eksklusif selepas disenarai sebagai salah seorang daripada 10 Wanita Inspirasi Malaysia. INFO Nama: Farah Ann Abdul Hadi Jawatan: Bekas gimnas negara Pencapaian: Antara atlet gimnastik artistik negara yang paling berjaya di Sukan Sea apabila berjaya meraih tujuh emas menerusi penampilan pada edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila. Meraih pingat perak kategori palang bertingkat dalam Kejohanan Piala Dunia di Ljubljana, Slovenia pada 2016. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ... @sinarharianonline Apa patut wanita ada untuk hargai diri sendiri? Nak tahu apa kata bekas gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024. Jom tonton video ini! #SinarHarian #SinarTerkini #FarahAnn #HariWanita2024 original sound - Sinar Harian





Al-Quran sumber penguat hidup wanita - Sinarharian - 10/03 10:15 am

Diri dan bakatnya mula menjadi sorotan ramai. Akui Sofizah, 35, pencapaian itu hadir bersama satu tanggungjawab besar

sama, saya turut menjadi pempengaruh di media sosial dalam menarik ramai lagi mendalami ilmu al-Quran,??? katanya ketika sesi fotografi di Sinar Harian, Shah Alam baru-baru ini. Kecintaan wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah terhadap taranum al-Quran mula mekar sejak usianya 11 tahun dan semakin subur selepas berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali serta Ustaz Yahya Daud di Kelantan. Sesungguhnya, tempoh 24 tahun bukanlah satu perjalanan mudah dan singkat. Banyak pengorbanan perlu dibayar untuk mengecapi kejayaan pada hari ini. Beliau kehilangan insan yang banyak memberi inpirasi iaitu bapanya, Mousin Sadiki ketika dirinya sedang sarat mengandung anak kedua, lebih tiga tahun lalu.???Saat itu, saya berjuang untuk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor. ???Saya juga pernah diuji sakit tekak selama hampir lima bulan, di samping masalah kesihatan lain. Semua itu berlaku sebelum saya bertanding pada Majlis Tilawah Antarabangsa. Ia menjadi cabaran untuk saya berlatih,??? ceritanya. Mengulas tentang peranan wanita pada hari ini, menurut Sofizah, tidak perlu dibandingkan dengan golongan lelaki, tugas sebagai kaum Hawa tidak kurang hebatnya terutama kepada anak bangsa, keluarga dan masyarakat. Disebabkan itu, katanya, kaum Hawa perlu menjaga diri dan penampilan dari segi rohani, jasmani dan emosi masing-masing lantaran ALLAH SWT menciptakan wanita dengan sensitiviti yang tinggi dan bermain dengan emosi. ???Kepada para wanita, jadikanlah al-Quran sebagai manual dan penguat kehidupan. Dalam kitab suci itu, ada banyak cerita tentang wanita yang boleh dijadikan sebagai panduan contohnya dalam mendidik anak, bekerja mahupun menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. ???Pada masa sama, utamakan diri dan sentiasa memperbaiki diri serta jalankanlah tanggungjawab kita dengan sebaiknya merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah,??? ungkapnya. - INFO Nama: Sofizah Mousin Jawatan: Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam, Selangor Pencapaian: Johan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022 Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia - Sinarharian - 10/03 8:00 am

Selain itu, turut tersenarai ialah pengasas Christy Ng Shoes, Christy Ng (Usahawan); bekas Senator dan Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) serta Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62, Sofizah Mousin (Agama). Tidak ketinggalan atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi (Sukan), Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank Digital, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (Perbankan); Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin (Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan) dan Pengarah Respected Citizen, Nur Hawa Zainal Abidin (Pelakon dan Usahawan)

semangat golongan wanita terutamanya anak-anak muda yang mahu mengikut jejak tokoh-tokoh ini. "Pemerkasaan wanita merangkumi pelbagai dimensi, bermula daripada peluang ekonomi dan pendidikan kepada kemasukan sosial dan politik. "Apabila wanita berpendidikan, mereka lebih bersedia untuk mengharungi cabaran hidup, mengejar peluang kerjaya dan memperjuangkan hak mereka. "Inilah mesej yang kami di Sinar Harian ingin tekankan dalam pelaporan kami mengenai pemerkasaan wanita seiring dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini 'Wanita Dijulang Negara Gemilang'," kata Farah. Tambah beliau, apabila wanita diperkasakan ia menjadi pemangkin kepada perubahan positif, memacu inovasi, memupuk perpaduan sosial dan membina komuniti yang lebih makmur untuk generasi akan datang. SEMANGAT HARI WANITA Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, pemilihan 10 ikon ini mula disenarai pendek oleh Sinar Harian bersama pasukan Sinar Plus, Sinar Daily, Sinar Bestari dan Sinar Islam Plus sejak Februari lalu. Katanya, 10 wanita yang dipilih itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri daripada bidang Politik dan Kepimpinan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam (Pasukan Beruniform) dan Pro-Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, Prof Datuk Dr Asma (Pendidikan, Sains dan Teknologi). Selain itu, turut tersenarai ialah pengasas Christy Ng Shoes, Christy Ng (Usahawan); bekas Senator dan Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) serta Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62, Sofizah Mousin (Agama). Tidak ketinggalan atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi (Sukan), Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank Digital, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (Perbankan); Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin (Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan) dan Pengarah Respected Citizen, Nur Hawa Zainal Abidin (Pelakon dan Usahawan). "Kami di Sinar Harian menghargai kerjasama setiap ikon dalam melapangkan masa untuk sesi temubual dan fotografi. "Semoga sisipan khas 10 Wanita Inspirasi Malaysia ini membawa semangat hari wanita dan untuk kita bersama-sama berusaha mencipta dunia yang lebih inklusif dan saksama untuk semua. "Tidak ketinggalan, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua editor dan karyawan Sinar Harian dari pelbagai unit baik grafik, foto dan sosial media yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan edisi khas ini," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini - Sinarharian - 10/03 7:41 am

Sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini memaklumkan dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah

(PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama. Sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini memaklumkan dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah. Minggu pertama juga jelasnya wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti. - Awani Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Hadin senjata baharu NSFC - Bharian - 9/03 10:53 pm

SEREMBAN: Bekas pemain kebangsaan dan Penang FC, Muhammad Hadin Azman bakal menjadi senjata baharu buat skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.





Muda tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri - Sinarharian - 9/03 10:10 pm

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN). Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi sambil menjelaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti

memaklumkan gabungan itu sedang merancang untuk mengadakan siri jelajah seluruh negara dengan turun ke setiap negeri bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Muhyiddin dilapor berkata, keputusan menjelajah bersama bekas Presiden Muda itu atas dasar sokongan yang ditunjukkan meskipun tidak menyertai PN. Dalam pada itu, Amir Hariri turut menjelaskan, tidak ada sebarang persetujuan untuk sertai jelajah PN. "Harap tidak ada pihak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengaitkan Muda, Ahli Parlimen Muda atau pimpinan Muda, mendahului keputusan parti," ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





SPRM tidak terlibat dengan pendedahan Wan Saiful - Hamzah - Sinarharian - 9/03 10:03 pm

???Dia nak kata seminggu atau dua minggu dia (Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan) nak buat laporan (kepada SPRM) itu (terpulang) bila-bila masa dan sampai masa dia buat la laporan,??? katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penutupan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN pada Sabtu. Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau

nak kata seminggu atau dua minggu dia (Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan) nak buat laporan (kepada SPRM) itu (terpulang) bila-bila masa dan sampai masa dia buat la laporan,??? katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penutupan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN pada Sabtu. Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau. Isnin lalu, SPRM memberi tempoh seminggu kepada Wan Saiful untuk tampil ke SPRM berhubung pendedahan beliau di Dewan Rakyat mengenai tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya ahli Parlimen tersebut tidak berbuat demikian, satu tindakan terhadapnya akan diambil. Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful dilaporkan membuat pendedahan mengenai tawaran bernilai RM1.7 juta itu ketika perbahasan titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa sogokan tersebut adalah peruntukan wakil rakyat dan pengguguran pertuduhan kes di mahkamah. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Wakil rakyat PN Selangor jamin tak ikut jejak Abdul Rashid - Muhyiddin - Sinarharian - 9/03 9:08 pm

Menurutnya, pindaan perlembagaan Bersatu sudah menjadi isyarat jelas mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada wakil rakyat yang mengkhianati parti. "Mereka yang hadir hari ini menunjukkan komitmen..

yang datang jumpa saya dari Selangor menyatakan kedudukan mereka, tiada kaitan dengan apa yang dibuat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari (isytihar sokongan kepada lawan). "Di peringkat Parlimen pun tak ada cerita apa, nampak kedudukan kita (PN) masih kukuh," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN, di sini pada Sabtu. Sebelum ini, enam ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka terdiri daripada Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan ADUN serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh. Bagaimanapun, pada 6 Mac, Abdul Rashid pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Muda tidak akan sertai jelajah PN - Mkini - 9/03 9:04 pm

Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi tampil memperjelaskan pengumuman Muhyiddin Yassin bahawa Syed Saddiq akan sertai jelajah PN.



Pengarah JSJ Bukit Aman ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat - SUN - 9/03 8:15 pm

Saya akan bincang dengan timbalan dan ketua jabatan siasatan jenayah...mereka ini jaga perihal siasatan...saya terima dan akan baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara, katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini

baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara, katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini. Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka. Pada program tersebut, Mohd Shuhaily berkata sesi libat urus terbabit akan diperluaskan di negeri lain bagi mengenal pasti isu berbanding mengenai jenayah setempat. Beliau berkata sesi tersebut membuka mata pegawai kanan termasuk ketua polis daerah, ketua jabatan siasatan jenayah dan ketua jabatan siasatan jenayah daerah, mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka. Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat. Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan, jelasnya. - Bernama





MySinar teruskan misi hantar bantuan - Sinarharian - 9/03 7:08 pm

Terdahulu Mesyuarat Agung Pertubuhan MySinar kali ke-3 diadakan pada Sabtu bagi membentangkan laporan aktiviti serta pengesahan kewangan bagi tahun 2023. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah

setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad. Tabung MySinar juga akan disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kepada pertubuhan ini. "Saya berharap orang ramai dapat menyumbang kepada MySinar kerana sekiranya dana terkumpul mencukupi, mudah untuk kami menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Terdahulu Mesyuarat Agung Pertubuhan MySinar kali ke-3 diadakan pada Sabtu bagi membentangkan laporan aktiviti serta pengesahan kewangan bagi tahun 2023. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah. Dalam pada itu, Mohd Fadzil Fairus berkata, MySinar yang diwujudkan pada 2020 itu kini sedang dalam usaha untuk menambah ahli pertubuhan itu. "Ketika ini kami mempunyai hampir 50 ahli yang bersama-sama turun padang menyalurkan bantuan dan kini sedang dalam proses menambah bilangan ahli. "Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini, kami amat alua-alukan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya. Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini boleh menghubungi MySinar menerusi e-mel: admin@mysinar.org atau Facebook: https://ww.facebook.com/MySinarPrihatinMalaysia. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan - Sinarharian - 9/03 4:51 pm

"Lima pelajar sekolah berusia 14 tahun hingga 17 tahun dan empat lelaki berusia 23 hingga 37 tahun itu telah dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan lanjut. "Mereka dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah

itu dilakukan oleh pegawai penguat kuasa syariah wanita yang telah berada di lokasi berkenaan bermula jam 1.30 tengah hari. "Lokasi tangkapan ini dilakukan berdekatan dengan masjid tersebut setelah pihak kami menerima aduan daripada orang awam. "Ketika ditahan, masing-masing didapati sedang bersembang," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Sabtu. Khairul Azizi memberitahu, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. "Lima pelajar sekolah berusia 14 tahun hingga 17 tahun dan empat lelaki berusia 23 hingga 37 tahun itu telah dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan lanjut. "Mereka dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah. "Kita nasihatkan orang ramai supaya dapat menjadikan kes seumpama ini sebagai pengajaran dan tidak terlibat dalam kesalahan jenayah syariah," ujarnya. Berdasarkan enakmen kesalahan jenayah syariah itu, mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan kesalahan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tanya 'pakar' lompat parti - PM Anwar - Sinarharian - 9/03 4:37 pm

"Kepala parti lompat nak cadang buat? Terpulang kepada ahli Parlimen (itu sendiri), kenapa tanya saya? "Dia yang pakar pergi lompat dan 'scheme of things'. Itu dia patut jawab," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pada Sabtu

sendiri), kenapa tanya saya? "Dia yang pakar pergi lompat dan 'scheme of things'. Itu dia patut jawab," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pada Sabtu. Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Pitchay. Tambah Anwar, tindakan enam ahli Parlimen dan seorang ADUN itu menunjukkan mereka hilang kepercayaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). "Orang dah hilang keyakinan kepada Bersatu, terutamanya," katanya ringkas. Muhyiddin sebelum ini mencabar kerajaan mengisytiharkan kekosongan kerusi di enam kawasan Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membabitkan wakil rakyat PN yang belot. Kerusi terlibat adalah Parlimen Tanjong Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan dan DUN Selat Klang. Muhyiddin berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan setelah wakil rakyat PN yang dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) lalu mengkhianati parti dengan menyokong kerajaan. Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan ADUN serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh. Bagaimanapun, pada 6 Mac, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan, Anwar meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya lebih tangkas untuk menyelamatkan rakyat dan negara agar Malaysia tidak menjadi tempat yang merosakkan akhlak terutamanya untuk para wanita dan anak gadis. "Malam tadi sempena sambutan Hari Wanita, wanita mengeluh bahawa ada laporan gangguan seksual jenayah terhadap anak-anak, wanita terutamanya yang muda oleh keluarga sendiri, guru, penjaga, ustaz, di maahad tahfiz, di sekolah, ia masih dilapor berleluasa. "Saya tegaskan di sini, minta kerjasama rakan-rakan, saudara-saudara, anggota polis supaya lebih tangkas dalam menangani isu ini, jangan jadikan negara ini sebagai tempat merosakkan kerana akhlak, tempat penyeksaan dan penderaan dan gangguan kepada anak-anak kita terutama gadis dan remaja," katanya. Dalam pada itu, Anwar telah meluluskan segera peruntukkan RM500,000 kepada Surau Ibu Pejabat Polis SPT untuk membaiki penyaman udara serta kemudahan-kemudahan lain di surau berkenaan. Beliau turut meluluskan peruntukan RM1 juta untuk Perumahan Polis Seberang Jaya yang sedang disiapkan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Aspek keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh ibu bapa - Fahmi - SUN - 9/03 3:53 pm

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Shopee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Hanita Izam Abdul Rahman serta 200 penerima program berkenaan

cukup mudah mengikut trend-trend tertentu dan dari segi pembangunan mental, masih banyak yang mereka perlu lalui, katanya. Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Shopee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Hanita Izam Abdul Rahman serta 200 penerima program berkenaan. Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu selain meneliti beberapa usaha sama yang akan dijalankan. Beliau berkata Kementerian Komunikasi juga akan mencadangkan satu kempen kesedaran diadakan di sekolah yang akan disertai bersama-sama pengendali platform media sosial. Rata-rata saya lihat, pihak media sosial bersedia melakukan aktiviti CSR (tanggungjawab sosial korporat) bersama-sama pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid agar mereka faham dan tidak main media sosial pada usia yang muda, katanya. Insya-Allah kita akan bincangkan bentuk penyelesaian segera dan yang bersifat berpanjangan yang boleh dilakukan, katanya. Fahmi turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan bersama wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Parlimen minggu lepas dan mempunyai beberapa rancangan untuk menjayakan kempen kesedaran dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid mengenai aspek keselamatan dalam talian. Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata MCMC telah menyekat akaun individu yang menyebarkan ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace di media sosial selain telah berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berhubung isu berkenaan. Saya semak pagi tadi akaun itu sudah tidak boleh diakses. Sebelum ini, pihak MCMC memaklumkan mereka mendapat pandangan dan laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai ajaran sesat itu. Ada beberapa tindakan yang telah diambil termasuk siasatan untuk pastikan bukti-bukti ini tidak terjejas. Jadi setelah beberapa perkara dilakukan, pihak MCMC mendapat kebenaran daripada Menteri Hal Ehwal Agama dan hari ini saya lihat akaun itu tidak boleh lagi diakses, katanya. Pada Khamis lepas (7 Mac), Mohd Naim dilaporkan Ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam selain pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh. - Bernama





PRIHATIN, SAM barakan semangat kembali ke sekolah - Sinarharian - 9/03 3:22 pm

Majlis berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penchala, Kuala Lumpur, disempurnakan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Turut hadi, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali dan Presiden SAM, Norismadi Abd Manap

Aizuddin Mohd Ghazali dan Presiden SAM, Norismadi Abd Manap. Dalam pada itu, Aizuddin berharap kerjasama antara PRIHATIN dan SAM dipergiat menerusi pelbagai lagi aktiviti dan program pada masa depan. "Yayasan Prihatin sangat berbesar hati dapat menjalinkan kolaborasi sulung bersama SAM dan PRIHATIN berharap selepas ini lebih banyak program kerjasama antara SAM dan PRIHATIN dapat direalisasikan," kata Aizuddin. Sementara itu, Presiden SAM, Norismadi berkata, beliau yang mewakili ahli-ahli SAM mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan PRIHATIN atas kesudian untuk bekerjasama dan meraikan ahli-ahli SAM. "Program dan sumbangan yang diberikan pada hari ini membantu ahli SAM dalam menguruskan ekonomi keluarga masing-masing." katanya. Sebagai rekod, PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan bertujuan menyediakan pelbagai bantuan ke arah kehidupan yang lebih baik dan melibatkan tiga teras utama; pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan. PRIHATIN menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa.





Ibu bapa perlu beri penekanan aspek keselamatan dalam talian terhadap anak-anak - Fahmi - Sinarharian - 9/03 3:09 pm

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Shopee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Hanita Izam Abdul Rahman serta 200 penerima program berkenaan

cukup mudah mengikut trend-trend tertentu dan dari segi pembangunan mental, masih banyak yang mereka perlu lalui,??? katanya. Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Shopee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini hari ini. Turut hadir Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Hanita Izam Abdul Rahman serta 200 penerima program berkenaan. Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu selain meneliti beberapa usaha sama yang akan dijalankan. Beliau berkata, Kementerian Komunikasi juga akan mencadangkan satu kempen kesedaran diadakan di sekolah yang akan disertai bersama-sama pengendali platform media sosial. "Rata-rata saya lihat, pihak media sosial bersedia melakukan aktiviti CSR (tanggungjawab sosial korporat) bersama-sama pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid agar mereka faham dan tidak main media sosial pada usia yang muda,??? katanya. "Insya-ALLAH kita akan bincangkan bentuk penyelesaian segera dan yang bersifat berpanjangan yang boleh dilakukan,??? katanya. Fahmi turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan bersama wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Parlimen minggu lepas dan mempunyai beberapa rancangan untuk menjayakan kempen kesedaran dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid mengenai aspek keselamatan dalam talian. Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, MCMC telah menyekat akaun individu yang menyebarkan ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace di media sosial selain telah berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na???im Mokhtar berhubung isu berkenaan. "Saya semak pagi tadi akaun itu sudah tidak boleh diakses. Sebelum ini, pihak MCMC memaklumkan mereka mendapat pandangan dan laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai ajaran sesat itu. "Ada beberapa tindakan yang telah diambil termasuk siasatan untuk pastikan bukti-bukti ini tidak terjejas. Jadi setelah beberapa perkara dilakukan, pihak MCMC mendapat kebenaran daripada Menteri Hal Ehwal Agama dan hari ini saya lihat akaun itu tidak boleh lagi diakses," katanya. Pada Khamis lepas (7 Mac), Mohd Na???im dilaporkan Ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam selain pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Pembinaan 287 menara telekomunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus - SUN - 9/03 2:44 pm

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad

Kampung Krishna, Jementah yang mula dibina pada suku kedua 2023 dan telah siap dibina oleh pihak Celcom Berhad pada awal 2024. Menara ini boleh digunakan bermula 28 Feb lepas bagi pengguna CelcomDigi, manakala pengguna Maxis pada 7 Mac dan U-Mobile semalam, jadi dengan siapnya menara telekomunikasi berkenaan dianggarkan sebanyak 100 penduduk di Kampung Krishna dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Paya Jakas dan Pekan Jementah berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad. Dalam pada itu, Teo berkata sebanyak 4,701 menara telah dinaik taraf kepada 4G/LTE, manakala 16 menara masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap serta beroperasi pada 2025. Setakat ini, liputan 4G/LTE secara keseluruhan di negeri Johor ialah 99.16 peratus, manakala bagi kawasan Parlimen Segamat, setakat tempoh sama capaian liputan Internet selular bagi kawasan berpenduduk sebanyak 97.84 peratus. Di seluruh Johor memang ada tempat yang masih ada isu liputan Internet. Sebagai contoh, kawasan Sengkang Lengga dan Kampung Gelang Cincin di Kulai pun masih ada menara yang kita baru hendak bangunkan. ... kebanyakan memang di kawasan pedalaman, Felda atau kampung, bagaimanapun lokasi berkenaan akan dibantu melalui projek Jendela yang dibayar MCMC, katanya. - Bernama





PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Sinarharian - 9/03 2:43 pm

Skuad Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM semalam, bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac. Sementara itu, Hannah berkata, pelancaran video Kod Sukan Selamat, yang melibatkan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan sukan secara selamat

untuk skuad Harimau Malaya. Semua usaha yang dilakukan dalam beberapa minggu ini, semuanya untuk skuad Harimau Malaya (supaya dapat beraksi dengan baik),??? katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan pelancaran video Kod Sukan Selamat di Uniten di sini, hari ini. Semalam, Pan Gon melahirkan rasa kecewanya dengan keadaan padang Stadium Nasional yang bakal digunakan untuk aksi keempat pusingan kelayakan itu, selepas lawatan pada Khamis lepas, manakala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata keadaan padang didapati berada pada tahap baik untuk menganjurkan perlawanan tersebut. Sebelum ini, timbul persoalan mengenai keadaan padang di stadium keramat skuad Harimau Malaya itu, selepas beberapa konsert diadakan di venue berkenaan. Skuad Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM semalam, bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac. Sementara itu, Hannah berkata, pelancaran video Kod Sukan Selamat, yang melibatkan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan sukan secara selamat. Beliau berkata, KBS akan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menayangkan video itu, yang menerangkan Kod Sukan Selamat dan cara untuk membuat laporan, di tempat awam. "Sejak melancarkan Kod Sukan Selamat pada tahun lepas, kita mendapat komitmen daripada lebih 1,000 pihak terdiri daripada persatuan sukan, atlet dan beberapa kementerian. Kesedaran ini penting kerana tanggungjawab wujudkan persekitaran selamat dipikul bersama oleh semua pihak, termasuk ibu bapa dan sekolah,??? katanya. Dalam perkembangan lain, Hannah melancarkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras pagi ini. Program dengan pengisian 44 siri senam robik secara percuma, melibatkan peruntukan RM430,000 di 43 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) itu, bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat, terutamanya di peringkat komuniti. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





KKM rekod 15 kes berkaitan cuaca panas - Sinarharian - 9/03 2:16 pm

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Klinik Kesihatan Seberang Takir dekat sini pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan

berumur 17 hingga 50 tahun. Mereka ini tededah dengan cuaca panas dan daripada jumlah itu ada yang bertugas sebagai anggota badan beruniform. "Terdapat satu sahaja kes masih mendapat rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah manakala 14 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sudah sembuh," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Klinik Kesihatan Seberang Takir dekat sini pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini tiada kes laporan kematian direkodkan berhubung kejadian tersebut. Beliau menambah jumlah kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah tujuh di Perak, Kedah (tujuh), dan satu di Sabah. Dalam pada itu, Dr Dzulkefly mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan ketika cuaca panas terutamanya pada bulan Ramadan antaranya merancang aktiviti di luar rumah dengan mengelak waktu puncak cuaca panas antara jam 11 pagi hingga 4 petang. "Kekalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapangelas sehari terutama mereka yang berpuasa dari waktu berbuka sehingga bersahur bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan. "Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi," ujarnya. Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai juga diminta untuk todam memakai pakaian tebal selain menggunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas. "Hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas elakkan berada dalam kenderaan tertutup ketika penyaman udara tidak dihidupkan semasa cuaca panas "Orang ramai juga diminta dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas," jelasnya. Sementara, itu, Dr Dzulkefly menyatakan KKM telah mewujudkan sebanyak 33 Wellness Hub di seluruh negara termasuklah Wellness Hub Terengganu. Katanya, Fmfasiliti tersebut berfungsi sebagai 'One Stop Centre' yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat. "Penubuhan Wellness Hub Terengganu ini dilihat sebagai salah satu strategi yang komprehensif bagi merealisasikan hasrat KKM untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang peka dan prihatin terhadap kesihatan sendiri," ujarnya.





Hadi Awang berkerusi roda ke Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN - Sinarharian - 9/03 1:56 pm

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat berkerusi roda ketika menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini pada Sabtu

Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dilapor berkata, Abdul Hadi berdepan masalah kesihatan selepas tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada 26 Februari lalu. Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi Presiden Pas di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong. Bagaimanapun pada 1 Mac lau, Mohd Syahir yang juga setiausaha politik Abdul Hadi memaklumkan tahap kesihatan Abdul Hadi beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak hujung Februari lalu. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





120 pelacur, GRO ditahan di premis hiburan di Kuantan - Sinarharian - 9/03 1:48 pm

Menurutnya, 11 lelaki warganegara tempatan yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63. ???Dalam masa sama, seramai 40 individu warganegara tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya

pelanggan (GRO) turut ditahan. "Mereka ini ialah 103 wanita warga Thailand, dua warga Laos dan 11 lagi wanita warga Vietnam manakala dua wanita masing-masing dari Indonesia dan Indonesia. Selain itu, lima lelaki warga Myanmar, seorang warga Indonesia, 11 warga Bangladesh dan tiga lelaki warga China ditahan. Mereka ini berusia antara 19 hingga 49 tahun. "Kita turut menahan 11 lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis yang berumur 25 hingga 46 tahun. Penahanan mereka dibuat bagi bagi membantu siasatan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat JIM Pahang di Indera Mahkota pada Sabtu. Serbuan itu, melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Pahang, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Perlis, JIM Perak dan JIM Negeri Sembilan. Jafri Embok memaklumkan hasil semakan awal mendapati 94 individu memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah. Ujarnya, sementara selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada di negara ini. Beliau menambah, pihaknya turut merampas kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis dan peralatan seks. "Rampasan juga membabitkan 95 pasport pelbagai negara (Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. "Selain itu, wang tunai berjumlah RM7,880, sebanyak 21 unit telefon bimbit, gel pelincir, gelang tip, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya. Menjawab mengenai modus operandi, Jafri Embok berkata pusat hiburan terlibat telah melakukan promosi wanita warga asing dengan menggunakan foto melalui aplikasi media sosial seperti Telegram, WhatsApp dan Wechat. Menurutnya, wanita dipilih pelanggan akan diuruskan oleh penjaga premis yang didalangi warga tempatan ke bilik disediakan dengan kadar bayaran tertentu. ???Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM300 hingga RM400 bergantung kepada pakej yang ditawarkan. ???Transaksi bayaran yang digunakan bagi urusniaga ini adalah secara dalam talian atau tunai sebelum wanita warganegara asing tersebut diserahkan kepada pelanggan,??? katanya. Jafri Embok berkata, kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kemudiannya dibawa ke JIM Negeri Pahang untuk tindakan lanjut. Menurutnya, 11 lelaki warganegara tempatan yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63. ???Dalam masa sama, seramai 40 individu warganegara tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Siasatan salah guna kuasa pegawai, semua faktor akan diteliti - Adly - SUN - 9/03 1:18 pm

Kita di kementerian tidak nafikan menerima semua laporan sama ada pada peringkat dalaman atau luar termasuk melibatkan laporan polis dan kerana itu siasatan peringkat dalaman amat penting. Sekiranya ada terkait dengan pegawai-pegawai tertentu, kita ketepikan dulu kuasa pegawai terbabit supaya penyiasatan dapat dilakukan secara bebas, manakala mangsa ini dapat keluar daripada trauma, katanya kepada pemberita selepas hadir ke Karnival Rahmah Parlimen Alor Gajah di Dataran Keris Alor Gajah di sini hari ini

pihak tanpa mengira pangkat. Kita di kementerian tidak nafikan menerima semua laporan sama ada pada peringkat dalaman atau luar termasuk melibatkan laporan polis dan kerana itu siasatan peringkat dalaman amat penting. Sekiranya ada terkait dengan pegawai-pegawai tertentu, kita ketepikan dulu kuasa pegawai terbabit supaya penyiasatan dapat dilakukan secara bebas, manakala mangsa ini dapat keluar daripada trauma, katanya kepada pemberita selepas hadir ke Karnival Rahmah Parlimen Alor Gajah di Dataran Keris Alor Gajah di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya. Markas TDM dalam kenyataan memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa pada Ahad lepas, berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular dalam media sosial. TDM juga menjelaskan sebagai tindakan, pegawai kanan itu telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan TDM melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh. Mengulas lanjut, Adly berkata Kementerian Pertahanan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima semua laporan dan pihak yang tidak berpuas hati selepas siasatan dilakukan boleh mengemukakannya kepada kementerian. - Bernama





Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu - Sinarharian - 9/03 12:56 am

Bagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, ia bergantung kepada perundingan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan. "Kita harap Amanah boleh bertandinglah tetapi bergantung kepada perundingan," katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah (SIFEX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu

Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah (SIFEX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu. Diminta mengulas adakah Amanah masih mempunyai peluang memandangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai lebih banyak peluang sebelum ini di Sabah, beliau sekali lagi berkata, dengan adanya pakatan bersama parti lain sudah tentu ada peluang untuk mereka merebut kerusi di negeri ini melalui rundingan antara pakatan. "Kalau kita bertanding atas pakatan ini, mana-mana parti kalau bertanding atas pakatan ada harapan cuma nak mendapatkan kerusi itu atas perundingan," jelasnya. Sementara itu, diminta mengulas mengenai persediaan Amanah susulan kemungkinan akan berlaku kekosongan enam kerusi Parlimen yang dituntut oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau menegaskan ia masih belum ditentukan lagi. "Itu kita tidak tahu lagi, kita tunggulah bila tiba waktu 'we cross the bridge'," katanya. Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri. Susulan tindakan mereka itu, Bersatu meluluskan pindaan ke atas Perkara 10 Perlembagaan Bersatu yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





'Pengkhianat parti tidak dijemput sertai Konvensyen Wakil Rakyat PN' - Sinarharian - 9/03 12:29 am

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan tujuh wakil rakyatnya yang menyokong kerajaan tidak dijemput untuk menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini pada Sabtu

dijemput buat apa,??? katanya ketika ditemui media di konvensyen berkenaan. Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN dihadiri seramai 220 daripada 292 wakil rakyat PN. Mereka terdiri daripda Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara (ADN), dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu. Antara pemimpin utama PN yang hadir konvensyen itu adalah Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyt (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau. Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka terdiri daripada Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Rezeki Wani dapat hadiah motosikal Yamaha LC - Bharian - 9/03 12:05 am

TAIPING: Rezeki berganda diterima Siti Norol Salwani Ismail, ibu seorang anak yang kisahnya tular kerana sanggup menunggang motosikal hampir 300 kilometer (km) dari Changkat Jering, di sini ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung.





Sistem ranking sepak takraw dunia penting - Sinarharian - 9/03 12:01 am

"Sebab kalau tidak nanti dia bercampur aduk sebab ada negara yang mungkin belum sampai ranking tersebut, kita tak boleh satukan dalam satu kejohanan, dia kena pecah-pecahkan ikut ranking," katanya selepas Majlis Pelancaran Trofi Piala Serumpun bagi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, pada 18 hingga 26 Mei ini. Hadir merasmikan majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

piala dunia seterusnya ataupun kejohanan antarabangsa yang akan datang, ada sistem ranking itu untuk kumpulan dan sebagainya. "Sebab kalau tidak nanti dia bercampur aduk sebab ada negara yang mungkin belum sampai ranking tersebut, kita tak boleh satukan dalam satu kejohanan, dia kena pecah-pecahkan ikut ranking," katanya selepas Majlis Pelancaran Trofi Piala Serumpun bagi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, pada 18 hingga 26 Mei ini. Hadir merasmikan majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) sebelum itu melantik Sumali mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Mei ini. INFO Piala Dunia Sepak Takraw 2024 DIVISYEN PREMIER Malaysia Thailand Korea Selatan Myanmar Vietnam India Indonesia Singapura Brunei Jepun China Filipina DIVISYEN SATU Sri Lanka Arab Saudi Perancis Iran Taiwan Nepal Pakistan Jerman Bangladesh Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca - Hamzah - Sinarharian - 9/03 11:37 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Sabtu

Undangan Negeri (ADUN) tersebut. Menurutnya, apa yang berlaku amat mengecewakan namun tidak melemahkan PN untuk terus berjuang melawan sebarang godaan bersifat peribadi. "Setiap panji yang berada di bawah PN wajib ada roh perjuangan dalam diri dan hati masing-masing. "Tetapi sejarah mengajar kita bahawa perjuangan itu penuh onak dan pancaroba. Ramai yang tersungkur di tengah jalan, hanya mereka yang teguh imannya, cekal hatinya, istiqamah jiwanya sahaja yang mampu menyalakan obor perjuangan suci demi agama dan bangsa negara ini. "Tetapi ALLAH SWT hadirkan sesuatu perkara itu ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya kita kenal mana intan, mana kaca mana yang ikhlas...," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat PN di sini, pada Sabtu. Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh. Bagaimanapun, pada 6 Mac, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan pemimpin PN yang lain agar berwaspada dengan gelombang sokongan rakyat yang mempunyai pasang dan surutnya. Katanya, rakyat kini bukan hanya menilai kerajaan tetapi juga menilai pemimpin pembangkang dalam memainkan peranan untuk membawa suara mereka. "Jangan anggap pengundi akan terus bersama kita. "Sudah ramai dalam kalangan kita boleh dianggap sebagai ahli politik bermusim," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





IGP: Investigation papers on Hadis remark that led to Selangor Sultans .. - Malaymail - 9/03 9:51 am

KUALA LUMPUR, March 9 The police have completed their investigations into PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awangs con...





Kajian SSPA ambil kira tempoh waktu kerja penjawat awam wanita - PM - Sinarharian - 8/03 10:59 pm

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini. Turut hadir pada majlis sambutan itu isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri

kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang. "Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah,??? katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini. Turut hadir pada majlis sambutan itu isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi kelonggaran seumpama itu kepada penjawat awam wanita, jika ia dapat direalisasikan. Beliau berkata, perkara itu menuntut perubahan daripada pemikiran konvensional, memandangkan terdapat wanita yang terpaksa meninggalkan kerjaya mereka bagi memberi perhatian kepada keluarga. "Kita yang membuat peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) dan kalau kita rasa perlu untuk meningkatkan sumbangan wanita, kita boleh sesuaikan sedikit peraturan dan SOP itu," kata beliau. Bagi mengiktiraf peranan wanita, Anwar turut mengarahkan Nancy supaya memilih 100 tokoh wanita dalam pelbagai bidang untuk menerima dana khas sebanyak RM50,000, bagi menjalankan program berkaitan golongan itu. "Dengan dana khas ini, mereka boleh manfaatkan sama ada mengadakan kegiatan atau kumpulan yang tidak semestinya terikat kepada parti atau persatuan, menggunakan dana ini untuk mencari jalan atau wahana meningkatkan kegiatan wanita," kata beliau. Perdana Menteri berkata, beliau akan menimbangkan untuk meningkatkan jumlah penyertaan dan dana, jika program yang dijalankan terbukti berjaya mengangkat peranan wanita dalam masyarakat. Sementara itu, beliau berkata, SSPA yang bertujuan meningkatkan kadar upah penjawat awam sedang dalam peringkat akhir dan hasil kajian itu akan diumumkan menjelang akhir tahun ini selepas 10 tahun kadar upah penjawat awam tidak dikaji. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan ke Parlimen bulan ini - Sinarharian - 8/03 10:25 pm

"Kita kirimkan ke asrama, maahad tahfiz dengan harapan yang sangat tinggi bagi memuliakan dan mendidik akhlak anak-anak, tetapi berlaku kecurangan dan ini wajib dihentikan dengan segala kekuatan kepimpinan negara," kata beliau. Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nancy dan jemaah menteri

segi hak anak-anak menjadi warganegara akan digantikan dengan ibu bapa atau ibu atau bapa. "Setelah begitu lama, puluhan tahun perkara ini dibangkitkan, Kerajaan Madani di bawah Menteri (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Nancy Shukri, kita dapat lakukan pindaan yang sangat bererti ini,??? katanya pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini malam ini. Perdana Menteri berkata, beliau percaya pindaan itu akan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk memberikan perhatian segera terhadap kes berkaitan gangguan seksual. Beliau berkata, kewujudan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) dan Tribunal Antigangguan Seksual tidak mencukupi, jika penguatkuasaan tidak dijalankan dengan berkesan. "Memalukan jika kita sebagai sebuah negara berbicara soal nilai dan akhlak, tetapi masih terdapat laporan berita yang sangat menyakitkan dan mengetuk pintu hati kita akibat keterlanjuran yang dibiarkan berleluasa. "Kita kirimkan ke asrama, maahad tahfiz dengan harapan yang sangat tinggi bagi memuliakan dan mendidik akhlak anak-anak, tetapi berlaku kecurangan dan ini wajib dihentikan dengan segala kekuatan kepimpinan negara," kata beliau. Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nancy dan jemaah menteri. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Cabinet reprimands MPs for issuing false statements in parliament - Fahmi - SUN - 8/03 9:46 pm

Fahmi said a series of false statements issued by members of Parliament had confused the Dewan Rakyat, before being followed up with apologies. There is a contention as to whether there was any remorse, do they understand that what was said was incorrect, either (MPs) of Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan), Pengkalan Chepa (Datuk Ahmad Marzuk Shaary) or Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang), he said

seems to be an attitude of issuing a statement first, then apologised, he said at a press conference after attending the Cabinet meeting today. Fahmi said a series of false statements issued by members of Parliament had confused the Dewan Rakyat, before being followed up with apologies. There is a contention as to whether there was any remorse, do they understand that what was said was incorrect, either (MPs) of Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan), Pengkalan Chepa (Datuk Ahmad Marzuk Shaary) or Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang), he said. Fahmi added that the matters raised will be answered by the ministers in the winding-up session scheduled to start on Monday. On March 5, Wan Saiful apologised for uttering malicious statements against the Prime Minister in the Dewan Rakyat. He apologised after the Speaker of the Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul asked the Perikatan Nasional (PN) MP to explain the statement he made when debating on the Motion of Thanks for the Royal Address on Feb 28. - Bernama





Kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat: Jemaah Menteri tegur ahli Parlimen - Sinarharian - 8/03 8:21 pm

Fahmi berkata, siri kenyataan Ahli Parlimen yang tidak benar telah mengelirukan Dewan, sebelum disusuli dengan siri permohanan maaf. "Ada pertikaian sama ada terdapatnya penyesalan, adakah mereka faham bahawa apa yang disebut itu tidak betul dan benar, tidak kira (Ahli Parlimen) Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan), Pengkalan Chepa (Datuk Ahmad Marzuk Shaary) atau Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang),??? katanya

untuk pastikan (ia tidak berulang) kerana seolah-olah ada sikap cakap dahulu, minta maaf kemudian,??? katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, di sini hari ini. Fahmi berkata, siri kenyataan Ahli Parlimen yang tidak benar telah mengelirukan Dewan, sebelum disusuli dengan siri permohanan maaf. "Ada pertikaian sama ada terdapatnya penyesalan, adakah mereka faham bahawa apa yang disebut itu tidak betul dan benar, tidak kira (Ahli Parlimen) Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan), Pengkalan Chepa (Datuk Ahmad Marzuk Shaary) atau Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang),??? katanya. Fahmi berkata, bagaimanapun perkara-perkara yang dibangkitkan akan dijawab menteri-menteri dalam sesi penggulungan yang dijadual bermula Isnin. Pada 5 Mac, Wan Saiful memohon maaf atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Permohonan maaf itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu, untuk memberikan penjelasan mengenai kenyataan yang dibuatnya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - Johari - Sinarharian - 8/03 8:13 pm

Terdahulu beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Insan Berkat, Kampung Sungai Jagung dekat sini manakala 300 asnaf dari kawasan Parlimen Sungai Petani, menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari

Parlimen bersidang, bergaduh, bertepuk meja, bertengkar, maki hamun...sedangkan Parlimen adalah tempat yang mulia, buat undang-undang. "Parlimen Malaysia tidak boleh renggang daripada rakyat..apa juga keputusan dalam Parlimen bukan sahaja sampai kepada pemerintah tetapi juga perlu sampai ke bawah...sebab itu rakyat perlu tahu peranan sebenar Parlimen," katanya semasa berucap pada Majlis Menuju Ambang Ramadan Bersama Rakyat, Asnaf dan Anak Yatim kawasan Parlimen Sungai Petani di sebuah hotel di sini, hari ini. Beliau berkata, siaran langsung persidangan Dewan Rakyat contohnya dapat memberikan pendedahan kepada rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku di Parlimen dan peranan yang dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. "Rakyat boleh menilai, kita tidak mahu rakyat cuma menilai prestasi Ahli Parlimen itu, lima tahun sekali sebelum pilihan raya, tetapi kita nak lihat sama ada wakil rakyat kita bercakap bagi pihak kita dalam hal-hal yang kita nak dia bercakap. "(Sebagai contoh) tentang harga barang, tentang hal-hal keselamatan di tempat kita, tentang pendidikan, tentang perniagaan, tentang beras, ayam, tentang macam-macam yang kita lalui kesusahan, wakil rakyat kita mesti bercakap di Parlimen," katanya. Sementara itu, beliau berkata, barisan kepimpinan negara yang ada ketika ini akan digantikan dengan barisan kepimpinan muda pada masa hadapan. "Saya berjumpa dengan ribuan anak muda di universiti...antara yang saya sampaikan khususnya untuk anak-anak muda ini bahawa negara ini milik kita semua...saya akan tinggalkan semua ini kelak dan perlu ada pengganti yang lebih baik daripada saya untuk memainkan peranan ini. "Kita beri mereka semangat supaya mereka bersedia bukan sahaja fizikal tetapi juga mental...bila tiba masanya untuk mereka terus memerintah negara, perintah dengan sikap yang betul, niat yang betul untuk menolong rakyat dan membangunkan negara yang amat kita sayangi ini," katanya. Terdahulu beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Insan Berkat, Kampung Sungai Jagung dekat sini manakala 300 asnaf dari kawasan Parlimen Sungai Petani, menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Siasatan insiden anggota bomba lemas ketika selenggara bot hampir siap - Sinarharian - 8/03 6:41 pm

Sebelum itu, Nor Hisham mengiringi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan bayaran pampasan kerajaan,faedah kumpulan wang kebajikan bomba dan faedah takaful berkelompok sepenuh masa JBPM kepada balu Allahyarham, Jamaliah Abd Majid bernilai RM272,923.07. Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Zakaria Taib

operasi standard (SOP) menyelenggara bot. Beliau berkata, pihaknya juga telah merekodkan keterangan dua orang saksi yang bersama mangsa dan berada di lokasi kejadian terbabit untuk melihat sebarang kemungkinan yang berlaku. "Jawatankuasa khas sedang melengkapkan siasatan khusus merangkumi kaedah prosedur, gerak kerja semasa dan maklumat saksi yang bersama dengan arwah. "Kita jangka dalam masa dua minggu siasatan akan dilengkapkan sebelum dapat rumuskan dapatan keseluruhan insiden yang berlaku termasuk melihat apakah kaedah yang perlu ditambah baik pada SOP yang sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Mohd Izwan Ilias di Pekan Darat dekat sini pada Jumaat. Sebelum itu, Nor Hisham mengiringi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan bayaran pampasan kerajaan,faedah kumpulan wang kebajikan bomba dan faedah takaful berkelompok sepenuh masa JBPM kepada balu Allahyarham, Jamaliah Abd Majid bernilai RM272,923.07. Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Zakaria Taib. Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota bomba mati lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin. Mohd Izwan Ilias, 42, yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan itu ketika menyelenggara bot penyelamat. Mayat mangsa ditemukan selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak berusia enam hingga 16 tahun. Sementara itu, Aiman Athirah berkata, kebajikan dan pendidikan anak-anak Allahyarham pastinya akan diberi keutamaan melalui bantuan yang disediakan kerajaan sama ada melalui JBPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) "Diperingkat JKM, kesemua anak-anak Allahyarham layak mendapat bantuan bulanan sehingga mereka berumur 18 tahun dan pastinya kita akan pastikan kesemua mereka mendapat pendidikan sempurna. "Insya-ALLAH, melalui perbincangan yang telah dilakukan bersama agensi sama ada di peringkat pusat dan negeri, kita akan pastikan keluarga allahyarham mendapatkan bantuan sewajarnya sedikit masa lagi," katanya.





Saifudddin cabar HRW kemuka bukti dera, kematian di depot tahanan - Sinarharian - 8/03 6:21 pm

"Kalau boleh nyatakan maklumat lengkap di mana dan bila perkara itu berlaku serta siapa mangsanya," ujar beliau menerusi sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Jumaat. Menurutnya, HRW juga dipelawa untuk hadir menemui beliau bagi menjelaskan perkara tersebut

dipelawa untuk hadir menemui beliau bagi menjelaskan perkara tersebut. "Saya tidak akan berlengah-lengah untuk membuat siasatan, isu hak asasi ini bukan bukan sekadar soal warga asing tetapi prinsip kita adalah mempertahankan hak asasi setiap manusia yang bernyawa," jelas Saifuddin. Beliau berkata, jika HRW gagal membuktikan, ia bermakna pendedahan tersebut hanyalah bersifat khabar angin. "Saya tidak tahu sama ada HRW tahu bahawa setiap depot kita ada pegawai perubatan. "Pemeriksaan kesihatan dibuat berkala dan saya melihat sendiri bagaimana proses itu dilakukan. Makanan juga diberi mengikut jadual," katanya. HRW menerusi laporan yang dikeluarkan sebelum ini mendakwa lebih 1,400 kanak-kanak ditahan di depot Imigresen dengan dua pertiga daripada mereka tidak ditemani atau dipisahkan daripada keluarga. Laporan itu juga mendakwa, kanak-kanak sering menghadapi penderaan yang sama seperti tahanan dewasa - termasuk penafian rawatan perubatan, makanan tidak mencukupi dan layanan buruk. Jelas Saifuddin, lebih 1,000 tahanan kanak-kanak di 19 depot telah diasingkan di Baitul Mahabbah. "Mereka ini kita asingkan sementara menunggu proses dokumentasi selesai dan dihantar pulang ke negara masing-masing," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Agong hadiahkan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai - Hmetro - 8/03 6:12 pm

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan kereta kepada pelbagai lapisan pegawai bagi mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka





Hina Raja-Raja Melayu: Kertas siasatan Hadi Awang dirujuk kepada Peguam .. - Mdateline - 8/03 6:00 pm

Kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa menghina Raja-Raja Melayu telah dilengkapkan dan dihantar kepada pejabat Peguam Negara





Qabil Irfan berlumba dalam saingan Kejuaraan Superbike - Sinarharian - 8/03 5:36 pm

"Saya yakin bahawa pengalaman yang diperoleh Qabil Irfan dalam kejuaraan ini akan menjadi aset yang berharga bagi perkembangannya. "Kami sebagai pasukan penyokong akan sentiasa bersama Qabil Irfan sepanjang perjalanan ini dan saya akan turut hadir dalam beberapa perlumbaan untuk memantau kemajuannya pada kejohanan ini," katanya

Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SIC akan memberikan komitmen serta sokongan penuh dalam perjalanan kerjaya perlumbaan Qabil di persada antarabangsa. Beliau berkata, menerusi platform Moto4, ia akan memberi cabaran kepada kemahiran Qabil Irfan, selain menyumbang kepada pengalaman yang penting untuk dia menghadapi persaingan sengit dalam siri perlumbaan antarabangsa yang akan datang. "Tahun lepas, Qabil Irfan telah melakar sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang menjuarai Kejohanan MiniGP (160cc) di Valencia. "Keyakinan kami terhadap kemahiran serta pengalaman beliau dalam perlumbaan sebelum ini memberi dorongan yang amat positif untuk membimbing Qabil Irfan mencapai kejayaan di persada antarabangsa pada siri perlumbaan tahun ini," katanya. Qabil Irfan akan berlepas ke Sepanyol bersama bapanya, Azlan Abd Rahman pada Ahad untuk mengikuti ujian pra-musim di Litar Jerez pada 16 dan 17 Mac. Pelumba itu akan kekal di Jerez sehingga Pusingan Pertama di Circuito de Jerez pada 6 dan 7 April. Dalam pada itu, Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, saingan tersebut memberikan peluang buat pelumba berusia 12 tahun itu untuk mendapatkan pengalaman awal dalam suasana serta persaingan dunia dua roda di Eropah. Beliau berkata, VHC Frando Racing adalah pasukan yang bersedia bekerjasama dengan Qabil Irfan dan mereka mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam kategori Moto4. "Saya yakin bahawa pengalaman yang diperoleh Qabil Irfan dalam kejuaraan ini akan menjadi aset yang berharga bagi perkembangannya. "Kami sebagai pasukan penyokong akan sentiasa bersama Qabil Irfan sepanjang perjalanan ini dan saya akan turut hadir dalam beberapa perlumbaan untuk memantau kemajuannya pada kejohanan ini," katanya. Moto4 adalah motosikal 'full frame' berkuasa 150cc, rim 17 inci. Kejuaraan ESBK akan diadakan sepanjang tujuh pusingan dan Qabil Irfan akan turut serta dalam FIM MiniGP Malaysia Series kategori 190cc pada tahun ini.





Kelulusan pindaan Perlembagaan Bersatu, tiada campur tangan politik - Sinarharian - 8/03 4:31 pm

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti. Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi, dan Srikandi Muda yang hadir

"Mereka pernah campur tangan dalam RoS, jadi dia fikir Menteri KDN ini akan buat seperti mereka buat. Silap besar," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Jumaat. Minggu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa RoS segera meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan serta-merta. Beliau turut berharap supaya tiada sebarang campur tangan politik yang boleh mempengaruhi proses berkenaan menjadi perlahan. Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh. Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti. Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi, dan Srikandi Muda yang hadir. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kertas siasatan terhadap Hadi dirujuk ke AGC, kata IGP - Mkini - 8/03 4:16 pm

Razaruddin berkata polis polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu arahan daripada AGC.





Investigation paper on Hadi submitted to AGC, says IGP - Mkini - 8/03 4:01 pm

UPDATED 4.27PM Police awaiting instruction from AGC over the matter.



'Kertas siasatan terhadap Hadi Awang dirujuk kepada pejabat Peguam Negara' - Bharian - 8/03 2:42 pm

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' yang disiarkan pada 20 Februari lalu, sudah dihantar kepada pejabat Peguam Negara.





Kertas siasatan Abdul Hadi telah dihantar kepada AGC - KPN - Sinarharian - 8/03 2:40 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC)

dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. "Beliau (Abdul Hadi) telah diambil keterangan oleh pegawai USJT di ibu pejabat Pas pusat, Jalan Raja Laut pada Selasa. "Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan ia telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu," katanya pada Jumaat. Sehubungan itu, Razarudin berkata, pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya daripada AGC berhubung kes tersebut. Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan Abdul Hadi dirakam keterangan hampir sejam di ibu pejabat Pas pusat di Jalan Raja Laut, dekat sini. Pada 29 Februari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu. Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Februari lalu. Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri. Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan dan akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...




News Buzz     >>



Ancient find reveals new evidence of Malaysia???s .. - Aljazeera
Ancient find reveals new evidence of Malaysia???s multicultural past ?? Al Jazeera English
News Maker     >>



PM Anwar arrives in Berlin for official visit to .. - Malaymail
PM Anwar arrives in Berlin for official visit to Germany ?? Malay Mail
World     >>



Apple retires iconic MacBook Air design after over a .. - Indiatimes
Apple retires iconic MacBook Air design after over a decade-long run ?? The Times of India Forget The New MacBook Pro, Apple Has Something Much Better ?? Forbes Apple MacBook Air 2024 review: The best keeps getting better ?? Yahoo Finance M3 MacBook Air vs. M3 MacBook Pro: Which Mac is best ..
Business     >>



Haiti: US evacuates embassy staff amid gang violence - .. - BBC
Haiti: US evacuates embassy staff amid gang violence ?? BBC.com US military airlifts nonessential staff from embassy in Haiti, bolsters security amid ongoing gang violence ?? Fox News US military evacuates staff, adds security at embassy in Haiti ?? POLITICO US reportedly airlifts embassy ..
Tech     >>



The 9 Best Nintendo Switch Deals for Mario Day - The .. - Nytimes
The 9 Best Nintendo Switch Deals for Mario Day ?? The New York Times Mario Day is here ??? we picked out the best Nintendo Switch deals live now ?? CNN Underscored Let???s celebrate MAR10 Day with a few fun facts about our mustachioed hero! - News ?? Nintendo I played the 3 latest Mario games ..
Tech Hack     >>



Microsoft still fending off Russian hacker group after .. - Foxbusiness
Microsoft still fending off Russian hacker group after January cyber attack ?? Fox Business
Wireless Mobile     >>



Best video editing apps 2024 - TechRadar - Techradar
Best video editing apps 2024 ?? TechRadar
News Security     >>



Security Bite: Hackers breach CISA, forcing the agency .. - 9to5mac
Security Bite: Hackers breach CISA, forcing the agency to take some systems offline ?? 9to5Mac
Google Future     >>



Google is breaking too many things in a rush to lead .. - Androidauthority
Google is breaking too many things in a rush to lead on AI ?? Android Authority
Automotive Future     >>



Renault 5 E-Tech Electric sells like hot cakes: 50000 .. - Carmagazine
Renault 5 E-Tech Electric sells like hot cakes: 50000 sign up for retro Five ?? CAR Magazine