| /// |
|
| Search : Ahmad News | Page 1 |
|
Unity Government heading down Perikatan Nasional???s path - Sinchew - 24/05 6:04 pm Now that the party leadership has endorsed the move, Johor BN going solo appears almost certain. Moreover, Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has yet to respond to Anwars remarks about the possibility of an early general election |
|
PRN Johor: Parti Bersama hasrat tanding semua 56 kerusi DUN - Mygazette - 24/05 6:04 pm Fokus awal kita memang kepada golongan muda bawah 40 tahun dan setakat ini 49 peratus ahli yang mendaftar adalah individu tidak berparti," katanya. Ahad lalu, Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar PKR dan mengambil alih Bersama yang ditubuhkan pada 2016 |
|
Pemimpin PKR hadir majlis Parti Bersama perlu beri penjelasan - Mygazette - 24/05 6:04 pm Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Family Day Padang Rengas bersempena dengan Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 di Kampung Labu Kubong, di sinihari ini. Muhammad Kamil turut menegaskan tindakanbekasTimbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad yangmengambil alih BERSAMA,tidak memberikan kesan besar terhadap kekuatan PKR padaperingkat akar umbi |
|
Nak tinggalkan PKR, silakan – Danish Hairudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm Pinang, Perak sebab itu saya kata perjuangan bukan buat sementara waktu, saya tahu kerajaan Madani tidak sempurna tapi sedaya upaya membantu rakyat mengurangkan beban rakyat," katanya lagi. Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat keputusan keluar daripada PKR dan mengambil alih sebuah parti politik, Parti Bersama Malaysia (Bersama) |
|
Rafizi bakal hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak – Zakwan - Mygazette - 24/05 6:04 pm Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) dengan 2,223 undi serta calon Bebas, Ir. Zulkifli Ahmad yang meraih 675 undi |
|
'13 tahun ayah tunggu giliran tunai haji' - Anak reda pemergian bapa di Tanah Suci - Sinarharian - 24/05 6:00 pm MACHANG - "Ayah sudah 13 tahun tunggu giliran untuk tunaikan haji, sampaikan kami nak bawa dia pergi umrah pun dia tak mahu."Demikian perkongsian Almahfuz Ahmad, 37, anak kepada jemaah haji Musim Haji 1447H/2026M, Ahmad Ibrahim, 77, yang meninggal dunia pada Khamis lalu.Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, mereka reda dengan pemergian tersebut kerana menyifatkan bapanya terlalu ternanti-nantikan detik menunaikan rukun Islam kelima itu dan sepanjang satu dekad tidak pernah ketinggalan menyertai kursus haji."Kami sudah berbincang, kalau tahun ini nama ayah belum lagi terpilih oleh Tabung Haji, kami sanggup nak hantar ayah dan ibu menunaikan haji melalui swasta walaupun berapa sahaja kosnya demi merealisasikan impiannya itu."Ini kerana kami bimbang tentang kesihatannya kerana ayah sudah berusia dan ada penyakit darah tinggi serta komplikasi buah pinggang," katanya ketika ditemui di Kampung Dewan Kecil di sini pada Ahad.Menurutnya, bapa dan ibunya, Che Minah Hassan, 68, berangkat ke Tanah Suci pada 3 Mei lalu dan dijangka pulang pada 16 Jun ini.Ujar pekebun itu, bapanya sangat gembira dan bersemangat apabila mendapat tahu mereka suami isteri akan menunaikan haji pada Januari lalu."Ayah jaga kesihatan dengan baik sehingga dia lulus semua syarat yang ditetapkan |
|
PKR Sabah: Leadership changes will not affect commitment to MA63, reform agenda - BorneoPost - 24/05 5:15 pm KOTA KINABALU (May 24): Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah has reaffirmed its commitment to the reform agenda and the struggle for Sabah’s rights despite the resignation of its Tuaran and Semporna division chiefs. PKR Sabah Information Chief Ahmad Farid Sainuri said the party respected the decision of the two leaders to leave the party and [...] The post PKR Sabah: Leadership changes will not affect commitment to MA63, reform agenda appeared first on Borneo Post Online . |
|
Presiden Gerakan bongkar 'kelebihan tersembunyi' Dr Sam - Sinarharian - 24/05 4:54 pm SHAH ALAM - Di sebalik gaya kepimpinan teknokrat yang cukup tersusun, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau membongkarsatu lagi kelebihan tersembunyi dimiliki Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut Dominic, Naib Presiden Pas itu bukan sahaja mempengerusikan mesyuarat dengan ringkas dan padat tetapi turut memiliki sikap mesra rakyat dan tidak kekok bergaul."Semalam baru saya sedar, Dr Sam bukan sahaja mempunyai gaya kepimpinan teknokrat yang cukup tersusun, mempengerusikan mesyuarat dengan ringkas, tepat dan terus kepada isi penting, rupanya beliau juga ada satu lagi 'kelebihan tersembunyi'."Setiap kali ahli Gerakan mahu selfie dengannya, Dr Sam tidak kekok langsung |
|
Teguran kepada MB Terengganu, jangan pilih-pilih fakta untuk tutup .. - Wrlr - 24/05 4:25 pm Laman Facebook Greater Terengganu Development menegur tindakan pihak tertentu yang didakwa terlalu menonjolkan peningkatan 0endapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) syarikat sedangkan laporan kewangan sebenar menunjukkan TDM masih mencatatkan kerugian bersih. Hantaran itu turut menyindir jentera propaganda yang didakwa cuba mempertahankan imej Ahmad Samsuri Mokhtar dengan memilih fakta tertentu sambil mengabaikan indikator kewangan lebih penting seperti keuntungan bersih dan kemampuan syarikat membayar dividen kepada pemegang saham |
|
Kebersamaan atau bebankan rakyat? Cara agih BKJ hingga ada yang tercicir .. - Wrlr - 24/05 4:22 pm Ini kerana katanya, sebagai wakil rakyat, turun padang dan bersama rakyat adalah tanggungjawab asas yang perlu dilaksanakan setiap masa, bukan hanya ketika ada bantuan untuk diagihkan. Beliau merujuk hantaran Facebook Ketua Penerangan Umno Johor Bahru, Ahmad Solehin, yang berkongsi jawapan Menteri Besar Johor mengapa bantuan BKJ tidak disalurkan terus secara atas talian |
|
'Lebih 80 peratus calon UEC ambil SPM, atas asas apa perlu iktiraf?' - Pakar - Sinarharian - 24/05 2:37 pm SHAH ALAM - Pakar pendidikan sekali lagi mempersoalkan kewajaran kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima masuk di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia kerana isu itu membabitkan segelintir kecil murid berbanding lebih 400,000 pelajar seluruh negara yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurut Felo Bersekutu MINDA-UKM itu, pelajar boleh sahaja menggunakan sijil SPM dan kemudiannya memilih untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) jika mahu memohon kemasukan ke IPTA."Jika berhajat memohon masuk ke universiti luar negara termasuk Taiwan walaupun STPM juga diiktiraf di kebanyakan universiti luar negara, maka ambillah UEC."Mengapa hanya kerana sekitar 2,000 pelajar yang tidak berminat menduduki SPM, jadi riuh satu negara? Berbaloikah disebabkan 0.5 peratus murid ini yang sebahagiannya merancang belajar di luar negara, kita sanggup 'langgar' Dasar Pendidikan Kebangsaan dan membelakangkan anak-anak bukan Melayu di peringkat STPM?"Bukankah sepatutnya dinasihatkan, lebih baik pelajar UEC ini ambil SPM dan STPM untuk memohon ke IPTA?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Anuar berpandangan, isu UEC memang kecil dari segi data murid yang terlibat kerana hanya melibatkan sekitar 2,000 pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tidak mengambil peperiksaan SPM setiap tahun.Bagaimanapun, baginya, isu yang lebih besar adalah cabaran pembinaan negara bangsa, perpaduan kaum dan ketegasan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.Menurutnya, satu aliran persekolahan yang menggunakan kurikulum, bahasa pengantar dan sistem peperiksaan awam sangat penting bagi menyatukan kehidupan masyarakat berbilang kaum."Malaysia negara majmuk |
|
Ahmad Jais: Thailand Perlu Profesional Tangani Kontroversi Final - Vocket - 24/05 1:41 pm Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun tanpa berselindung berpendapat bahawa kem Thailand seharusnya lebih profesional dalam menangani kontroversi yang berlaku pada aksi.. |
|
Budak 11 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai - Sinarharian - 24/05 12:44 am SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai di sini pada Sabtu.Mayat mangsa, Paulus Amsal Jimri, 11, itu ditemukan kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan lebih 18 jam oleh pasukan penyelamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian."Komander operasi menerima laporan awal daripada pihak polis memaklumkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai terbabit."Operasi pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba menggunakan teknik surface searching di sepanjang kawasan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pencarian pada hari pertama dilakukan sejauh dua kilometer melalui kaedah pencarian permukaan dari darat, namun mangsa gagal ditemukan."Operasi ditangguhkan pada jam 9 malam selepas mengambil kira faktor keselamatan serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian."Operasi kemudian disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad dengan anggota melakukan pencarian menyusuri tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak," katanya.Menurutnya, pada jam 10 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi sungai di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh."Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 11 pagi."Pengecaman mayat kemudian dibuat oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Saya tidak puas hati kemenangan sebegini - Ahmad Jais - Sinarharian - 24/05 12:22 am KETUA jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, mengakui kurang senang dengan kemenangan percuma yang diraih Malaysia selepas Thailand menarik diri ketika aksi final regu berpasukan Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 malam tadi.Beliau berkata bantahan Thailand terhadap keputusan pengadil sepatutnya ditangani secara profesional dengan kedua-dua pasukan perlu meneruskan perlawanan bagi menentukan juara sebenar di gelanggang.Skuad Gajah Putih, bagaimanapun, memilih untuk tidak meneruskan aksi susulan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, sekali gus menyaksikan Malaysia dianugerahkan kemenangan 2-1 di laman sendiri."Kalau kita tengok daripada video rujukan, memang jelas kaki pemain Thailand melepasi bawah jaring dan mungkin mereka tidak dapat menerima keputusan itu."Bagi saya, yang berlaku ialah keputusan pengadil dan kita perlu menerima sebarang keputusan telah dimuktamadkan dengan hati terbuka |
|
AMK gesa wakil rakyat hadir program Rafizi beri penjelasan - Sinarharian - 24/05 11:42 am PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa mana-mana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri program pengumuman Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini supaya tampil memberikan penjelasan kepada parti bagi mengelakkan polemik berterusan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar sebagai tanda tanggungjawab kepada parti susulan kehadiran beberapa Ahli Parlimen pada majlis pengenalan parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak persoalan dan kritikan daripada anggota parti sendiri."Bagi saya mudah, mereka ini muncul dengan platform di parti lain dan mereka harus tampil serta memberikan penjelasan yang sewajarnya."Kalau mereka tidak mengambil sikap sedemikian, maka biarlah perkara ini berterusan dan jangan marah kalau ada pihak terus menyerang."Adalah adil untuk anggota parti mempertikaikan perkara ini, tetapi menjadi tanggungjawab mereka juga untuk memberikan penerangan dan saya yakin parti akan meminta sebahagian daripada mereka tampil memberikan penjelasan secara tuntas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Keluarga Padang Rengas sempena Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 anjuran Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas di Surau Al-Khairiah, Kampung Labu Kubong di sini pada Ahad.Mengulas penubuhan parti baharu itu, Muhammad Kamil menegaskan bahawa gerakan itu tidak memberi kesan besar terhadap kekuatan PKR di peringkat akar umbi.Katanya, PKR, khususnya AMK, kekal fokus memperkukuh jentera parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya negeri dan pilihan raya umum."Kita tidak nampak gerakan ini mempunyai signifikan besar. Kekuatan kita di akar umbi masih kukuh dan utuh."Malah, dari semasa ke semasa, kita melihat pertambahan bilangan anggota yang menyertai parti meskipun kita tidak menguar-uarkannya seperti sesetengah pihak lain," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Muhammad Kamil turut menggesa tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang memainkan politik fitnah, kaum dan agama sehingga boleh menggugat keharmonian negara.Beliau merujuk isu membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti berkaitan sahabat Nabi.Menurutnya, kenyataan sedemikian tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi mencetuskan perpecahan dalam masyarakat."Kita minta pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja."Politik melampau seperti ini mesti dihentikan kerana akhirnya ia hanya membawa masyarakat kepada keadaan yang tidak menguntungkan, termasuk perpecahan dan pertembungan yang tajam," katanya.Pada 17 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa Rafizi dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika majlis Pengumuman Hala Tuju Politik di Petaling Jaya, mengumumkan keluar daripada PKR dan seterusnya mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.Kedua-dua bekas menteri tersebut mengesahkan bahawa mereka akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU) yang didaftarkan pada 2 Disember 2016.Antara yang kelihatan hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.Sebelum ini, Kesavan memaklumkan bahawa kehadirannya ke majlis itu adalah bagi memenuhi jemputan sebagai rakan.Beliau juga belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan ke dalam parti itu.Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Wanita PKR mendesak enam wakil rakyat parti itu yang hadir pada majlis bersama Rafizi pada Ahad lalu supaya melepaskan keanggotaan parti secara sukarela.Setiausaha Wanita PKR, Sangetha Jayakumar, berkata tindakan dan pendekatan politik dua kolam atau bermuka dua mereka bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti, malah mengkhianati kepercayaan anggota akar umbi. |
|
Ahmad Jais Tidak Puas Dengan Kemenangan Percuma, Akur Keputusan Pengadil - Siakapkeli - 24/05 11:14 am Malaysia dinobatkan juara selepas Thailand menarik diri pada final regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 susulan bantahan keputusan pengadil. Ketua jurulatih Ahmad Jais akur keputusan, namun mengakui kurang senang dengan kemenangan percuma. |
|
PKR Perak harap Anwar kekal pertahan kerusi Tambun - Sinarharian - 24/05 9:57 am IPOH - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyuarakan harapan agar Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, kehadiran Anwar di negeri itu amat penting bagi memperkukuh momentum parti, khususnya dalam usaha menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sudah semestinya kami di Perak sangat memerlukan kehadiran Presiden di sini (bertanding PRU) untuk mendapatkan momentum dan sokongan."Setakat ini belum ada sebarang perubahan (kerusi), namun berdasarkan pengalaman kita, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum PRU dan tidak terlalu memikirkan pun sama ada sesuatu kerusi itu selamat atau sebaliknya," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab media selepas Majlis Hi-Tea Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perak bersama pengamal media di Wisma Keadilan Negeri Perak di Meru Raya di sini pada Sabtu.Majlis yang disertai hampir 50 pengamal media pelbagai agensi itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PKR Perak merangkap Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.Hadir sama Naib Pengerusi, Baldip Singh Santokh Singh, Muzaffar Shah Khairuddin dan Sandrea Ng; Ketua Wanita Keadilan Perak, Zuraidah Zakaria serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani.Pada PRU15, Anwar memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,735 undi dalam pertembungan sengit menentang Timbalan Presiden Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Mengulas laporan pengelasan kerusi mengikut kategori Tier 1, Tier 2A dan 2B, Mohamad Hairul Amir mengakui tiada kerusi Parlimen di Perak diklasifikasikan sebagai kerusi selamat.Beliau berkata, realiti politik di negeri ini menunjukkan kebanyakan kerusi adalah bersifat campuran dan sukar dijangka, termasuk Tambun yang diklasifikasikan sebagai kawasan Tier 2B atau kerusi marginal."Kita perlu realistik |
|
Kata dua Hadi kepada Bersatu demi buka laluan Hamzah, kata penganalisis - FMT - 24/05 9:30 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata PAS melihat Hamzah Zainudin mampu beri kekuatan baharu kepada PN ketika Bersatu dibelenggu masalah dalaman. |
|
PAS wants to pave way for Hamzah to join PN, says analyst - FMT - 24/05 9:30 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri says this is why the party is reassessing its ties with Bersatu. |
|
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan - Sinarharian - 24/05 9:12 am IPOH Seorang remaja perempuan maut manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung dan Bidor, Tapah awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan pada jam 1.15 pagi membabitkan dua kenderaan di hadapan Petronas Changkat Cermin, Changkat Cermin, Ayer Tawar.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Honda CRV dan Perodua Kancil itu menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil tersepit."Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah."Pemandu Honda CRV bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar yang tiba pada jam 1.24 pagi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan 17 anggota dengan dua jentera tamat sepenuhnya pada jam 3.18 pagi.Sementara itu, dalam satu lagi kejadian yang berlaku sekitar jam 5.14 pagi di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bidor, tujuh individu cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.Sabarodzi berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Ford Ranger yang dinaiki enam individu dengan sebuah Honda Civic."Terdapat seorang wanita berusia 42 tahun yang menaiki Ford Ranger tersepit, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Pemandu Honda Civic iaitu seorang wanita berusia 21 tahun turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibantu keluar oleh orang awam," katanya.Menurutnya, anggota dari BBP Bidor menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Operasi yang melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera itu berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi sebelum tamat lima minit kemudian. |
|
'Kena ubah dari kepala' - Pemerhati bola sepak tempatan - Sinarharian - 24/05 7:20 am KEMELUT dan prestasi semasa landskap bola sepak negara memerlukan perubahan yang menyeluruh dengan tumpuan utama harus diberikan kepada perubahan di peringkat tertinggi.Pemerhati bola sepak tempatan, Ahmad Muzakkir Hamid menegaskan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku 'kepala' atau peneraju utama perlu memperbetulkan hala tuju demi menyelamatkan ekosistem sukan tersebut."Kalau tanya saya, pokok pangkalnya kita kena ubah daripada 'kepala' |
|
Pandan kini Parlimen angkat PM, Tengku Zafrul pegawai pemantau - Amirudin - Sinarharian - 23/05 11:31 pm KUALA LUMPUR - Kawasan Pandan kini menjadi Parlimen angkat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula diberi tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen Pandan.Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan diambil pimpinan parti berkenaan adalah bagi mengatur semula pentadbiran pusat khidmat parlimen dan jentera parti di kawasan terbabit."Jadi kita aturkan (Tengku Zafrul) sebagai wakil kerajaan dan pastinya wakil Perdana Menteri (Anwar) di kawasan Pandan itu," katanya dalam ucapan pada Himpunan Setia Keadilan Pandan di sini malam ini.Amirudin berkata, pemilihan Tengku Zafrul bagi "menjaga" kawasan Pandan adalah atas permintaan Anwar sendiri, memandangkan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu mahu lebih agresif dalam lapangan politik di Selangor."Tengku Zafrul juga kita beri tanggungjawab untuk menjadi pegawai pemantau untuk Parlimen Ampang (cuma) pimpinan di Ampang itu ahli parti (PKR) jadi saya tak nak kacau lagi. Kalau di Ampang ada terjadi apa-apa, Tengku Zafrul boleh tengokkan sekali," katanya.Beliau berkata, biarpun berhadapan cabaran menguruskan kawasan yang dikosongkan bekas pemimpin PKR, ia sama sekali tidak mengganggu atau melemahkan khidmat dan operasi parti berkenaan."Ini bukan perkara baharu, kita sudah alami dahulu seperti kes bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali (Parlimen Gombak) dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), itulah yang kita buat (jaga pentadbiran), hasilnya Ampang kemenangan kita lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya," katanya.Pada 17 Mei lepas, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 18 Mei, sebelum keluar daripada PKR berkuat kuasa 19 Mei.Sementara itu, Tengku Zafrul di pentas sama hari ini berkata, beliau berharap mendapat sokongan penuh pimpinan dan akar umbi PKR di Pandan bagi memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berkesan di kawasan itu."Saya perlukan teguran dan bimbingan daripada teman-teman |
|
Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim - Sinarharian - 23/05 10:24 pm TANJUNG MALIM Seorang remaja perempuan dikhuatiri hilang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, di sini pada Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.26 tengah hari."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat iaitu di ketinggian kira-kira 234 meter."Bagaimanapun setakat jam 7 malam, mangsa belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu turut dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Malim Gunung Perhutanan."Operasi telah ditangguhkan jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu kerana merupakan kawasan jagaan untuk tindakan lanjut."Bantuan tambahan dari BBP Tanjug Malim akan digerakkan sekiranya diperlukan," katanya. |
|
'Anwar let subordinates do the dirty work' - Rafizi alleges year-long abuse campaign by PKR Machinery before exit - Sinardaily - 23/05 6:58 pm SHAH ALAM Datuk Seri Rafizi Ramli has claimed that he and former Parti Keadilan Rakyat (PKR) Vice President Nik Nazmi Nik Ahmad faced continuous pressure from the party machinery, leading to their decision to leave the party.The former PKR Deputy President said that over the past year, they were subjected to various forms of pressure and attacks, which even extended to his family members."For an entire year, they used the party machinery to push me and Nik (Nazmi) out."Every day there was pressure and insults |
|
'He caused friction' - PKR founder says Rafizis departure for the better, restores internal stability - Sinardaily - 23/05 6:49 pm KUALA LUMPUR Former Deputy President Datuk Seri Rafizi Ramlis exit from PKR could bolster the party's internal stability as it prepares for the 16th General Election (GE16).PKR founder Ng Lum Yong said the party was built on the spirit of reformasi and a multiracial struggle, rather than relying on any specific individual.He said throughout his time in the party, Rafizi and his group of supporters were often seen bringing an approach that caused divisions and tension among the party leadership.For a long time, PKR has had to deal with a faction that thinks only they are right, while others are deemed wrong.It cannot be denied that Rafizi and his allies possess strengths in attacking opponents through certain political strategies, but the same approach was also brought into the party, which sometimes created problems for the top leadership, he said in a statement.He noted that Rafizi's departure from PKR opens up space for the party to refocus on strengthening internal unity and the partys original agenda of struggle.Previously, the Director of the Malaysian Institute of Political Studies (MAPAN) Associate Professor Dr Mashitah Mohd Udin, was reported describing the Parti Bersama Malaysia manifesto presented by Rafizi as too idealistic and difficult to implement within the realities of national administration.She said the 12 agendas put forward sounded attractive as slogans, but most were more populist in nature rather than truly practical policy plans.Meanwhile, political analyst from the Nusantara Academy Professor Dr Azmi Hassan, viewed that the 12-point agenda brought by Bersama is expected to invite deeper scrutiny toward Rafizi and fellow comrade Nik Nazmi Nik Ahmad, who vacated his post as PKR Vice President together with Rafizi |
|
PKR unmoved after Rafizi and Nik Nazmi's abrupt party and parliamentary exit, says Youth Chief Kamil - Sinardaily - 23/05 6:31 pm KOTA BHARU The decision by Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad to leave PKR and resign from their respective parliamentary seats in Pandan and Setiawangsa has not shaken the party in the slightest.PKR Youth Chief Muhammad Kamil Abdul Munim stated that the situation is nothing unusual, as PKR has weathered various political episodes since its inception.He said the party remains rock-solid and continues to see a steady increase in membership over time."Shaken? Not at all, we are not shaken |
|
Skim Agrobank x FAMA sasar bantu 1,000 usahawan tani - Sinarharian - 23/05 5:40 pm KUALA LUMPUR Seramai 1,000 usahawan tani disasarkan menerima manfaat menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA yang menawarkan pembiayaan mikro sehingga RM100,000 bagi memperkukuh sektor agromakanan tempatan.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, skim yang menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5 peratus setahun itu dirangka bagi membantu usahawan tani memperkukuh operasi perniagaan serta meningkatkan daya tahan kewangan mereka."Skim ini dirangka khas bagi membantu pertumbuhan usahawan tani, khususnya dalam memperkukuh operasi perniagaan, meningkatkan daya tahan kewangan serta mengembangkan perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Skim tersebut dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar Tani Taman Melawati pada Jumaat menerusi kerjasama strategik antara Agrobank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).Inisiatif itu merangkumi kemudahan pembiayaan, penabungan, perlindungan takaful, transaksi digital dan latihan keusahawanan percuma berkaitan pengurusan kewangan serta pemasaran.Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, Agrobank komited menyediakan kemudahan pembiayaan yang relevan dan inklusif kepada komuniti agromakanan selaras dengan peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.Beliau berkata, permohonan skim tersebut dibuka sehingga 31 Disember 2026, tertakluk pada syarat yang ditetapkan."Sebanyak 500 pelanggan terawal yang layak dan memohon skim ini akan menerima manfaat pembiayaan mikro bersama barangan eksklusif Agrobank," ujarnya.Jelasnya, Agrobank turut menyediakan 200 unit DuitNow QR SoundBox secara percuma kepada pelanggan terpilih bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan usahawan tani dan peniaga kecil."Langkah ini dapat memudahkan pengesahan bayaran secara lebih cepat dan selamat selain meningkatkan penggunaan DuitNow QR Agrobank," katanya.Beliau berkata, kerjasama bersama FAMA itu diharap dapat memberi impak langsung kepada usahawan tani melalui akses pembiayaan yang lebih mudah dan patuh syariah.Tambah beliau, inisiatif tersebut juga mampu memperkukuh daya tahan perniagaan mikro serta menyokong pertumbuhan sektor agromakanan negara secara lebih inklusif dan mampan. |
|
'Ditekan setahun sebelum keluar PKR' - Rafizi - Sinarharian - 23/05 5:30 pm SHAH ALAM - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa beliau dan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan tekanan berterusan daripada jentera parti sehingga membawa kepada keputusan mereka meninggalkan parti itu.Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, sepanjang tempoh setahun lalu, pelbagai tekanan dan serangan diterima termasuk melibatkan ahli keluarga beliau."Setahun penuh mereka gunakan jentera parti untuk mendesak saya dan Nik (Nazmi) keluar."Setiap hari tekanan dan caci maki |
|
Tiada laporan ketidakcukupan bekalan makanan setakat ini - KPKM - Sinarharian - 23/05 3:23 pm KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) belum menerima sebarang laporan berhubung ketidakcukupan bekalan makanan setakat ini, termasuk pada musim perayaan berikutan krisis bekalan global.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Luqman Ahmad berkata, daripada simulasi yang dijalankan dengan mengambil kira keadaan cuaca yang tidak menentu, bekalan makanan negara mencukupi sehingga Jun ini."Bagi bulan berikutnya, KPKM mempunyai pelbagai pendekatan dalam memastikan kestabilan bekalan terjamin."Jika bekalan tidak mencukupi, kami ada ruang untuk membawa masuk bekalan segera daripada negara pengeluar kerana majoriti barangan yang kami import adalah dari negara yang tidak terlibat dengan krisis di Asia Barat," katanya pada Majlis Perasmian Jualan Agro Madani Mega di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini pada Sabtu.Beliau berkata, kerajaan menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 juga memperuntukkan RM30 juta setahun bagi pemerkasaan usahawan, infrastruktur dan keterjaminan makanan yang dilaksanakan oleh KPKM.Sementara itu, Luqman berkata, Program Jualan Agro Madani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan nilai jualan mencecah RM101 juta tahun lepas, menerusi 4,695 program di seluruh negara dan memberi manfaat kepada lebih 6.89 juta pengguna."Bagi tahun ini, sebanyak 561 program telah dilaksanakan dengan nilai jualan mencecah RM8.5 juta sehingga 17 Mei lepas."Malah, bagi penganjuran selama tiga hari di Kelantan bermula semalam (Jumaat), kami sasarkan kehadiran pengunjung sebanyak 50,000 orang dengan nilai jualan RM750,000 membabitkan 204 lot jualan oleh 204 usahawan,"katanya.Beliau berkata sebanyak 11,400 unit kupon bernilai RM5 turut disediakan kepada pengunjung bagi pembelian produk segar terpilih termasuk ayam, daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran serta jualan istimewa kombo MADANI dan harga happy hour."Pengunjung juga berpeluang menerima baucar Agrobazaar Online bernilai RM5 dan RM10 bagi pembelian RM15 dan RM30 ke atas di reruai pameran FAMA."Inisiatif ini dilihat mampu membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di samping menggalakkan pembelian terus daripada usahawan tempatan tanpa melibatkan orang tengah,"katanya |
|
Raih upah RM2,500, lelaki khayal dadah dicekup bawa PATI - Sinarharian - 23/05 2:35 pm MACHANG Seorang lelaki tempatan dipercayai meraih upah RM2,500 bagi setiap perjalanan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 19 warga Myanmar dalam dua serbuan di hadapan Tanah Perkuburan Islam Tok Buya, Pangkal Meleret di sini pada Jumaat.Suspek berusia 32 tahun yang bertindak sebagai transporter didapati positif dadah jenis metamfetamin selepas ditahan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 11.45 pagi.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek dipercayai berperanan sebagai transporter yang membawa masuk PATI melalui laluan haram di sempadan Kelantan sebelum dihantar ke sekitar Kuala Lumpur dan Selayang."Hasil pemeriksaan terhadap sebuah Honda Jazz menemukan sembilan warga Myanmar terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita tanpa dokumen pengenalan diri."Siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima bayaran RM2,500 bagi setiap penghantaran daripada seorang lelaki Thailand dikenali sebagai Is," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ujarnya, kira-kira 15 minit kemudian, pasukan operasi turut menahan sebuah Volkswagen Passat yang ditinggalkan selepas pemandunya melarikan diri."Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu pula menemukan sembilan lagi warga Myanmar terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita," katanya.Beliau berkata, semua PATI terbabit dipercayai memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di sekitar Bukit Bunga, Tanah Merah sebelum dibawa masuk untuk bekerja sebagai pekerja am dan pembantu kedai makan di sekitar Selayang."Mereka dipercayai membayar RM3,500 seorang kepada ejen dikenali sebagai Ko Myo untuk masuk ke Malaysia," katanya.Tambah beliau, sebanyak dua kenderaan, 18 telefon bimbit dan anak kunci kenderaan dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM127,000.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Ketiadaan Rafizi perkuat kembali dalaman PKR - Pengasas parti - Sinarharian - 23/05 2:05 pm KUALA LUMPUR Ketiadaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam parti itu dilihat mampu memperkukuh kembali kestabilan dalaman PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, PKR dibina atas semangat reformasi dan perjuangan pelbagai kaum, bukannya bergantung kepada mana-mana individu tertentu.Menurut beliau, sepanjang berada dalam parti, Rafizi bersama kelompok penyokongnya sering dilihat membawa pendekatan yang menyebabkan berlaku perpecahan serta ketegangan dalam kalangan pimpinan parti."PKR selama ini terpaksa berdepan dengan kelompok yang menganggap hanya mereka sahaja betul, manakala pihak lain dianggap salah."Memang tidak dinafikan Rafizi dan sekutunya mempunyai kekuatan dalam menyerang pihak lawan menerusi strategi politik tertentu, namun pendekatan sama turut dibawa ke dalam parti sehingga kadangkala menimbulkan masalah kepada kepimpinan atasan," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, pemergian Rafizi daripada PKR membuka ruang kepada parti itu untuk kembali fokus memperkukuh perpaduan dalaman dan agenda perjuangan asal parti.Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin dilaporkan menyifatkan manifesto Parti Bersama Malaysia yang dibentangkan Rafizi sebagai terlalu idealistik dan sukar dilaksanakan dalam realiti pentadbiran negara.Menurut Mashitah, 12 agenda yang diketengahkan itu kedengaran menarik di peringkat slogan, namun kebanyakannya lebih bersifat populis berbanding pelan dasar yang benar-benar praktikal.Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan pula berpandangan agenda 12 perkara yang dibawa Bersama dijangka mengundang penelitian lebih mendalam terhadap Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad.Katanya, pengundi dijangka menilai semula rekod serta prestasi kedua-dua pemimpin tersebut ketika berada dalam kerajaan antara tahun 2022 hingga 2025."Wujud risiko politik kerana banyak janji dalam manifesto Bersama menyentuh secara langsung bidang yang pernah berada di bawah pengaruh mereka ketika menjadi anggota pentadbiran kerajaan," katanya. |
|
Delegasi Malaysia terima jemputan istimewa tokoh ilmuan Arab Saudi - Sinarharian - 23/05 1:24 pm MEKAH Delegasi Tetamu Haji Raja Salman dari Malaysia menerima jemputan istimewa daripada Shaikh Profesor Dr Saad Nasir al-Shathri untuk berkunjung dan menziarahi beliau di kediamannya di Hotel Raihan Rotana, Mekah Al-Mukarramah.Delegasi Malaysia tersebut diketuai oleh Datuk Wira Ahmad Tajuddin Idris bersama Murshid delegasi, Dr Fadlan Mohd Othman.Menurut pihak delegasi, jemputan berkenaan dizahirkan sendiri oleh Dr Saad melalui panggilan telefon sebelum ketibaan para tetamu haji Raja Salman sebagai tanda penghormatan dan meraikan kehadiran rombongan Malaysia di Tanah Suci.Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwah Islamiah apabila para delegasi disambut mesra oleh pihak Dr Saad serta diraikan dengan jamuan makan malam tradisi Arab yang menyajikan nasi mandy dan pelbagai menu utama kebanggaan masyarakat Arab Saudi.Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Fauwaz Fadzil, yang turut mengambil kesempatan mengadakan sesi ramah mesra.Mereka sempat bertukar pandangan berkaitan pembangunan dakwah, pendidikan Islam dan pengukuhan hubungan keilmuan antara Malaysia serta Arab Saudi.Untuk rekod, Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) yang beroperasi di Malaysia juga dimiliki oleh Dr Saad.Beliau turut dikenali sebagai tokoh ilmuan berpengaruh di Arab Saudi serta memegang jawatan Penasihat Diraja bertaraf menteri dan Ahli Lembaga Ulama Senior Arab Saudi.Pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati daripada delegasi Malaysia kepada Dr Saad berupa replika Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai simbolik persahabatan serta lambang kebanggaan negara Malaysia. |
|
PKR tidak 'goyah' walau Rafizi, Nik Nazmi keluar parti - Sinarharian - 23/05 1:07 pm KOTA BHARU - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar dari PKR dan melepaskan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa sama sekali tidak membuatkan parti itu 'goyah'.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, situasi tersebut bukan perkara luar biasa kerana PKR sudah melalui pelbagai episod politik sejak penubuhannya.Menurut beliau, parti itu tetap kekal kukuh malah terus menerima pertambahan anggota dari semasa ke semasa."Goyah? Tak ada pun, tak goyah pun |
|
Johor kekal benteng UMNO, anak muda yakin kepimpinan Onn Hafiz - Ahmad Maslan - Sinarharian - 23/05 12:00 am JOHOR BAHRU - Keyakinan anak muda terhadap kepimpinan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi antara faktor utama peningkatan keahlian UMNO di Johor ketika ini.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Johor sememangnya mempunyai jumlah ahli UMNO yang ramai sejak dahulu lagi selain dipengaruhi faktor keluarga yang sudah lama bersama UMNO."Generasi baharu percaya dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan orang muda iaitu Onn Hafiz."Selain itu, sifat terbuka UMNO menerima tokoh- tokoh seperti Datuk Seri Hishammuddin Husein turut menarik anak muda," katanya selepas merasmikan Liga Sukan Komuniti di Stadium Futsal Bandar Baru Pontian di sini pada Sabtu.Katanya, usaha 26 UMNO bahagian di seluruh negeri dalam menarik ahli baharu juga menjadi penyumbang kepada pertambahan keahlian.Beliau turut memuji kerja keras dilakukan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali yang disifatkan antara paling aktif dalam usaha menambah keahlian baharu di Johor.Berdasarkan laporan terkini, momentum penerimaan ahli baharu ini menunjukkan Johor mendahului negeri-negeri lain dalam pendaftaran secara dalam talian sejak dibuka pada 20 April lalu.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menerima hampir 14,000 ahli baharu dengan Johor paling tinggi pada setakat 2 Mei lalu. |
|
Sawan berulang bukan sihir: Rawatan tradisional undang risiko lebih teruk - Sinarharian - 23/05 9:30 am SUBANG JAYA Tahap kesedaran masyarakat terhadap rawatan penyakit sawan berulang atau epilepsi masih membimbangkan apabila dianggarkan kira-kira 40 peratus rakyat Malaysia cenderung memilih rawatan tradisional berbanding perubatan moden.Pakar Saraf Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr Sherrini Bazir Ahmad berkata, keadaan itu menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan penerimaan terhadap rawatan moden bagi mengawal penyakit berkenaan.Menurut beliau, epilepsi yang tidak dirawat dengan ubat moden boleh menyebabkan sawan menjadi lebih kerap dan berpanjangan sehingga mengakibatkan kerosakan otak kekal atau kematian."Dalam kes serius, pesakit boleh mengalami status epilepticus iaitu sawan berterusan yang berbahaya |
|
Yayasan MBI Perkenal Modul Didik Kasih, Cegah Kanak-Kanak Selangor .. - Mygazette - 23/05 7:53 am # Yayasan MBI Perkenal Modul Didik Kasih, Cegah Kanak-Kanak Selangor Keciciran 3M Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pihaknya sudah bersedia dengan acuan tersendiri bagi memastikan fasa transisi pendidikan awal kanak-kanak ini berjalan lancar. |
|
Bersama tak sertai mana-mana gabungan – Nik Nazmi - Mygazette - 23/05 7:53 am # Bersama tak sertai mana-mana gabungan - Nik Nazmi KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak akan terikat dengan mana-mana gabungan politik sedia ada sebaliknya mahu menawarkan pilihan alternatif kepada pengundi. Belas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pendirian itu selari dengan matlamat parti berkenaan untuk mengubah landskap politik negara serta menamatkan dominasi politik lama yang disifatkan semakin hilang arah |
|
Malaysia libas Jepun, Syahir belum pasti beraksi di separuh akhir - Hotfm - 22/05 10:35 pm Kuala Lumpur: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun kini menanti laporan penuh pasukan perubatan selepas tekong utama negara, Syahir Rosdi mengalami kecederaan ketika aksi suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 menentang Jepun. |
|
Malaysia ‘libas’ Jepun, hampiri kejuaraan kedua - Kosmo - 22/05 10:30 pm KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir acara regu berpasukan selepas mengalahkan Jepun 2-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Ketika ini, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun bakal menanti pemenang satu lagi perlawanan suku akhir membabitkan Indonesia dan Filipina |
|
PN Setiawangsa lancar 'Setiawangsa Prihatin', tawar tujuh inisiatif bantu penduduk - Sinarharian - 22/05 7:07 pm SETAPAK - Perikatan Nasional (PN) Setiawangsa melancarkan inisiatif Setiawangsa Prihatin bagi membantu penduduk susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Setiawangsa yang sebelum ini disandang bekas Ahli Parlimen, Nik Nazmi Nik Ahmad.Naib Yang di-Pertua Pas Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal berkata, inisiatif itu merangkumi tujuh perkhidmatan utama termasuk pusat aduan rakyat secara fizikal dan dalam talian, khidmat nasihat guaman dan kaunseling, tuisyen rakyat, ziarah prihatin rakyat, ziarah medik dan syifa, program riadah anak muda serta kuliah pengajian agama dan moral.Beliau berkata, ketiadaan wakil rakyat di kawasan berkenaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dijangka memberi kesan kepada penduduk setempat.Katanya, atas dasar itu, pihaknya mengambil pendekatan sedemikian untuk bersama dengan rakyat supaya tiada seorang pun tercicir daripada bantuan kebajikan."Kami akan terus memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan agensi berkaitan serta komited dalam membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit demi kesejahteraan masyarakat setempat."Inisiatif sebegini bukan baharu, kami dah lama buat tetapi ia diperkukuh dan ditambah baik lagi contohnya pusat aduan rakyat dibuka secara fizikal dan dalam talian, selaras perkembangan teknologi serta keperluan semasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media Pelancaran Pusat Khidmat Setiawangsa Prihatin di Pejabat Pas dan PN Kawasan Setiawangsa di sini pada Jumaat.Hadir sama, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Setiawangsa, Ewan Radzuan dan Timbalan Yang di-Pertua Pas Setiawangsa, Ubaid Akla.Menurut Mohd Irwan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap setiap aduan, cadangan dan maklum balas yang diterima daripada penduduk."Apa yang kami tumpu adalah hasrat rakyat direalisasikan, bukan hasrat parti," katanya.Beliau turut memaklumkan, inisiatif menyantuni penduduk sudah bermula sejak dahulu lagi menerusi aktiviti riadah, penyaluran bantuan asas dan lain-lain kepada golongan sasar."Kami juga selalu bersantai dan minum petang bersama penduduk untuk kami faham permasalahan mereka, lebih-lebih lagi selepas Parlimen ini tiada lagi wakil rakyat."Daripada situlah jaringan bersama rakyat, alhamdulillah semakin rapat dan kami tidak ingin sambil lewa dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk, sebaliknya memperkukuh sistem perkhidmatan PN Setiawangsa," ujarnya.Dalam pada itu, Ewan berkata, idea penubuhan Setiawangsa Prihatin merupakan permintaan daripada komuniti setempat itu sendiri selepas pihaknya turun padang mendekati penduduk baru-baru ini."Apabila Nik Nazmi umum tidak lagi sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa, penduduk kongsikan kebimbangan mereka dan kami berbincang sekitar empat hari lepas untuk melancarkan Inisiatif Setiawangsa Prihatin," katanya.Sebelum ini, Nik Nazmi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), seterusnya mengosongkan kerusi Parlimen Setiawangsa berkuat kuasa pada Isnin lepas.Surat pengosongan kerusi Parlimen Setiawangsa diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin dan seterusnya pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli turut mengambil tindakan sama dengan meninggalkan PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen Pandan.Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan. |
|
Kenyataan Abdul Hadi Cara Pas Cari Jalan Untuk Bersama Reset? - Wrlr - 22/05 6:10 pm Ia dipercayai ada kaitan dengan pertemuan sulit dinamakan sebagai Langkah Bangkok antara pemimpin Bersatu dan Pas dengan Umno tahun lalu tanpa pengetahuan Muhyiddin. Bersatu ambil tindakan pecat terhadap mereka yang pergi berjumpa Ahmad Zahid (Hamidi) di Bangkok kerana dianggap melanggar disiplin dan mengkhianati parti |
|
Bersatu Selangor gesa isu dalaman PN diselesai melalui meja rundingan - Sinarharian - 22/05 5:48 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menggesa semua isu berbangkit membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) diselesaikan menerusi saluran rasmi dan meja rundingan, bukannya melalui kenyataan media secara terbuka.Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dikhuatiri boleh melemahkan gabungan pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurut beliau, Bersatu Selangor memandang serius kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung hubungan dalam PN."Namun kami berpendirian semua isu berbangkit perlu diselesaikan melalui saluran rasmi Majlis Tertinggi PN, bukan melalui kenyataan media yang boleh melemahkan gabungan," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.Wan Dzahanurin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis berkata, setiap keputusan membabitkan pentadbiran dan politik di Negeri Sembilan, Perlis, Kedah serta Kelantan sebelum ini dibuat secara kolektif di peringkat kepimpinan tertinggi PN.Beliau menegaskan Bersatu tidak pernah mengambil sebarang tindakan secara bersendirian."Jika ada salah faham, ia wajar diperbetulkan secara dalaman, bukan dipersalahkan kepada satu pihak di khalayak ramai," katanya.Terdahulu, Pas menyifatkan tindakan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan menarik balik Akuan Bersumpah (SD) sokongan terhadap pembentukan kerajaan negeri sebagai langkah yang melanggar prinsip setia kawan dalam gabungan itu.Abdul Hadi berkata, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Bersatu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan mengejut wakil rakyat parti itu.Menurut beliau, Pas mempunyai tiga kerusi manakala Bersatu memiliki dua kerusi di Negeri Sembilan dan jumlah itu, bersama 14 kerusi UMNO, mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan 19 kerusi.Bagaimanapun, beliau mendakwa Bersatu kemudiannya menarik balik SD berkenaan dan membatalkannya, sekali gus dianggap Pas sebagai tindakan yang melanggar semangat setia kawan antara kedua-dua parti.ARTIKEL BERKAITAN:Bersatu teliti kenyataan Presiden Pas, bawa ke mesyuarat Biro PolitikTindakan ADUN Bersatu Negeri Sembilan tarik balik SD langgar 'setia kawan' - PasPas kaji semula hubungan dengan Bersatu - Abdul HadiDalam perkembangan sama, Wan Dzahanurin turut menepis dakwaan kononnya Bersatu tidak memiliki jentera pilihan raya yang kukuh.Katanya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan calon Bersatu mampu meraih kemenangan di kerusi ditandingi hasil sokongan padu keseluruhan jentera PN.Namun begitu, beliau mengakui masih terdapat ruang penambahbaikan bagi memperkukuh persiapan menghadapi cabaran politik semasa."Kami akui ada ruang penambahbaikan dan Bersatu Selangor sendiri sedang giat memperkukuh jentera di peringkat cawangan menjelang PRU16," katanya.Mengulas desas-desus kemasukan parti baharu ke dalam blok pembangkang, beliau berkata, sebarang keputusan mengenainya perlu dibuat secara bersama dengan mengambil kira impak terhadap kestabilan politik gabungan berkenaan.Tegasnya, Bersatu sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti Melayu-Islam lain, namun perkara itu perlu diputuskan menerusi proses konsensus."Bersatu Selangor kekal komited mempertahankan PN sebagai wadah politik Melayu-Islam yang stabil demi memenuhi harapan rakyat."Kenyataan awam yang bersifat menekan tidak membantu, terutama ketika rakyat mahukan pembangkang bersatu menghadapi PRU16 |
|
Lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan - Sinarharian - 22/05 5:32 pm KUALA LANGAT Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Bulatan Pulau Carey menghala ke Kampung Sawah, Jenjarom, Teluk Panglima Garang pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang."Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 2.1 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dan mendapati mangsa berusia lingkungan 50-an tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva."Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum berjaya dibawa keluar pada jam 3.25 petang."Mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Why Rafizis party is bigger threat to Malaysias Anwar than opposition coalition - Scmp - 22/05 4:16 pm Former Malaysian economy minister Rafizi Ramlis breakaway gamble is unlikely to bring down Prime Minister Anwar Ibrahim on its own, analysts say, but it could still wound the ruling coalition by peeling away reformist voters who helped Pakatan Harapan (PH) take power in 2022. Rafizi and former natural resources and environmental sustainability minister Nik Nazmi Nik Ahmad announced on Sunday that they would quit Anwars People Justice Party (PKR), vacate their parliamentary seats and take over... |
|
'Letupan sangat kuat, pinggang rasa sakit, perut senak terkena serpihan tong gas' - Sinarharian - 22/05 4:04 pm SUNGAI PETANI Peserta tapak ekspo di Dataran Jam Besar di sini tidak menyangka hasrat meneruskan perniagaan pada hari kedua, berakhir tragedi apabila seorang peniaga maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden letupan gas pada Khamis.Salah seorang mangsa, Khairul Shakirin Saad, 36, berkata, tidak menyangka turut terkena serpihan tong gas walaupun berada pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi letupan.Menurutnya, semasa kejadian, dia bersama seorang rakan sedang berbincang dengan pihak penganjur sebelum terdengar letupan kuat di kawasan berkenaan."Masa kejadian, saya dan seorang lagi kawan tengah bincang dengan penganjur, secara tiba-tiba terdengar letupan kuat membuatkan semua yang ada di situ tergamam."Gelap sebab lampu terpadam seketika...pinggang rasa sakit, perut senak dan terjatuh."Selepas itu, baru kami perasan ada seorang lagi rebah, mereka kata dia meninggal dunia," katanya.Seorang lagi mangsa, Norseri Ahmad Kasa, 49, dari Pulau Pinang berkata, dia sedang meninjau tapak ekspo bersama isteri dan anak sebelum kejadian berlaku."Saya terkejut dengar bunyi letupan kuat...rasa sakit di perut, bila tengok, ada kesan cedera," katanya.Seorang lagi remaja lelaki dilaporkan turut mengalami kecederaan akibat insiden terbabit.Mangsa maut dikenali Azmi Ahmad, 42, yang dilaporkan mengalami putus tangan kanan dan cedera di dada kanan akibat terkena letupan.Difahamkan, tong gas yang meletup dipercayai digunakan untuk mengisi belon udara kanak-kanak di tapak ekspo berkenaan.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki berusia 38 dan 18 tahun direman disyaki mempunyai kaitan dengan insiden terbabit."Mereka dikatakan sedang membancuh bahan kimia dipercayai mempunyai kaitan dengan letupan dan perniagaan belon udara kanak-kanak," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspoLetupan di tapak ekspo: Dua lelaki ditahan bantu siasatanMenurutnya, lelaki pertama direman empat hari manakala seorang lagi dibenarkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.Penganjuran ekspo dijadualkan bermula 20 hingga 26 Mei depan.Kes disiasat bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sebarang tindakan cuai. |
|
If post-election coalitions are needed, Rafizi will ultimately choose PH - Sinchew - 22/05 3:39 pm If post-election coalitions are needed, Rafizi will ultimately choose PH After taking over Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad declared that they would contest future elections as an independent political force, without aligning themselves with any existing political coalitions |
|
Kanak-kanak lelaki disyaki didera pengasuh - Mygazette - 22/05 3:39 pm SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disyaki didera wanita warga emas yang juga pengasuhnya di sebuah rumah di sini semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ibu bapa mangsa membuat laporan pada 8.01 malam tadi selepas melihat video kejadian berdurasi satu minit 15 saat yang tular di media sosial |
|
Tiga maut, seorang parah selepas kereta langgar belakang lori simen - Mygazette - 22/05 3:39 pm # Tiga maut, seorang parah selepas kereta langgar belakang lori simen KUALA LUMPUR - Tiga lelaki maut manakala seorang wanita parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori simen di Kilometer 34 Lebuh Raya Karak berhampiran Sungai Chinchin, awal pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.35 pagi |
|
Special Johor DUN sitting? 'Not confirmed' - Umno leadership - Sinardaily - 22/05 3:06 pm JOHOR BAHRU - The speculation surrounding a special sitting of the Johor State Legislative Assembly (DUN) that is said to pave the way for its dissolution on June 24 continues to draw attention, with the state Umno leadership remaining tight-lipped on the matter.Johor DUN Deputy Speaker and Ayer Hitam Umno Division chief Datuk Samsolbari Jamali said the matter had yet to be confirmed."Not confirmed," he said.Earlier, 26 Johor Umno Division chiefs attended a committee meeting held at the Johor Umno Liaison Body office here on Friday.The meeting was chaired by Johor Menteri Besar and Johor Umno chairman Datuk Onn Hafiz Ghazi.Also present were Johor Umno deputy chairman Datuk Seri Dr Ahmad Maslan and Johor Umno Information chief Md Israk Abdullah.Also in attendance were the heads of the Johor Umno wings - Wanita chief Asiah Md Ariff, Pemuda chief Noor Azleen Ambros and Puteri chief Rina Farhana Abdullah.After the meeting, Onn Hafiz, who is also the Johor Barisan Nasional chairman merely smiled at the media when approached and no press conference was held."Excuse me," he quipped as he made his way past.A division chief who was approached said the meeting had focused solely on outreach programmes for the people and not on a date for the Johor state election."We discussed work plans, there was no talk of election dates," he said briefly.Attempts by the media to obtain comment from other division chiefs also proved futile, with most responding only with a smile and declining to say anything.The Johor state election (PRN) has remained in the spotlight following the spread of a message about a special DUN sitting that is alleged to precede the dissolution of the Johor assembly.The message went viral after Onn Hafiz announced last Saturday that BN Johor would be contesting all 56 state seats in Johor.In the 2022 Johor state election, Umno and BN won 40 of 56 seats, while Pakatan Harapan comprising DAP won 10 seats, with PKR and Amanah winning one seat each.Perikatan Nasional won three seats - Bersatu took two, Pas one - while Parti Ikatan Demokratik (Muda) also won one seat.The Johor state government's term is only due to expire in April 2027. |
|
Afdlin denies offer to help Setiawangsa constituents politically motivated - FMT - 22/05 2:37 pm Actor-turned-politician says he is merely a 'caretaker' to ensure that residents continue to receive assistance and representation following Nik Nazmi Nik Ahmad's resignation. |
|
Sidang DUN Khas Johor? Tak confirm-Pimpinan UMNO - Sinarharian - 22/05 2:14 pm JOHOR BAHRU - Teka-teki mengenai Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas Johor yang dikatakan akan membawa kepada pembubaran DUN pada 24 Jun depan terus menjadi perhatian apabila kepimpinan UMNO negeri masih berdiam diri berhubung perkara itu.Timbalan Speaker DUN Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali menjelaskan perkara itu masih belum disahkan."Tak 'comfirm'," katanya dengan ringkas.Sebelum itu, 26 Ketua UMNO Bahagian Johor hadir mesyuarat jawatankuasa yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini pada Jumaat.Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi UMNO Dan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah.Selain itu, turut kelihatan, kehadiran ketua-ketua sayap UMNO Negeri Johor, Ketua Wanita, Asiah Md Ariff; Ketua Pergerakan Pemuda, Noor Azleen Ambros dan Ketua Pergerakan Puteri, Rina Farhana Abdullah.Selepas selesai mesyuarat, Onn Hafiz ketika ditemui hanya tersenyum kepada media dan tiada sebarang sidang media diadakan."Tumpang lalu," selorohnya.Seorang Ketua Bahagian UMNO yang ditemui berkata, hanya perbincangan mengenai gerak kerja menyantuni rakyat yang menjadi agenda mesyuarat dan bukan mengenai tarikh PRN Johor."Kita bincang pasal gerak kerja, mana ada cakap pasal tarikh-tarikh pilihan raya ini," katanya ringkas.Usaha media mendapatkan komen daripada ketua bahagian lain juga gagal apabila kebanyakan mereka hanya senyum dan mengunci mulut.Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus menjadi perhatian selepas tersebarnya mesej berhubung sidang DUN khas yang didakwa akan berlakunya pembubaran DUN Johor.Mesej berkenaan tular selepas Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding di 56 kawasan DUN di Johor pada Sabtu lalu.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.Penggal Kerajaan Negeri Johor hanya akan tamat pada April 2027. |
|
Wong Chen dakwa akses portal MyKhas disekat selepas hadir program Rafizi - Sinarharian - 22/05 2:11 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen mendakwa pejabatnya dinafikan akses ke portal MyKhas secara tiba-tiba tanpa sebarang notis, sekali gus menjejaskan urusan permohonan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) untuk kawasan Parlimen berkenaan.Beliau berkata, portal yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu merupakan platform penting bagi memuat naik, mengurus dan memproses permohonan berkaitan peruntukan rakyat."Gangguan perkhidmatan ini disedari pada jam 12 tengah hari, Rabu lalu ketika pegawai saya cuba memuat naik beberapa permohonan dana PMR untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Subang."Selepas menghubungi pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan, pegawai saya dimaklumkan secara lisan oleh seorang penjawat awam bahawa akses tersebut telah disekat atas arahan pihak atasan di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Chen berkata, susulan itu pejabatnya menghantar emel kepada ICU pada hari sama bagi menuntut akses dipulihkan selain meminta penjelasan rasmi berhubung sekatan berkenaan.Beliau berkata, pegawainya turut menyerahkan sendiri surat rasmi kepada ICU JPM Selangor dan ibu pejabat ICU JPM di Putrajayapada keesokan harinya."Sehingga jam 10 pagi hari ini, pejabat kami masih belum diberikan semula akses ke portal MyKhas dan belum menerima sebarang penjelasan rasmi secara bertulis berhubung sekatan tersebut," katanya.Beliau turut mempersoalkan tindakan itu selepas mendakwa semakan bersama beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan di Selangor termasuk Ahli Parlimen PKR lain yang menghadiri program Hala Tuju Politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad lalu mendapati akaun portal MyKhas mereka masih boleh diakses sepenuhnya."Perkara ini menimbulkan persoalan serius mengapa pejabat Parlimen Subang menjadi satu-satunya kawasan yang disasarkan dan dinafikan akses."Jika benar berlaku layanan terpilih, ia amat dikesali dan bercanggah sama sekali dengan prinsip Madani yang menekankan pentadbiran adil, telus dan profesional," ujarnya.Chen berkata, pejabatnya sebelum ini sering menerima pengiktirafan daripada ICU JPM Selangor kerana pengurusan fail, dokumentasi dan akaun kewangan berkaitan peruntukan kerajaan yang disifatkan profesional serta mematuhi prosedur.Malah katanya, pejabat beliau juga secara terbuka menerbitkan penyata akaun termasuk peruntukan komuniti dan perbelanjaan setiap enam bulan sejak lebih sedekad lalu sebagai komitmen terhadap ketelusan.Sehubungan itu, beliau menuntut JPM segera memulihkan akses portal MyKhas milik pejabat Parlimen Subang selain memberikan penjelasan rasmi secara bertulis mengenai sekatan tersebut.Sebelum ini Chen dilapor menjadi salah seorang daripa enam Ahli Parlimen PKR yang menghadiri program Hala Tuju Politik Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam).Lima lagi yang lain ialah Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya). |
|
Four-year-old boy allegedly abused by caregiver - Sinardaily - 22/05 11:53 am SEREMBAN - A four-year-old boy is suspected to have been abused by an elderly woman, who is also his caregiver, at a house in a residential area here yesterday.Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad said police received a report on the incident at 8.01pm after the victims parents identified their son through a one-minute and 15-second video that went viral on social media."The video footage showed a woman beating a young boy at the rear of a house and the victim in the recording was identified by his parents."Preliminary investigations found that the victim had been sent by his parents to be cared for at a womans house located not far from their residence about seven months ago, he said in a statement here today.He said the victim was later taken to Tuanku Jaafar Hospital for further examination and treatment.Alzafny said police arrested the 60-year-old woman at 9.45pm on the same day at the location of the incident to assist investigations and a remand application would be made to enable investigations under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001.He urged anyone with information related to the incident to come forward to assist investigations by contacting investigating officer Insp Kamarul Ariffin Kamaruzaman at 06-6033222 |
|
Insiden letupan tong gas: Dua lelaki disyaki bancuh bahan kimia direman - Sinarharian - 22/05 11:24 am SUNGAI PETANI - Dua lelaki direman pada Jumaat bagi membantu siasatan insiden letupan tong gas di tapak ekspo dekat Dataran Jam Besar di sini dalam kejadian pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua lelaki berusia 38 dan 18 tahun itu dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serta penjualan belon kanak-kanak di tapak ekspo terbabit."Mereka (kedua-dua individu) dipercayai sedang membancuh bahan kimia," katanya.Menurutnya, individu pertama direman selama empat hari manakala seorang lagi dibenarkan reman selama sehari.Kes disiasat bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sebarang tindakan cuai.Dalam insiden terbabit, seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah tong gas meletup secara tiba-tiba.Peniaga minuman, Azmi Ahmad, 42, maut akibat kecederaan parah di tangan kanan dan dada sebelah kanan manakala tiga lagi lelaki berusia 15, 36 dan 49 tahun, dilaporkan cedera di beberapa bahagian badan.Difahamkan, tong gas berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak ekspo terbabit.ARTIKELBERKAITAN:Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspoLetupan di tapak ekspo: Dua lelaki ditahan bantu siasatan |
|
Risk of second wave energy crisis, GE16 may be held as early as 2027 - Analysts - Sinardaily - 22/05 10:20 am PRIME Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim recently hinted at the possibility of dissolving Parliament to hold the 16th General Election (GE16) earlier than scheduled.The statement was made by the Pakatan Harapan (PH) chairman in the event that coalition partners within the unity government continue to act in ways that jeopardise the nation's political stability.The Finance Minister said this stance was taken following the decision by Umno and Barisan Nasional (BN) to contest solo in all seats in Johor.This speculation was further fueled by a recent statement from the Election Commission (EC), which noted it has maintained full operational readiness amid mounting speculation regarding the potential early dissolution of several State Legislative Assemblies and the snap execution of GE16.EC chairman Datuk Seri Ramlan Harun said the commission remains fully prepared for any imminent dissolution of the state assemblies in Melaka, Johor and Negeri Sembilan, while simultaneously intensifying nationwide preparations ahead of GE16.Adding to the surprise, former economy minister Datuk Seri Rafizi Ramli and former natural resources and environmental sustainability minister Nik Nazmi Nik Ahmad made a major move by announcing the takeover of a new party, resigning as Members of Parliament for Pandan and Setiawangsa respectively and exiting Parti Keadilan Rakyat (PKR) earlier than expected.From an economic perspective, economics and finance senior director at the Prime Ministers Office Nurhisham Hussein warned that domestic oil supply may not return to normal until the end of this year or even 2027 even if the war ends soon.This is because supply chains and oil well operations require months to recover, raising concerns about a potential second and even third wave of a global energy crisis extending into next year.With mounting economic challenges and growing concerns over weakening political stability, public attention is now focused on whether Anwar will take the risk of calling an early GE16 alongside state elections, or otherwise.KRA group strategy director Amir Fareed Rahim said a second wave of the global energy crisis is unavoidable and likely to have a greater impact.He explained that the issue is no longer limited to rising oil prices, but also involves supply chain disruptions, logistics costs and global inflationary pressures.From an economic standpoint, Malaysia still has strong fundamentals, such as support from the petroleum sector and a stable financial system.However, if the crisis prolongs, the cost of living is expected to rise further, and the government will face greater fiscal pressure to maintain subsidies and public assistance.When the cost of living increases, it becomes an emotional issue for the public as it directly affects daily life |
|
Pengasuh warga emas ditahan, didakwa dera budak usia empat tahun - Sinarharian - 22/05 9:54 am SEREMBAN - Seorang wanita warga emas ditahan susulan video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera di sebuah kawasan perumahan di daerah ini.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, wanita berusia 60 tahun itu ditahan sekitar jam 9.45 malam di rumahnya pada Khamis."Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menerima satu laporan pada jam 8.01 malam tadi (Khamis) berhubung kejadian penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di daerah ini."Kejadian tersebut disedari oleh ibu bapa mangsa selepas melihat satu rakaman video berdurasi satu minit 15 saat yang tular di media sosial," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, rakaman video tersebut memaparkan seorang wanita bertindak memukul seorang kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah rumah.Tambahnya, mangsa dalam rakaman tersebut telah dikenal pasti oleh kedua-dua ibu bapanya."Hasil siasatan awal mendapati, mangsa telah dihantar oleh ibu bapanya untuk diasuh di rumah suspek yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka sejak tujuh bulan lalu."Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Seremban bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Tegasnya, polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan."Justeru, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamarul Ariffin Kamaruzaman di talian 06-6033222," katanya. |
|
Three dead, one seriously injured after car crashes into cement lorry on Karak Highway - Sinardaily - 22/05 9:45 am KUALA LUMPUR - Three men were killed while a woman was seriously injured after the car they were travelling in crashed into the rear of a cement lorry at Kilometre 34 of the Karak Highway heading towards the federal capital, near Kampung Sungai Chinchin, early this morning.Selangor Fire and Rescue Department assistant operations director Ahmad Mukhlis Mokhtar said the department received an emergency call regarding the incident at 2.07 am.He said a team comprising six personnel and officers, along with a fire engine and the Emergency Medical Rescue Services unit from the Selayang Fire and Rescue Station, was immediately rushed to the scene."Upon arriving at the location at 2.35 am, the fire team found four victims trapped inside a Volkswagen vehicle and an operation to extricate all the victims was immediately carried out."Three male victims in their 20s were pronounced dead at the scene by a medical officer from the Health Ministry, while a 27-year-old woman suffered serious head injuries and a fractured left leg, he said in a statement.Ahmad Mukhlis said the injured victim was handed over to the ministry for further treatment, while the bodies of the three victims were handed over to the police for further action |
|
Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simen - Sinarharian - 22/05 9:21 am GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)maut, manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala Kampung Sungai Chinchin di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.07 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang melanggar bahagian belakang sebuah lori simen."Terdapat empat mangsa tersepit |
|
Two held over deadly helium cylinder blast in Sungai Petani - Sinardaily - 22/05 9:10 am SUNGAI PETANI - Two men in their 20s and 40s have been detained to assist investigations into a helium gas cylinder explosion at an expo site, which claimed the life of a tradernear a supermarket here today.Kuala Muda district police chief ACP Hanyan Ramlan said investigations are still in the early stages to determine the cause of the incident and the police are also working to identify the owner of the helium gas cylinder.He said the site will be temporarily closed to allow investigations to be carried out."We are conducting investigations at the scene, so we ask all traders to temporarily cease operations. Once completed, we will hand the site back to the organiser to continue the event, he said in a press conference here tonight.At the same time, Hanyan also urged visitors who sustained injuries to come forward and report to the authorities.Elaborating further, Hanyan said the explosion caused debris to be flung as far as 100 metres, striking several victims."Some of the fragments were hurled up to 100 metres from the cylinder and struck a Malay man who was operating a business nearby."The victim sustained severe injuries to his right arm and the right side of his chest and was pronounced dead at the scene, he said.He said the case is being investigated as a sudden death report (SDR) and under Section 304A of the Penal Code.Earlier, it was reported that a man was killed while three others were injured in the explosion involving a helium gas cylinder at the expo site near a supermarket here.The deceased was identified as Azmi Ahmad, 42, while the identities of the injured have yet to be confirmed.Meanwhile, Sungai Petani Fire and Rescue Station chief and operations commander, Senior Fire Superintendent II Siti Norafiza Mohd Noh said the injured victims included a 15-year-old boy and two men aged 36 and 49 |
|
SPRM syor 3 cadangan kepada APAD perketat pengurusan kenderaan perdagangan - Mygazette - 22/05 7:52 am Jelasnya kenyataan itu, kesemua syor itu disampaikan oleh Ketua Cawangan BPT SPRM, Nik Nor Azleen Mohammed pada sesi pembentangan di Bilik Mesyuarat Perdana, Ibu Pejabat APAD, Putrajaya, kelmarin. Sementara itu, Ketua Pengarah APAD, Ahmad Radhi Maarof menyambut baik cadangan dikemukakan SPRM dan menyatakan komitmen untuk meneliti syor-syor tersebut bagi memperkukuh aspek keselamatan serta tadbir urus pengurusan kenderaan perdagangan |
|
AGC bantah permohonan semakan kehakiman badan peguam berhubung keputusan .. - Mygazette - 22/05 7:52 am # AGC bantah permohonan semakan kehakiman badan peguam berhubung keputusan NFA kes Zahid KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantahpermohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) |
|
Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota keluar parti, sertai Bersama Bekas .. - Mygazette - 22/05 7:52 am Penyertaan Zuraidi ke dalam Bersama dilihat antara perkembangan terbaharu yang berpotensi mencetuskan debaran politik dalam kalangan bekas pemimpin dan akar umbi PKR yang dikatakan semakin kecewa dengan hala tuju parti itu. Jelasnya, beliau secara terbuka menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkannya lebih berani, telus dan mempunyai keupayaan menyelesaikan isu rakyat |
|
Letupan di tapak ekspo: Dua lelaki ditahan bantu siasatan - Sinarharian - 21/05 11:44 pm SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan tong gas di tapak ekspo Dataran Jam Besar, di sini dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam, Khamis.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam masa terdekat."Kita akan buat beberapa tangkapan lagi pada malam ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Dalam insiden itu, seorang peniaga minuman, Azmi Ahmad berusia 42 tahunmaut manakala tiga lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun mengalami kecederaan.Hanyan dalam masa sama meminta mana-mana mangsa yang turut mengalami kecederaan akibat insiden terbabit supaya tampil untuk membantu siasatan.Jelasnya, penganjuran ekspo yang bermula 20 sehingga 26 Mei depan akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan yang sedang dijalankan.Hanyan berkata, dalam kejadian tersebut, polis menerima panggilan sekitar jam 7.53 malam dari orang awam yang memaklumkan insiden terbabit."Siasatan awal mendapati ada satu lelaki terbaring yang telah disahkan kematiannya dengan kecederaan parah di tangan kanan dan juga dada sebelah kanan."Kita dapati kejadian mungkin berlaku apabila satu tong yang mengandungi gas telah meletup dan serpihannya telah terpelanting dengan jarak 70 hingga 100 meter sehingga mengenai beberapa peniaga lain sehingga mengalami kecederaan," katanya.Kes disiasat bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sebarang tindakan cuai.Difahamkan, tong gas berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak expo terbabit. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |